Thursday, December 31, 2009

AHLI PARLIMEN PERLU MENDISIPLINKAN DIRI DI SIDANG DEWAN

Satu sistem penggiliran di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri selaku pengawas perlu dikuatkuasakan bagi memastikan kehadiran Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mencukupi semasa sidang Dewan Rakyat berlangsung. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, amalan itu yang telah dipraktikkan pada dua sesi Parlimen lepas tetapi bukan ketika ini, terbukti berkesan dengan tahap kewaspadaan ditingkatkan menjelang berlaku pengundian.

‘‘Katakan hari ini (sidang Dewan), saya selaku menteri diwajibkan hadir dalam Dewan dan apabila berlaku pengundian, saya akan mengingatkan semua Ahli Parlimen BN tentang kewajipan mereka untuk hadir. ‘‘Dalam segmen ini, semua menteri atau timbalan menteri akan diberikan tarikh mereka wajib hadir. Jika pada dua sesi sebelum ini, kehadiran mereka sepanjang hari, mungkin kali ini diwajibkan sekitar empat hingga lima jam. Dan sekiranya Ahli Parlimen berkenaan gagal hadir sidang, maka tindakan disiplin yang sesuai harus difikirkan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa satu sistem pengawasan dan penyampaian maklumat akan diwujudkan bagi memastikan kehadiran Ahli Parlimen BN mencukupi semasa sidang Dewan Rakyat. Menurut Perdana Menteri, sistem itu membolehkan Ahli Parlimen BN memastikan jumlah kehadiran mereka di Parlimen dapat menjamin kemenangan selesa kepada parti jika berlaku pengundian.

Kejadian pada 14 Disember lalu menyaksikan Bajet 2010 hanya diluluskan dengan kelebihan majoriti tiga undi menerusi undi belah-bagi iaitu 66 menyokong dan 63 menolak. Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu, satu peraturan akan dikuatkuasakan melarang Ahli Parlimen BN menghadiri program atau mesyuarat luar yang tidak perlu ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung. Kabinet juga tidak membenarkan lawatan ke luar negara tanpa mendapat kelulusan. SEMOGA SISTEM PENGGILIRAN DAPAT MENDISIPLINKAN AHLI PARLIMEN MENGHADIRI SIDANG DEWAN!!!...

Thursday, November 5, 2009

BERSYUKURLAH!!!...RAKYAT KELANTAN MENDAPAT WANG IHSAN

Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk memberikan wang ihsan petroleum kepada Kelantan mulai tahun depan. Perdana Menteri berkata, pemberian itu adalah berasaskan pertimbangan sama yang diberikan kepada Terengganu iaitu mengambil kira pengeluaran petroleum di luar perairan negeri berkenaan.

Ini kerana, kata Datuk Seri Najib Tun Razak, daripada segi perundangan, Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana pada masa ini tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir.

Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu berkata, wang ihsan itu akan diberi dalam bentuk projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Kelantan.“Keputusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan memastikan setiap lapisan masyarakat Kelantan menikmati manfaat pembangunan negara.“Ia selaras pendekatan inklusif dan semangat 1Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Ini juga mengambil kira keperluan untuk terus membangunkan Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, selaras arus pembangunan perdana negara,” katanya. Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Najib memberitahu, Petronas memaklumkan pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan, yang terletak di luar perairan negeri tersebut iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301.
pemberian wang ihsan kepada Kelantan akan mengambil kira pengeluaran dan penjualan dari medan petroleum Bumi Selatan berkenaan. “Wang ihsan itu akan disalurkan setelah maklumat terperinci jumlah pengeluaran gas dan tatacara berkaitan dimuktamadkan. Peruntukan pertama wang ihsan bagi Kelantan dijangkakan pada 2010,” katanya.

Dewan rakyat membahaskan isu wang ihsan ini. Salahuddin dalam soalan tambahannya meminta penjelasan Najib mengapa istilah wang ihsan digunakan, bukannya royalti seperti termaktub dalam Akta 144 Petronas.
Najib kemudian menjawab: “Janganlah cuba mempolitikkan perkara ini, tidak habis-habis dengan politik.”
Ketika inilah wakil pembangkang membuat kecoh dengan mencelah mempertikaikan jawapan Perdana Menteri itu, antaranya Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam).“Buktikan 1Malaysia, bayarlah... itu adalah hak Kelantan,” kata Dzulkefly. PM Najib sentiasa tenang sepanjang berada di Dewan Rakyat hari ini kemudian menjawab: “Selama ini Kelantan tidak mempunyai hak untuk menerimanya, ini melibatkan kawasan pertindihan. “Baru-baru ini sahaja dapat disahkan bahawa ada blok yang boleh dipertimbangkan, maka kita akan pertimbangkan bagi memastikan rakyat Kelantan mendapat manfaat.”
Kesimpulannya BERSYUKURLAH...Kerajaan Persekutuan tetap memberi imbuhan kepada rakyat Kelantan walaupun ia negeri pembangkang.

Monday, October 26, 2009

UMNO & PAS PERLU RUNDINGAN UNTUK PERPADUAN UMMAH

UMNO menegaskan komitmennya untuk mengadakan rundingan dengan Pas dalam mengukuhkan perpaduan ummah tidak ada titik noktah meskipun parti pembangkang itu kini mengalami krisis kepimpinan yang kritikal akibat isu kerajaan perpaduan. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, malah UMNO menerusi pendirian presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak kerana perpaduan ummah yang akan dicapai kelak membabitkan kepentingan menyeluruh orang Melayu dan bukan Melayu.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh orang Melayu termasuk sebilangannya yang 'meninggalkan' parti itu sebelum ini supaya kembali bertaut di bawah UMNO demi menjayakan proses perubahan khususnya gagasan 1Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri.
''UMNO tidak tetapkan tempoh tertentu (rundingan dengan semua pihak untuk kukuh perpaduan ummah), tidak ada titik noktah dan penutupnya.
''Maka atas dasar perubahan yang digerakkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang mahu melihat perpaduan itu terjalin, maka marilah kita tanpa mengira ideologi politik mencari jalan untuk memajukan negara ini, ini untuk kebaikan orang Melayu dan bukan Melayu,"
katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO percaya krisis kepimpinan dalam Pas bukan semata-mata disebabkan isu kerajaan perpaduan.

''Apabila Datuk Nik Abdul Aziz nak adakan EGM untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan dengannya, ia bererti perpecahan kepimpinan sudah sedia ada dalam parti itu,'' katanya.
Cadangan kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta disokong Nasharuddin yang juga timbalannya bagaimanapun ditentang hebat oleh Nik Abdul Aziz serta semua sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

BURSA MALAYSIA DIJANGKA TINGGI

Bursa Malaysia dijangka tinggi minggu ini disokong oleh cadangan positif yang terkandung dalam pembentangan Bajet 2010 pada Jumaat. Pendekatan pengukuhan fiskal kerajaan untuk mengurangkan bajet defisit melonjakkan keyakinan pasaran dan keputusan kerajaan untuk mengurangkan bajet defisit kepada 5.6 peratus pada 2010, daripada 7.4 peratus tahun ini, juga membawa keceriaan kepada pelabur.

Menyifatkan pengurangan bajet defisit sebagai satu 'langkah yang baik', para peniaga berkata, bajet mesra rakyat itu dijangka dapat mengekalkan momentum pasaran bagi minggu depan.
Mereka berkata, penekanan Bajet 2010 kepada pengurusan fiskal berhemat dan penggalakan 'nilai bagi wang' akan menjadikan negara sebagai ekonomi pendapatan tinggi.
Bagaimanapun, peniaga itu berkata, kenaikan itu mungkin terhad memandangkan faktor-faktor luar lain yang masih kritikal kepada pasaran seperti pergerakan Wall Street dan pasaran serantau serta pendapatan korporat tempatan. Seorang penganalisis menjangkakan bajet itu mencukupi untuk membantu mengekalkan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) pada paras semasa tetapi jumlah dagangan mungkin kekal kecil ketika pasaran menjalani sedikit pembetulan.

Bajet itu akan memberi faedah kepada beberapa sektor secara langsung dan juga tidak secara langsung seperti hartanah, pembinaan, perlombongan, telekomunikasi dan teknologi, kata Ketua Inter-Pacific Research, Anthony Dass. "Beberapa langkah dalam bajet itu tepat pada masa untuk merangsang pasaran kekal menaik," kata Dass.
Pada Jumaat, FBM KLCI mencecah paras tertinggi baharu bagi tahun ini pada 1,267.1 apabila pasaran memberi reaksi positif kepada kekukuhan pasaran Amerika Syarikat (AS) dan pengumuman Bajet 2010. Indeks penanda aras itu naik 10.33 mata kepada 1,267.1, Indeks FBM Emas meningkat 55.72 mata kepada 8,515.58, Indeks FBM Top 100 menokok 60.17 mata kepada 8,302.55, FBM70 menambah 31.39 mata kepada 8,384.73 tetapi Indeks FBM ACE berkurangan 6,007.9 mata kepada 10,319.05.

Indeks Kewangan meningkat 177.89 mata kepada 10,613.87, Indeks Perladangan naik 81.3 mata kepada 6,206.49 dan Indeks perusahaan menokok 22.83 mata kepada 2,701.68.
Jumlah dagangan minggu yang baru berakhir berkurangan kepada 5.044 bilion saham bernilai RM6.428 bilion daripada 5.353 bilion saham bernilai RM6.183 bilion minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 4.408 bilion saham bernilai RM6.289 bilion daripada 4.750 bilion saham bernilai RM6.066 bilion sebelumnya. Jumlah dagangan waran belian jatuh kepada 106.79 juta saham bernilai RM27.657 juta daripada 110.489 juta saham bernilai RM27.935 juta minggu sebelumnya.-BERNAMA.

BAJET 2010 UNTUK KESEJAHTERAAN 1MALAYSIA

Kerajaan tidak membuat sebarang pengumuman mengenai pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada Bajet 2010. Sebelum kita boleh menarik sedikit kelegaan, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu menyatakan kerajaan sedang dalam peringkat akhir menyiapkan kajian mengenai pelaksanaan dan implikasi GST kepada rakyat.
Bagaimanapun, Najib pernah menyuarakan sekiranya kerajaan melaksanakan GST, kadar cukai yang bakal dikenakan akan lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan semasa, yang bakal diambil alih GST dan pengecualian kepada kumpulan berpendapatan rendah. Ini bertujuan untuk memastikan cukai baru tidak akan membebankan rakyat.
Meneruskan agenda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar, kerajaan telah mencadangkan pelbagai pendekatan bagi meningkatkan keselesaan rakyat.
Pendekatan yang diambil termasuk pengurangan kadar maksimum cukai pendapatan individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus pada 2010. Langkah itu memberi kelebihan kepada mereka yang memperoleh pendapatan melebihi RM100,000. Adalah menjadi harapan agar kerajaan dapat mengurangkan cukai yang sama bagi individu yang memperoleh pendapatan yang kurang daripada jumlah tersebut.
Bagaimanapun Bajet 2010 memberi kelegaan apabila pelepasan cukai peribadi dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM9,000 berkuat kuasa 2010. Sekali lagi kumpulan berpendapatan rendah bebas daripada pembayaran cukai ini. Peningkatan dalam pelepasan cukai peribadi sebanyak RM6,000 yang disumbangkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan premium insurans nyawa kepada RM7,000.
Pertambahan pelepasan sebanyak RM1,000 yang diberi dalam skim pembayaran premium anuiti kepada syarikat-syarikat insurans, sama ada pembayaran bermula 1 Januari 2010 atau pembayaran tambahan premium bagi skim anuiti sedia ada mulai 1 Januari 2010.
Pelepasan cukai bagi langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun.
Usaha meningkatkan kemahiran modal insan masih menjadi agenda utama kerajaan pada Bajet 2010.

Strategi kerajaan untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pelbagai inisiatif yang diumumkan bakal memberi faedah kepada rakyat dari generasi muda hingga yang matang. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah:
*Peruntukan sebanyak RM48 juta untuk mengubah kemudahan dan kurikulum pra-sekolah.
*RM32 juta untuk meningkatkan kadar literasi dan numerasi bagi murid-murid Tahun 1.
*RM20 juta untuk meningkatkan prestasi sekolah tinggi dan memperluaskan kualiti pendidikan
dan geran autonomi kepada pengurusan sekolah bagi melahirkan para pelajar cemerlang.
*Anugerah monetari dan bukan monetari bagi pengetua, guru besar dan kumpulan pengurusan sekolah yang memenuhi sasaran prestasi.

Kerajaan juga mencadangkan pelbagai pendekatan untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan meningkatkan lebihan pendapatan boleh guna bagi pembayar cukai individu tertentu.
Pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan langkah-langkah yang meningkatkan beban cukai.
*Cukai pendapatan hartanah kembali lagi. Cukai itu pernah dihapuskan kini cukai itu akan diperkenalkan semula.
Bagaimanapun, pelupusan sehingga RM10,000, atau 10 peratus, bagi keuntungan (atau mana yang lebih besar) diberikan kepada individu.
Cukai terhadap pemberian hadiah antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, datuk dan cucu dan pelupusan hartanah kediaman buat kali pertama oleh rakyat Malaysia atau pemastautin tetap juga dihapuskan.Cukai perkhidmatan ke atas kad kredit dan kad caj juga dikembalikan semula selepas dihapuskan sejak 1 April 2001. Cukai perkhidmatan dicadangkan sebanyak RM50 bagi kad utama dan RM25 setahun bagi kad tambahan.

Kesimpulannya yang boleh diperkatakan Bajet 2010 bersesuaian dengan persekitaran ekonomi masa kini. Diharapkan tema Bajet 2010 boleh dicapai, yang mana untuk kesejahteraan 1Malaysia rakyat Malaysia.

Tuesday, October 20, 2009

16 Sept. Merupakan Hari Malaysia & cuti umum

Syukurlahh...Ini satu nikmat cuti kepada rakyat. Sikap mencintai tanah air perlu kita pupuk, disemai dan dihargai. PM mengumumkan keputusan itu. Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara. Keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu. "Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Majigoh sebelum itu ingin mengetahui sejauh mana penerimaan rakyat ke atas seruan 'kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia'. Perdana Menteri menjawab soalan Majigoh itu serentak dengan 15 soalan Ahli Parlimen lain yang turut menyentuh isu serupa.

Dalam pada itu, Najib menambah, bagi meningkatkan lagi perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kekerapan penerbangan akan dipertingkatkan, pembinaan prasarana bakal diperbanyakkan dan isu kerakyatan akan diberi perhatian serius oleh kerajaan. Dalam jawapan lisan itu juga, Najib mengambil kesempatan menerangkan bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri telah menjadi gagasan yang digemari ramai khususnya generasi muda.

"Boleh dikatakan tahap pertama dalam pelaksanaan gagasan 1Malaysia telah mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita berdoa semoga niat suci kerajaan untuk memupuk perpaduan tulen benar-benar berjaya," katanya.

Menjawab soalan tambahan Majigoh sama ada negara ini wajar mempunyai satu identiti bangsa seperti di Indonesia, Thailand dan Filipina, Najib menjelaskan, beliau bersetuju dengan pendapat tersebut. Bagaimanapun, katanya, asas pembinaan negara sejak dari awal lagi berasaskan mengintegrasi dan bukannya mengasimilasi seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipina.

Semoga niat suci bersih kerajaan BN berjaya memupuk, menyemai disanubari rakyat Malaysia tercapai dengan jayanya..amin!!!..

Monday, October 12, 2009

MCA perlu menyelesaikan kemelut dengan segera

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Jawatankuasa Pusat (CC) MCA perlu membuat keputusan berdasarkan kepada resolusi yang telah diputuskan oleh perwakilan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu semalam.

Perdana Menteri berkata, kepimpinan MCA perlu membuat keputusan segera bagi membaik pulih dan mengembalikan keyakinan ahli serta masyarakat terhadap parti tersebut.

MCA telah mengambil iktibar daripada keputusan EGM semalam yang merupakan badan tertinggi dalam mana-mana struktur parti

Keputusan EGM yang merupakan pembuat dasar tertinggi mesti menjadi asas kepada penyelesaian kepimpinan MCA

EGM MCA semalam menerima usul undi tidak percaya terhadap Presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat, menyokong usul untuk menerima semula Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sebagai anggota parti dan menolak usul mengembalikan Soi Lek sebagai Timbalan Presiden parti. Najib menegaskan, keputusan EGM MCA itu perlu dihormati dan sebarang tindakan yang perlu dibuat adalah berasaskan kepada kebijaksanaan meletakkan kepentingan Barisan Nasional (BN) dan MCA di atas segala kepentingan lain.

BN MENANG BESAR PRK N.31 DI BAGAN PINANG

TAHNIAH kepada Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad, jentera2 pilihanraya di Bagan Pinang juga rakyat Bagan Pinang. kali ini Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan memperolehi 8,013 undi menewaskan Pas.

Majoriti yang diperoleh calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008. BN menang di semua lapan daerah mengundi termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu.

Calon Pas, Zukefly Mohamad Omar hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18 saluran mengundi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil N31 itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Wahab Shamsuddin pada pukul 8 malam di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Sebanyak 82 peratus pengundi di Bagan Pinang hari ini keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Segala bentuk provokasi dan pergaduhan yang timbul menjelang hari pengundian tidak menghalang pemilih untuk keluar mengundi sekaligus melonjakkan sokongan kepada BN. Kemenangan itu juga memecahkan kebuntuan BN yang tewas di enam pilihan raya kecil di Semenanjung. BN hanya menang satu kerusi iaitu di DUN Batang Air, Sarawak.

Ketika pengumuman dibuat, Mohd. Isa turut berada di dalam dewan sambil diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin BN yang lain. Pengumuman kemenangan beliau turut dirai dengan sorakan penyokong BN yang berada di luar dewan.

Ini menunjukkan rakyat kembali memberi kepercayaan kepada BN untuk menerajui pembangunan di Bagan pinang sekaligus untuk 1 Malaysia. Semoga PIRU ke-13 kemenenangan berpihak kepada BN amin...

Thursday, September 10, 2009

TERIMA KASIH MALAYSIA

Bantuan khas Aidilfitri
Kerajaan mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam kumpulan sokongan bagi membantu mereka menghadapi Aidilfitri dan sesi persekolahan akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya, bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember ini.
Menurutnya, bantuan khas kewangan itu akan memanfaatkan 860,000 kakitangan awam dalam kumpulan tersebut.

“Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran tersebut adalah sebanyak RM430 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Perdana Menteri menambah, keputusan itu diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persediaan persekolahan hujung tahun ini.

Kerajaan BN memang prihatin dan ambil berat tanggungan rakyatnya apabila menjelang raya dan apabila tibanya musim persekolahan sesi baru tahun hadapan memerlukan kewangan. Inilah yang kita mahu kerajaan yang membela rakyat, Hidup BN!..Amin..

Tuesday, September 8, 2009

Cara betul memberi Salam pada para Muslim

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....

Ilmu utk dikongsi bersama :Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.Antaranya tentang bab memberi salam.Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salamdari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"Beri salam - assalamualaikum"Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"Maksud singkatan " A ' kum" Untuk renungan bersama :Janganlah kita menggantikan perkataan"Assalamualaikum" dengan "A ' kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan"As Sal am" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A ' kum dalam sms ataupun email. Perkataan ' AKUM ' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ' BINATANG ' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ' Avde Kokhavim U Mazzalot ' yangbermaksud ' HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT ' .Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A ' kum", kita ingatkandia guna "As Sal am" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN. Sharing is caring ... kalau ada kemuskilan sila laah berjumpa yg pakar dlm bidang ni..... yeh : ) Wallahua ' lam....

Monday, September 7, 2009

HEBATNYA BULAN RAMADAN

MENJELANG Ramadan, maka antara perkara yang sering diingati oleh umat Islam ialah amalan sedekah dan zakat. Sebenarnya, zakat juga adalah sedekah; namun ia adalah sedekah yang wajib. Misalnya Allah SWT menyatakan: "Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah" (at-Taubah: 103), maka makna 'sedekah' di sini adalah zakat. Begitu juga apabila Allah SWT menyatakan: "Sesungguhnya sedekah itu adalah untuk fakir, miskin, amil, muallaf…" (at-Taubah: 60), maka sekali lagi, 'sedekah' yang dimaksudkan oleh Allah SWT di sini ialah zakat.Oleh itu, kita dapat membahagikan amalan sedekah di bulan Ramadan ini kepada dua, iaitu sedekah sunat dan sedekah wajib (zakat). Sedekah sunat memang sudah menjadi sesuatu yang sebati, khususnya di dalam jati diri masyarakat Melayu-Islam.

Misalnya, jika di kampung-kampung, amalan memberi sedekah walaupun sepiring kuih atau pengat pisang, memang diamalkan sejak turun-temurun. Natijahnya, apabila jiran saling bertukar juadah, maka makin suburlah ukhuwah. Inilah hebatnya aura sedekah.
Namun begitu, arus pemodenan semakin menghakis budaya atau amalan saling bertukar juadah yang berupa sedekah ini. Masyarakat Melayu-Islam yang tinggal di bandar besar, makin sibuk untuk menghulurkan walau sepiring cekodok pisang kepada jiran di sebelah pagar atau jiran yang berkongsi dinding dengannya.


Sedangkan, mereka tinggal di rumah teres atau apartmen, yang masing-masing berkongsi dinding, lantai bahkan bumbung. Maka, inilah cabaran kehidupan moden dalam mengekalkan tradisi bersedekah khususnya di bulan Ramadan.Di samping itu, kita juga seharusnya merebut pahala yang lebih besar dan utama sepanjang Ramadan ini dengan memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa.

Ironinya, senario ini lebih subur di kawasan bandar dan ia agak asing jika di kampung. Agaknya, inilah pula kelebihan di bandar besar. Pengalaman penulis sendiri saat belajar sehingga berkerja di Kuala Lumpur, sempat beberapa kali berbuka puasa secara percuma di beberapa buah masjid beramai-ramai dan ia amat meriah.Masjid-masjid ini pasti telah mendapat tajaan daripada individu mahu pun syarikat umat Islam yang pemurah, sehingga mereka mampu menyediakan makanan kepada umat Islam dalam jumlah yang besar setiap hari.

Dalam menegaskan hal keutamaan memberi makan orang berbuka puasa ini, Nabi Muhammad SAW sendiri menyatakan: "Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka dia akan beroleh pahala seperti mana pahala orang yang berpuasa itu tanpa pahala orang itu dikurangi sedikit pun," (riwayat Ahmad, an-Nasai, Termizi, Ibn Majah dan Darimi dan disahihkan oleh al-Albani)

Namun, bagaimana pula dengan amalan moreh, iaitu memberi makan kepada umat Islam di masjid dan surau setelah mereka mendirikan solat Tarawih? Sebenarnya, amalan ini bukanlah sesuatu yang dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW.

Tradisi orang Melayu
Tiada satu pun hadis yang menunjukkan nabi dan para sahabatnya makan beramai-ramai atau nabi menganjurkan agar diberi makan kepada orang yang sudah bertarawih. Bahkan, amalan ini lebih merupakan tradisi orang Melayu di negara ini sahaja. Ia tidaklah dijadikan amalan lazim walau di negara-negara Arab sendiri.

Namun, kita mungkin boleh mengambil sudut pandangan yang positif dalam hal moreh ini. Sesungguhnya, majlis moreh ini adalah tradisi yang sekian lama telah diamalkan di kampung-kampung. Bahkan jika di kampung, masjid atau surau telah menyediakan satu jadual khas yang tertera seluruh nama ketua rumah di kampung berkenaan dan juga tarikh mereka perlu membawa juadah ke masjid atau surau sebagai moreh. Maka, dari satu sudut mungkin tradisi ini sesuai diamalkan di kampung, justeru amalan menjamu orang berbuka puasa adalah amat jarang dilakukan.

Dari satu aspek lain, dengan adanya juadah yang dinamakan moreh ini, ia menjadi 'umpan' bagi menarik anak-anak remaja dan orang-orang muda agar lekat di masjid sehinggalah tamat 23 rakaat solat tarawih dan witir. Bahkan, amalan moreh ini juga mampu mendekatkan ukhuwah di kalangan penduduk kampung. Namun, janganlah sampai jamuan moreh ini membazir pula, maklumlah masing-masing sudah kekenyangan waktu berbuka puasa. Di samping itu, moreh juga sepatutnya tidak membebankan umat Islam, memandangkan ia bukanlah suatu sunnah yang menjadi keutamaan di bulan puasa.

Timbul persoalan, kenapakah umat Islam menjadi begitu pemurah pada bulan Ramadan? Ada orang yang kedekutnya bukan main pada bulan-bulan lain, namun menjadi pemurah pula di bulan Ramadan. Malah ada yang begitu mudah melakukan amal kebaikan termasuklah bersedekah. Setiap hari tidak lokek menghantar pisang ke masjid atau menaja bubur lambuk.
Bagi menjawab soalan ini, bukankah Nabi Muhammad SAW ada menyatakan: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan akan dirantai semuanya." (riwayat Bukhari, Muslim, Nasai, Ahmad dan Baihaqi)
Hadis ini hakikatnya adalah suatu simbolik, bahawa sepanjang Ramadan manusia secara alaminya akan terdorong menjadi baik. Sebab itulah kita mampu melihat ada orang yang malas solat sebelum Ramadan, namun berubah menjadi rajin bahkan tidak meninggalkan solat tarawih.

Ada muslimah yang tidak menjaga aurat pun akan mengenakan busana yang lebih sopan sepanjang Ramadan. Bahkan ada kaki rokok akan menjadikan Ramadan sebagai detik awal bagi mereka menghentikan tabiat merokok. Kerana apa? Ya, kerana aura Ramadan yang mulia dan begitu kuat telah mendorong kita agar menjadi lebih lunak mentaati Allah SWT, termasuklah dalam bab bersedekah ini.Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW ada menyatakan: "Sebaik-baik sedekah adalah pada bulan Ramadan" (riwayat Termizi)

Kehebatan sedekah Ramadan
Kemudian, mari kita telusuri lagi kehebatan amalan bersedekah di bulan Ramadan ini. Di dalam kitab Mustika Hadith, ada dicatatkan sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW ada menyatakan: "Sesiapa mendekatkan dirinya (kepada Allah pada bulan Ramadan) dengan mengerjakan amalan fardu, seolah-olah dia sudah mendapat 70 pahala fardu pada bulan lain. Sesiapa mendekatkan dirinya dengan amalan sunat, seolah-olah dia mendapat pahala amalan fardu pada bulan yang lain." (riwayat Ibn Khuzaimah)

Hakikatnya, hadis ini adalah suatu motivasi paling hebat yang mampu mendorong kita untuk meningkatkan amalan bersedekah sepanjang Ramadan. Bayangkan, jika kita memberikan derma ke tabung masjid sebanyak RM1,000, maka ia akan diberikan pahala seolah-olah kita sudah berzakat RM1,000. Tetapi, jika kita benar-benar menunaikan zakat RM1,000, maka di sisi Allah SWT kita seolah-olah sudah menunaikan zakat sebanyak RM70,000. Amat besar ganjarannya di sisi Allah dan sudah pasti kita tidak patut melepaskan peluang keemasan ini.
Sehubungan dengan itu, maka tepatlah Ramadan ini menjadi sebuah sekolah tarbiah rohani yang terbaik buat kita, yang disediakan oleh Allah SWT.

Ini kerana, pada bulan inilah kita benar-benar menghayati pelbagai amalan sunat khususnya dalam bab meraikan sedekah dan zakat.Mudah-mudahan, setelah 30 hari dilentur nafsu kita dan 30 malam dicanai rohani kita melalui qiyamullail, maka kita akan benar-benar menjadi hamba Allah yang bertakwa. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: "Maka sesiapa yang berpuasa (di siang hari) dan malamnya mendirikan qiam dengan penuh keimanan dan kebersihan hati (ihtisabaan), maka akan dihapuskan dosa mereka seperti mana pada hari mereka diperanakkan." (riwayat Ahmad dan an-Nasai). Wallahua'lam.

Pembangkang GAGAL memerintah SELANGOR?

Kegagalan kerajaan Selangor menyelesaikan isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, Shah Alam adalah bukti jelas bahawa pakatan pembangkang tidak memiliki kredibiliti memerintah. Kerajaan Selangor leka berpolitik sehinggakan isu tempatan tidak ditanggani dengan baik dan bijak.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin pakatan pembangkang gagal menjadi pemerintah yang baik dan adil bagi rakyat berbilang kaum di Selangor kerana tiada pengalaman luas sebagai ahli politik.

"Barisan Nasional (BN) memerintah berpuluh-puluh tahun tiada masalah besar berlaku di Selangor tapi kerajaan pakatan pembangkang yang baru setahun jagung memerintah sudah berlaku macam-macam.

"Saya yakin lagi lama mereka perintah, lagi banyaklah masalah yang akan dihadapi rakyat Selangor, dalam isu menentukan tapak kuil pun mereka terbukti gagal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ibrahim menambah berkata, keadaan ini berlaku kerana kebanyakan wakil rakyat pembangkang merupakan ahli korporat yang menceburi bidang politik semata-mata untuk menentang kerajaan BN.

''Tidak ramai wakil rakyat pembangkang berlatar belakang ahli politik, mereka tiada pengalaman mentadbir kerajaan yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM), Sobri Ahmad mencadangkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) campur tangan menyelesaikan isu kuil ini bagi mengelak timbul masalah perkauman yang lebih serius.

Seharusnya BN bergerak aktif membuat hebahan dan menjelaskan kepada rakyat bahawa pembangkang tidak mampu memerintah di Selangor begitu juga di 3 buah negeri dibawah pemerintah pembangkang antaranya Kelantan, Pulau Pinang,Kedah. BN perlu berani setapak kehadapan menonjolkan kewibawaannya menerajui Malaysia tanah air ku.

Monday, August 24, 2009

Kenyataan Nik Aziz dimana BENARNYA???

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik balik kenyataan berhubung ketentuan syurga dan neraka terhadap penyokong UMNO walaupun didesak pelbagai pihak termasuk cendekiawan Islam.

Beliau menegaskan, kenyataannya itu berlandaskan hujah dan sesiapa yang ingin membantahnya harus mengemukakan bukti yang kukuh.

''Mengarut (tarik balik kenyataan) bukan lompat pergi lompat mari, tarik sorong tarik balik, bila saya kata berhujah,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan beberapa cendekiawan Islam menyelar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memutar belitkan kenyataan beliau sendiri berhubung ketentuan syurga dan neraka penyokong UMNO.

Sebelum itu, akhbar melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meminta Menteri Besar Kelantan itu menarik balik kenyataannya kerana ia menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

Ibrahim menyifatkan tindakan menarik balik kenyataan itu akan menyebabkan Nik Abdul Aziz dilihat lebih hebat dan berjiwa besar.

Masyarakat Islam terkeliru oleh kenyataan Nik Aziz yang dilihat sebagai ulama tetapi sanggup membuat kenyataan atas landas memanipulasikan politik dan Islam. Pendapat Anggun politik dan agama dua elemen yang berbeza jangan kerana kemaruk berpolitik sehingga isu agama dipermainkan. Siapa masuk syurga@neraka adalah ketentuan Allah Taala bukannya umat Nabi Muhammad SAW yang menentukan.

ADUN LUNAS KELUAR PARTI PKR

1.ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut. Namun beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri. PKR Padang Serai dibubar. Dalam masa yang sama 200 ahli bertindak keluar parti.

2.Akan tetapi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah hari ini untuk memaklumkan permintaan PKR supaya ADUN Lunas digugurkan daripada jawatan Exco.

3.Bekas ahli PKR mendakwa kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd. Radzhi yang kini menjadi wakil rakyat Bebas serta ahli parti lain mengisytiharkan berbuat demikian setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan selain menganggap perjuangan PKR kini tidak lagi seiring dengan matlamat asal penubuhannya. Serentak dengan itu, PKR Bahagian Padang Serai turut dibubarkan setelah mendapat sokongan semua 14 ahli jawatankuasa bahagian terbabit.

4.Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar pada pukul 11 pagi di sebuah hotel di sini hari ini.“Sempena Ramadan, bulan yang mulia ini, saya ingin mengumumkan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai berkuat kuasa serta-merta dan keluar parti. Tindakan saya ini disokong semua 14 ahli jawatankuasa bahagian.

5.“Amat menyedihkan, PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi dan pemimpin-pemimpin atas pula hanya pandai bersandiwara dan bermain politik peribadi,” katanya.

6.Jamaludin turut menyarankan rakan-rakannya di bahagian lain di seluruh negara mengikut langkahnya, memandangkan perjuangan asal PKR tidak lagi relevan dan berkepentingan rakyat.
Dalam pada itu, Mohd. Radzhi yang membuat keputusan mengejut tersebut memberitahu, beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli Exco kerajaan negeri Kedah dan portfolio Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia. “Saya tak letak jawatan Exco kerana itu hak Sultan Kedah, kalau Sultan suruh saya letak, saya baru letak,” katanya yang menyertai PKR sejak 1998. Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat

7.Keputusan ADUN Lunas ini menunujukkan dia hilang keyakinan atas kepimpinan DSAI berlandaskan politik peribadi bukannya berjuang untuk membela rakyat, bangsa dan negara. Itu kita sokong dan puji namun ada pepatah melayu ada mengatakan "Jangan disangka air yang tenang tiada buaya"Apapun kerajaan BN harus berhati2 dan mengkaji org bekas PKR ini ikhlas keluar parti atau ada tujuan sebaliknya.

Thursday, August 20, 2009

PENULARAN H1N1 MEMBIMBANGKAN RAKYAT MALAYSIA

Percaya atau tidak, walaupun dengan hanya 27 juta penduduk, Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan jumlah kes selesema babi paling tinggi di dunia.
Malah sehingga Selasa lepas, kita menduduki tempat kelapan jumlah kematian tertinggi dunia ekoran wabak maut itu dengan 67 kematian dari 4,225 kes disahkan positif.
Pandemik selesema babi ialah satu wabak terkini yang melanda penduduk dunia secara besar-besaran. Wabak ini adalah ekoran jangkitan strain baru daripada virus selesema Influenza A, subjenis H1N1.

Sebagai perbandingan, sehingga Selasa lepas, seluruh dunia mencatatkan 242,872 kes yang disahkan positif manakala angka kematian telah mencecah seramai 2,267 orang.
Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes positif dan kematian paling tinggi iaitu 46,948 kes dengan 477 kematian.

Ia diikuti Argentina, Brazil, Mexico, Australia, Chile, Thailand, Malaysia, Kanada dan Britain.
Bagaimanapun Jerman, Jepun dan China masing-masing mencatatkan kes positif seramai 11,103 orang, 5,022 orang dan 2,350 orang tetapi masih belum ada kematian yang dicatatkan.

Selesema Spanish 1918
Sepanjang abad ke-20, strain virus influenza A adalah punca tiga pandemik selesema terbesar dunia, iaitu selesema Spanish pada tahun 1918, selesema Asia pada 1956 hingga 1958 dan selesema Hong Kong pada 1968 hingga 1969. Seluruh dunia, dianggarkan sehingga satu bilion orang dijangkiti selesema Spanish yang telah menyebabkan anggaran jumlah kematian sehingga 100 juta orang.

Pandemik influenza A terkini pertama kali dikenalpasti pada April 2009 bermula di Mexico, dipercayai ia telah menular beberapa bulan sebelum itu sebelum ia dikenalpasti sebagai satu wabak.

Justeru, kerajaan Mexico mengambil langkah menutup hampir semua pejabat dan kemudahan awam serta swasta di seluruh bandar Mexico sebagai langkah membendung wabak tersebut.

Ia merebak dengan mudah di hemisfera selatan ekoran ia berada di musim selesema musim sejuk dan negara-negara membangun yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan terhad.

virus ini telah menyerang ratusan ribu mangsa di seluruh dunia dalam masa beberapa bulan sahaja. Penularannya secara mendadak menyebabkan selesema babi diistiharkan sebagai pandemik dunia pada 11 Jun lepas.
Biasanya, ia merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan permukaan yang tercemar. Simptomnya serupa dengan selesema biasa termasuk demam, bersin, sakit tekak, sakit kepala dan sakit-sakit sendi yang biasanya kekal selama seminggu. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mendapati kebanyakan kematian melibatkan mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah atau masalah kesihatan seperti asma, obesiti atau penyakit jantung.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal perubatan New England Journal of Medicine mendapati 94 peratus daripada pesakit yang disahkan positif menghidap selesema babi mendapat demam panas, manakala 92 peratus pesakit mendapat batuk.
Mereka yang berisiko tinggi mendapat komplikasi serius termasuk warga tua yang berusia melebihi 65 tahun, kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun, wanita mengandung.
Data CDC menunjukkan lebih 70 peratus daripada kes yang dimasukkan ke hospital ialah mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Di awal penyebarannya, kebanyakan kes di luar Amerika Utara berpunca dari lawatan ke AS dan Mexico, bagaimanapun penyebaran di dalam negara telah dilaporkan di sekurang-kurangnya 89 negara seawal bulan Jun.

Media seluruh dunia menggelarkan influenza ini sebagai selesema babi kerana virus terbaru itu adalah sejenis influenza yang berasal dari strain virus yang terdapat di kalangan haiwan tersebut. Walaupun, pegawai rasmi kesihatan antarabangsa telah mengesahkan bahawa daging babi selamat dimakan, beberapa dozen negara masih mengharamkan import daging babi dari AS.

Peristiwa Lain H1N1
Terdapat juga pakar yang mendakwa pegawai rasmi kesihatan seluruh dunia telah terlepas pandang akan risiko kumpulan babi sebagai penyebab strain influenza baru, sedangkan tumpuan yang lebih banyak telah diberikan kepada ancaman selesema burung.
Penyelidik berpendapat perdagangan babi hidup di antara Eurasia dan Amerika Utara telah membantu mencampuradukkan strain-strain berlainan virus influenza babi sehingga menyebabkan pembentukan strain virus H1N1 yang terbaru.

Tambahan pula, virus influenza H1N1 kali ini disifatkan oleh pakar virologi dari Universiti Hong Kong, Guan Yi, sebagai sangat tidak stabil yang bermakna ia boleh bercampur dan memindahkan bahan genetik apabila terdedah dengan virus lain memudahkannya untuk bermutasi.

Malah pandemik terbaru ini juga menyebabkan para penyelidik mengesyaki punca utama wabak 2009 ialah kekurangan pemantauan daripada industri babi memandangkan penternakan haiwan itu terlalu diindustrikan.

Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa jumlah jangkitan baru di hemisfera selatan kelihatannya telah memuncak dan kemudiannya mula berkurang di negara seperti Argentina, Chile, Australia dan New Zealand.
Bagaimanapun, badan itu mendapati penularan virus itu semakin aktif dengan jangkitan baru yang semakin meningkat di negara-negara Asia termasuk Thailand, India, Vietnam dan Malaysia.

Memandangkan virus tersebut boleh merebak dengan mudah, sama ada melalui udara atau sentuhan, mereka yang dijangkiti sewajarnya dikuarantin di rumah dengan tidak ke sekolah, ke tempat kerja atau tempat-tempat awam. CDC mencadangkan orang ramai yang mengalami tanda-tanda selesema untuk tinggal di rumah selama tujuh hari dan jangan keluar atau kembali ke pejabat atau sekolah sehinggalah 24 jam selepas sihat sepenuhnya.

Dalam usaha mengawal penularan selesema babi, beberapa negara terutama Asia telah mengenakan arahan kuarantin terhadap penumpang kapal terbang yang mempunyai simptom selesema, malah ada negara yang mewajibkan pemeriksaan kepada penumpang.

Langkah penutupan sekolah bagaimanapun dianggap strategi yang tidak efektif. Bak kata Penguasa Kesihatan Awam Houston, David Persse, penularan virus tersebut terlalu mudah dan pantas di kalangan pelajar sekolah hinggakan apabila sekolah ditutup sebenarnya sudah terlewat.

Kebanyakan negara kini menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke luar negara, serta memantau mereka yang baru pulang dari kawasan yang dijangkiti.
Sebagai langkah pencegahan, banyak syarikat penerbangan telah membaiki prosedur kebersihan terhadap penerbangan antarabangsanya bagi mengurangkan risiko termasuk memasang penapis udara, pemeriksaan suhu terhadap semua penumpang dan menyediakan tuala dengan antiseptik.

Ada juga negara yang menguatkuasakan perintah kuarantin yang sangat ketat terhadap pelancong termasuk kerajaan China yang mengarahkan 21 pelajar dan tiga guru dari AS berkurung di dalam bilik hotel mereka ekoran salah seorang penumpang kapal terbang disyaki mengidap selesema babi.

Di Hong Kong pula, sebuah hotel mengkuarantinkan kesemua 240 tetamu selepas salah seorang tetamu disahkan mengidap virus tersebut, sementara kerajaan Australia mengarahkan sebuah kapal pesiar dengan 2,000 penumpang supaya tidak mendarat selama seminggu.
WHO menjangkakan vaksin penuh untuk virus itu tidak akan ditemui sebelum akhir 2009, jika ada pun mungkin terhad dan akan diberikan terlebih dahulu kepada kakitangan kesihatan, wanita mengandung dan lain-lain kumpulan berisiko tinggi.

Mereka juga bimbang virus influenza A itu boleh bermutasi lagi dan menjadikannya sebarang vaksin baru juga mungkin tidak berkesan. Kita berharap blog2 faham dan tahu langkah pencegahan virus ini.

Friday, August 14, 2009

Tok Guru menghalalkan Islam dihina oleh DAP

Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membenarkan pemimpin DAP menghina Islam, membuktikan parti itu sanggup berbuat apa sahaja demi menjaga kepentingan politik mereka. Nik Abdul Aziz adalah seorang 'tok guru' yang 'serba boleh' apabila ia bersangkutan dengan kepentingan pakatan pembangkang.
"Adalah tidak wajar kita membenarkan sesiapa pun menghina agama Islam. Pihak yang menghina Islam wajib diperangi.

"Zaman Nabi dahulu, umat Islam sanggup berperang apabila Islam dihina, tetapi ulama besar parti Islam itu kini boleh pula membenarkan kesucian Islam dihina,"
Apabila diminta mengulas keengganan Nik Abdul Aziz mengecam tindakan segelintir pemimpin DAP memberi reaksi melampau terhadap beberapa isu sehingga menghina Islam termasuk mengaitkan dengan ekstremis.

Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan beliau tidak akan membantah tindakan segelintir pemimpin DAP yang dilihat menghina Islam.
Sebaliknya, Nik Abdul Aziz menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Sepatutnya pihak yang tidak memahami Islam secara mendalam hal ehwal Islam 'tutup mulut' dan bukannya menghina agama itu.

Keadaan ini mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap sesiapa sahaja yang menghina Islam bagi memberi pengajaran kepada pihak lain.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kecewa dengan sikap Nik Abdul Aziz yang meletakkan politik lebih penting daripada agama.
"Saya kecewa, terkejut dan sedih apabila Menteri Besar Kelantan tidak mengutuk, apatah mengecam tindakan segelintir pemimpin DAP.

"Janganlah kerana Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dan demi menjaga hati DAP, Islam dihina pun tidak membantah,"

Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Roshdan Sujak Rafie pula berkata, Nik Abdul Aziz tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan seperti itu dan harus memikirkan sensitiviti masyarakat di negara ini.

Saturday, August 8, 2009

PENGALAMAN BERSAMA DEMONSTRASI GMI DI KUALA LUMPUR

Anggun telah banyak kali berulangalik dan melawat ibukota Kuala Lumpur lewat tugas dan tanggungjawab. Anggun jarang menggunakan pengalaman dan lawatan ke KL untuk membeli belah di syurga kain di Jalan Masjid India. 2hb Ogos 2009 mencatat pengalaman dan sejarah dalam lipatan dan kehidupan anggun. Buat Anggun selama ini aksi demontrasi, pancutan air dan tembakan gas pemedih mata sekadar dilihat dalam filem, berita dan majalah. Kali ini anggun sendiri bersama keluarga mengalami secara “real” dan penuh dramatic. Bukan lagi cubaan, in betul betul! Anggun sedar akan 2hb Ogos telah dijadikan sasaran GMI untuk menjadikan perhimpunan haram di Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid India. Dek asyik dengan kain tudung, tekstil yang menawarkan harga yang murah sempena jualan mega buat anggun lupa akan gerakan memasuhkan ISA yang dijalankan pada jam 2.00 petang di lokasi berkenaan. Tiba-tiba satu barisan panjang melewati di depan gerai bersebelahan Maybank Jalan Masjid India dengan slogan hapuskan ISA dan reformasi. Ini menimbulkan kekecohan, kegawatan dan keadaan tidak tenteram dikawasan berkenaan.

Anggun faham hari sabtu ramai pelawat dan hari sabtu ramai pelawat dan pelancong datang membeli belah menjelang musim perayaan menyaksikan ramai yang datang sejauh Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Pertuturan, dialek dan loghat menjadi jenama dan trademark. Belum sempat anggun menjamu sajian di meja terasa mata dan tekak pedih dan perit cekal. Makcik-makcik dan anak-anak kecil tiba-tiba mengalirkan air mata den menangis. Ibu bapa bertempiaran dan kalut menarik tangan anak-anak ke tempat selamat. Tidak kurang ada yang pulang ke hotel dan bersembunyi di Kamdar, Pertama Kompleks, Sogo dan kedai-kedai berdekatan.

Tembakan gas pemedih mata dikawasan berdekatan menyebabkan ramai pelawat dan khususnya golongan kanak-kanak tidak dapat menahan kesan-kesan yang tidak menyenangkan itu. Tiupan angin telah membawa gas pemedih mata berkenaan ke kawasan gerai, restoran dan kedai sebagai mangsa. Anggun sendiri terpaksa bergegas pulang ke hotel pada jam 4.00 petang bersama keluarga sambil menyaksikan drama kucing dan tikus diantara GMI dan anggota polis. Tidak kurang anggota GMI lari ketakutan dan bersembunyi di arkad, restoran dan kedai. Pemilik kedai dan arked terpaksa menutup kedai ini bermakna “no business” dan hilang ribuan ringgit pada hari itu. Anggun juga berfikir negara ini tidak pernah memilih kerajaan hasil demokrasi jalanan melainkan budaya Dato Seri Anwar Ibrahim. Negara ini tidak pernah membuat dasar, akta dan kepentingan nasional di jalanraya. kepada siapa pula peniaga hendak menuntut kerugian yang ditaksir 100-200 juta ringgit. Bagaiman pula dengan kesesakan jalanraya di pintu masuk utama ke ibu negara yang dijalankan oleh Polis? PDRM juga dicercamaki dan disorak oleh GMI di jalan Tun Abdul Rahman. Peranan utama PDRM dalam memerangi ketenteraan awam oleh tindakan GMI. Anggun maklum ISA sedang dikaji oleh kerajaan, ISA masih relevan dan perlu dikekalkan bersesuaian dengan keperluan negara menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dr.Chandra Muzaffar Yayasan 1Malaysia beranggapan ISA perlu diingati dengan akta baru. Anggun tidak Nampak apa matlamatnya, apa hasilnya, hanya lebih kurang 20 tahanan ISA masih ditahan.
Anggun juga bertanya apa pula hak perniagaan, pelawat dan pelancong pada hari itu. Wajarkan mereka melapor kepada SUHAKAM atau International Amnesty. Anggun tidak faham mahasiswa dan kanak-kanak dibawa berarak. Anggun juga tidak faham ramai melayu terlibat dalam usaha yang tidak produktiif. Anggun bertambah tidak faham ramai melayu tidak marah berarak dan berdemontrasi apabila agama hak Melayu dan raja diperkotakkatikan golongan tertentu.

Menurut hemat anggun yang cetek, tujuan GMI adalah menunjukkan kedegilan dan bodoh sombong, pengaruh politik serta berhasrat mencemar imej Malaysia. DSAI semakin kemaruk kuasa kerana gagal mendapat kerusi PM sewaktu Dr. Mahathir Mohamad, zaman Dato Tun Abdullah Ahmad Badawi dan cuba mendapatkan kuasa serta menghadapi kepintaran kepimpinan NAJIB. Anggun tidak lupa DSAI cuba mengalih isu perbicaraan kes liwat yang bakal berlangsung tetapi, sering ditunda oleh pelbagai alasan. Dalam hal ini, dimana kedaulatan pemuda Saiful itu? Apakah hak pemuda itu dicabuli? Oleh taktik kelewatan DSAI.
Anggun setuju dengan NAJIB buatlah demokrasi di kawasan stadium dan padang lebih baik Ahli Parlimen Pembangkang mengadakan demokrasi di kediaman masing-masing dan kawasan parlimen masing-masing. Buatlah hari-hari dikawasan dun dan parlimen. Entah apa pula kata dan pandangan penduduk dan masyarakat kawasan berkenaan. Akhir kata Anggun berminat benar dengan lagu SENYUMLAH KUALA LUMPUR nyanyian Datuk David Arumugam. TERIMA KASIH Alleycats….

Thursday, July 23, 2009

Pemimpim Pembangkang Suka Sangat salahkan Kerajaan

Anggun nak berkongsi crita Nasib seorang mendiang Teoh Beng Hock, 30, yang mayatnya ditemui pada jam 1.30 tengah hari Khamis lalu di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, bangunan menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) Selangor di Tingkat 14 dimana Setiausaha Politik Ahli Exco Selangor itu disoal siasat kira-kira 10 jam sebelum kemalangan itu disedari. Kejadian malang itu bukan saja mengejutkan anggota keluarganya, apa lagi beliau dijadualkan memeterai perkahwinannya sehari selepas itu, malah menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak bagaimana ia berlaku.
Bagi mendapat anggun insiden itu turut membawa malang kepada SPRM kerana ia berlaku selepas Teoh disoal siasat lebih lapan jam oleh pegawainya dan mangsa pula dipercayai terjatuh dari tingkat yang menempatkan pejabat Suruhanjaya itu. Sebagai sebuah agensi penguat kuasa yang tindakannya sentiasa menimbulkan spekulasi terutama di kalangan perti politik.
Rasa-rasa anggun kejadian itu juga sedikit sebanyak mencalit pentadbiran Datuk Seri NAJIB Tun Razak, yang baru saja seminggu mencatat beberapa pencapaian dalam tempoh 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri.
Lebih malang lagi apabila DAP terus menuding jadi kepada kerajaan serta menjadikan insiden ini sebagai isu politik dan perkauman. Belum pun pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan, pemimpin pembangkang mengadakan perhimpunan di Shah Alam dan Pulau Pinang menuntut penjelasan sehingga menimbulkan kekecohan serta memaksa polis menahan beberapa orang untuk memenangkan keadaan. Walaupun dipihak kerajaan sama ada Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Hishammuddin Hussein memberi jaminan punca insiden ini akan disiasat hingga ke akar umbi, DAP dan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) tidak mungkin menunjukkan rasa puas hati atau berdiam diri. Sebabnya mudah, insiden malang yang menimpa Teoh dan keluarga adalah peluang terbaik pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat daripada pelbagai masalah dalaman yang menimpa Pakatan Rakyat sekarang.
Pada ingatan anggun, Pakatan Rakyat belum lagi pulih dengan kekecewaannya atas kemenangan tipis PAS dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai. Dengan itu juga keputusan di Manek Urai itu sebagai isyarat wujudnya angin perubahan di kalangan rakyat, khususnya penduduk di Manek Urai terhadap BN, Pembangkang seperti biasa mencari pelbagai alasan kecuali diri mereka sendiri. Lihat saja lah Setiausaha Agung DAP. Lim Guan Eng mengakui pelbagai masalah dalaman parti gabungan Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR turut menyumbangkan kepada perkembangan itu, yang dikatakan kurang disenangi oleh pemimpin kedua-dua parti itu. Tanpa Guan Eng membuat pengakuan itu pun, Kita memang boleh menjangka keretakan dalam perkahwinan 'mutaah' pembangkang itu telah bermula di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan terbaru di Selangor, yang dilihat sebagai ujian sebenar sejauh mana kukuhnya jalinan DAP dan PKR.
Maka tercetusnya hubungan PKR-DAP di Selangor, malah kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri. Pemimpin de facto Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan dijadualkan mempengerusikan satu mesyuarat Khamis dan Jumaat lalu bagi merungkai masalah itu tetapi insiden malang yang menimpa Teoh menyebabkan isu berkenaan tenggelam.
Tidak hairanlah apabila parti pembangkang akan terus menjadikan insiden malang yang menimpa Teoh sebagai agenda baru perjuangan mereka buat sementara waktu saja. Beberapa hari yang lalu mereka mengadakan perhimpunan di Kelana Jaya dan beberapa majlis seumpamanya diatur, semuanya bertujuan mengalih pandangan rakyat daripada masalah dalaman khususnya antara PKR dan DAP serta menyalahkan kerajaan atau kejadian itu.
Sementara kita turut bersedih kematian Teoh yang menimpa keluarganya, kita juga bimbangkan kesan tindakan pembangkang menjadikannya sebagai isu politik dan perkauman.
Baru-baru ini pun ada desakan kita lihat di kaca tv desakan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali supaya kerajaan Selangor mengadakan rombakan terhadap barisan Exco negeri itu dan dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju daripada PKR, Wee Choo Keong wujudkan pembabitan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti 'gelap' di Selangor, mengundang reaksi yang agak keras di kalangan beberapa Exco Selangor daripada DAP pada waktu hampir serentak, bukanlah suatu kebetulan. Laporan mengenai beberapa Exco Selangor disiasat oleh SPRM selepas itu menambahkan lagi kekalutan dalam kerajaan campuran di negeri itu sendiri.

Monday, July 20, 2009

MIC perlu perubahan imej, strategi dan kepimpinan?

MIC adalah parti komponen BN yang masih melakukan pembaruan dalam memperkukuhkan BN selepas March 2008. Akibatnya semakin banyak parti baru India muncul di Tanah Air. Disaat UMNO dan MCA melakukan sistem baru dalam pemilihan kepimpinan parti secara lebih demokratik. Pemimpin MIC masih kekal di kerusi kuasa dan memasang Kabinet parti yang secocok dengan pemimpin parti .

Prestasi buruk MIC pada pilihanraya parti prestasi buruk MIC pada Piliharaya 2008 menjelaskan kegagalan MIC mengalami “turba” turun ke bawah, mendekati dan merasai bantuan kepada masyarakat INDIA melalui bantuan ke sekolah India, yang terbaru RM15 juta melalui skim TEKUN wajar dimaksimumkan oleh jentera MIC.

MIC harus kembali mendapat keyakinan dan kuasa rakyat, kembali menjadi wira Makkal Thalaivan kepada masyarakat India. Menjelang pemilihan MIC, ahli MIC harus memilih transisi kepimpinan yang menyimpan liability dan hutang politik kepada masyarakat India serta mengurus kearah 1Malaysia.

“Lompat parti bukan jalan penyelesaian kemelut politik dalaman”

Rumahtangga MCA masih tidak padu MCA dalam krisis kepimpinan dan keyakinan yang longar. Datuk Chua Jui Ming calon bekas parti MCA telah menyertai parti PKR dan menyatakan keputusan bersara daripada jawatan Ketua Bahagian Bakri, Johor untuk memberi peluang kepada generasi muda.

Alasan beliau memberi peluang dan laluan kepada pemimpin muda yang kurang keyakinan menganalisis politik. Keputusan beliau adalah tidak wajar dan tidak bernas. Seharusnya beliau pemimpin parti politik MCA dan Ketua Bahagian berjuang untuk membela rakyat bukannya lompat parti yang boleh menimbulkan membimbangkan perasaan, keyakinan rakyat terhadap sokongan BN. Rakyat tertanya-tanya kenapa harus lompat parti sedangkan isu beliau boleh diselesaikan didalam parti MCA itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, pemimpin MCA harus memperkemaskan jentera parti, mendekati rakyat cina, tidak menurut rentak DAP dan PKR, sebaliknya samada seirama dalam BN dan membantu NAJIB mencapai 1Malaysia dan bukannya Malaysia Malaysian.

Friday, July 17, 2009

PERIPENTINGNYA nilai sebuah PERPADUAN

Apakah Maksud Perpaduan?
Anggun ini berkongsi pengetahuan dengan blogger. Menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar 'padu' , yang bermaksud bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan. Bagi kita rakyat Malaysia, yang pelbagai bangsa dan fahaman ini, perpaduan bermaksud kita semua mestilah bersatu, bermuafakat, bekerjasama, dan berunding untuk menjadi satu bangsa yang kuat.

Mengapa Perpaduan Penting?
Bagi pendapatan Anggun Perpaduan amat penting untuk mewujudkan keamanan. Perpaduan bukan sahaja perlu diamalkan antara kaum yang berlainan agama, bangsa, dan kebudayaan, malahan antara sesama kaum itu sendiri. Sudah terlalu banyak contoh bagaimana sesebuah negara menjadi hancur akibat rapuhnya perpaduan di kalangan rakyatnya.
  • Bayangkan apa sedang berlaku di luar negara, contohnya di Iraq. Pepecahan di kalangan penduduk ( puak Sunni dan Syiah daripada satu agama, iaitu Islam ) telah membuka peluang kepada tentera penceroboh untuk masuk campur dan memporak-perandakan negara tersebut. Begitu juga di Afghanistan, Somalia, dan banyak lagi.

  • Perang Saudara antara puak Tutsi dan Hutu di Afrika satu masa dahulu juga mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan keadaan huru-hara.

  • Perasaan perkauman yang menebal di kalangan negara Eropah dan Australia misalnya, telah menyebabkan suasana tidak tenteram membantutkan usaha kerajaan memakmurkan negara kerana pelabur menjadi takut untuk menanam modal di negara tersebut. Diskriminasi kaum antara kulit putih dengan orang Asia telah melahirkan suasana ketakutan dan kebimbangan di kalangan penduduk dan pelancong.

  • Peperangan di Bosnia Herzegovina antara penduduk Islam Bosnia dan Kristian Serbia yang berlainan agama, hingga menyebabkan ratusan ribu penduduk terkorban. Mengapakah semua ini berlaku? Ya, tidak lain kerana penduduknya tidak bersatu-padu mempertahankan tanah air mereka!.

  • Pertempuran yang sentiasa berlarutan di negara Palestin antara Pihak Berkuasa Palestin dengan Israel tidak menampakkan kesudahan dan diburukkan lagi dengan perpecahan antara Hamas dan Fatah ( Kedua-duanya adalah kumpulan pejuang Palestin ). Bagaimanakah dunia dapat membantu mereka sedangkan mereka sesama sendiri bertelagah? Hasilnya, rakyat mereka, jua yang menanggung derita.

Anggun harap para blogger yang membaca coretan anggun, memelihara nilai sebuah perpaduan bangsa, agama di negara kita ini. Oleh itu,marilah kita eratkan perpaduan sesama kita didalam kehidupan seharian kita agar konsep 1Malaysia dapat dicapai dengan jayanya...Amin!....

MALAYSIA ibarat rumah RAKYAT ibarat penghuni

Cuba kita sama-sama bayangkan situasi ini :
Anda adik beradik disuruh oleh ibu bapa anda mengemas rumah pada satu hari di hujung minggu. Abang anda memilih untuk mencabut rumput dan membersihkan halaman untuk mengemas dapur, membasuh pinggan-mangkuk,dan mengelap lantai. Adik anda pula memilih mengemas bilik tidur, melipat kain yang telah diangkat dari jemuran, dan menyapu lantai rumah. Apakah pula tugas anda? Duduk diam sahaja sambil memandang orang lain membuat kerja? Sudah tentu tidak. Anda juga memilih untuk mengemas ruang tamu, mengelap lantai, menyusun dan membersihkan habuk pada perabot dan barang hiasan, menyusun dan membersihkan habuk pada perabot dan barang hiasan, dan sebagainya. Setelah berpenat-lelah dan selesai menjalankan tugasan masing-masing, anda adik-beradik duduk berehat sambil bergurau-senda dan menikmati makanan kegemaran yang dihidangkan oleh ibu. Hasilnya?Rumah anda bersih, tubuh badan anda sekeluarga sihat, dan paling penting, anda sekeluarga hidup aman bahagia! Semua ini dapat dicapai kerana apa? Ya, kerana anda adik-beradik bersatu padu, tiada hasad dengki, dan iri hati! Perpaduan telah wujud di dalam keluarga anda!

Senario di atas hanyalah melibatkan sebuah rumah yang mengandungi satu keluarga. Memanglah mudah suasana di atas dijadikan contoh bagaimana perpaduan itu dapat menghasilkan kebahagiaan kerana ia melibatkan bilangan anggota yang kecil, yang sama keturunan dan bertutur dalam bahasa yang sama, dan terkawal pula segala gerak-gerinya. Namun, jangan ambil mudah kerana jika anggota sesebuah keluarga yang sekecil itu pun jika bersatu padu, dapatkan anda bayangkan keadaan di rumah itu? Sudah tentu penuh dengan pertelingkahan, jerit-perik, maki-hamun, sampah berselerakan, dan suasana yang tidak aman tenteram, jauh sekali mengecapi kebahagian.

Sekarang, cuba pula bayangkan keadaannya dengan sesebuah negara, apatah lagi negara kita Malaysia yang bertuah ini, yang diibaratkan sebagai 'rumah', manakala kita rakyatnya pula sebagai 'penghuni'. Sudahlah kita yang terdiri daripada berlainan keturunan dan kepercayaan, pemimpin pula turut merangkumi pelbagai kaum, masing-masing berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan kaum masing-masing. Sudah tentulah suasananya amat berlainan berbanding dengan keadaan di sebuah rumah. Bayangkalanlah, Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, India, Cina, Serani, kaum Orang Asli, dan kaum-kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Bahasa yang dipertuturkan pula adalah pelbagai daripada bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Mandarin, bahasa suku kaum, dan sebagainya.

Kebudayaannya pula pelbagai menurut kaum masing-masing. Namun pernahkah anda bertanya mengapa kita semua dapat hidup dengan aman tenteram. Bayangkan jika kita tidak berkerjasama, tolak-ansur, hormat-menghormati, dan saling faham-memahami, apakah yang akan berlaku? Sudah tentulah negara kita porak-peranda jadinya. Kita akan sentiasa diancam ketakutan dan perasaan saling curiga-mencurigai sesama sendiri, seperti yang berlaku di banyak negara luar.

Wednesday, July 15, 2009

INTIPATI PILIHANRAYA MANEK URAI

Pilihanraya Kecil berlaku dengan penuh klasik dramatic penduduk Manek Urai telah membuat keputusan. PAS menang tetapi majority yang kecil iaitu 65 undi. PAS yang berharap menang besar sebanyak 2,000 undi tetapi menjadi mimpi ngeri dan tidak lagi berpesta besar. PAS menang tetapi sekadar nyawa-nyawa ikan sahaja. PAS merosot 1287 undi lebih kurang 1,000 undi telah Berjaya dikurangkan oleh jentera UMNO yang dipimpin oleh Dato Mustapha Mohamad dan dimotivasi oleh kehadiran Timbalan Presiden UMNO. Pujian patut diberi usaha keras jentera UMNO. Keputusan ini telah memberi kemenangan moral yang besar dan tinggi kepada UMNO.

Tidak dapat dibayangkan andaikata undi rosak itu berubah mengundi UMNO. Majoriti PAS mengecil bermakna pemilihan calon UMNO adalah tepat, NAJIB berjaya mencorak kepimpinan yang berkesan, rumahtangga UMNO yang stabil dan kukuh, “homework” yang teliti oleh Pemuda UMNO dan Puteri UMNO menjalankan jentera dan pergerakan taktikal UMNO lebih “organized” kali ini UMNO baru terus berkhidmat kepada Manek Urai dan melaksanakan pembangunan. Kajian menunjukkan golongan muda kembali menyokong UMNO.

Kehadiran Nik Aziz Nik Mat, top gun , PKR tidak dapat memberi kemenangan besar kepada PAS. Manek Urai bukanlah kubu kuat PAS, ternyata UMNO telah mengkaji kelemahan di Bukit Gantang secara strategik UMNO harus terus sentiasa dan mendekati penduduk Manek Urai secara ikhlas, dan berterusan. Ketokohan Nik Aziz bukalah pertahanan dan kekebalan yang boleh dijadikan azimat PAS.

Isu-Isu rasuah, anak Kelantan dianaktirikan dan royalti minyak gagal memberi impak sokongan kepada PAS. UMNO harus terus mengkaji isu dan melaksanakan strategi yang lebih bijak, hikmah dan berkesan. Hal ini menjelaskan politik pembangunan masih relevan untuk rakyat, UMNO harus tidak bersikap “taken for granted”, Pemuda UMNO wajar berani bersemuka dengan pemuda PAS dalam wacana ilmiah dan terus memperjuangkan perpaduan ummah semua kepimpinan UMNO di seluruh negeri wajar melakukan “walk around” tinjauan negara, merasai denyutan nadi rakyat, membuang imej elitis, rendah diri dan meninjau masalah rakyat secara serius UMNO harus bekerja keras melakukan home work, muhasabah, merapatkan barisan, perpaduan dan mengurus rumahtangga dalam BN masa akan datang. Pendek kata PAS menang undi, UMNO menang moral dan semangat.

Monday, July 13, 2009

100 HARI NAJIB MENTADBIR NEGARA MEMBANGGAKAN

SABTU lepas, 11 Julai 2009, genap 100 hari Datuk Seri Najib Razak menerajui kemudi negara yang sudah berusia kurang sebulan daripada 52 tahun. Najib, 55, anak sulung Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lalu, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas memimpin negara selama lima tahun. Bagi Najib yang mengambil alih jawatan nombor satu negara dalam suasana yang cukup mencabar dengan krisis ekonomi global yang belum jelas penghujungnya dan ketika iklim politik negara masih belum reda ekoran Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu, beliau dijangka memperingati detik bersejarah itu bersama rakyat dalam perhimpunan khas di ibu negara.
Kira-kira 1,500 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat, keturunan dan peringkat umur dijangka akan bersama beliau dan anggota Kabinet serta pegawai tinggi kerajaan, pada acara itu yang bermula pada jam 10 pagi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Perdana Menteri dijadualkan berucap kepada khalayak tepat jam 11 pagi pada 11 Julai itu. Acara berkenaan akan disiarkan secara langsung oleh RTM. Beliau dijangka membuat beberapa pengumuman penting, di samping memperkukuhkan lagi azam dan iltizam yang sering beliau ulangi selama ini, iaitu untuk memenuhi sedaya mungkin setiap aspirasi dan kehendak rakyat. Mesej dan isyarat yang rakyat tunjukkan melalui keputusan pilihan raya umum lalu yang memperlihatkan prestasi terburuk pernah dicapai parti pemerintah sejak merdeka diberi perhatian cukup serius bukan saja oleh Perdana Menteri secara peribadi, malah oleh seluruh anggota Kabinetnya yang beliau sendiri labelkan sebagai 'Kabinet Rakyat.'

Satu lagi petanda jelas mengenai kesungguhan beliau untuk menggerak dan memfokuskan seluruh tenaga rakyat dan kerajaan untuk memacu negara ke arah sebuah negara maju yang rakyatnya berpendapatan tinggi menjelang 2020 ialah pengenalan konsep '1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.' Secara umumnya, konsep berkenaan akan dijadikan teras pentadbiran beliau dalam tempoh satu dekad menjelang matlamat yang dituju. Oleh kerana tempoh yang masih tinggal menjelang tahun keramat itu terlalu suntuk dan cuma boleh diliputi oleh dua rancangan pembangunan lima tahun atau dari segi politiknya dua pilihan raya umum, beliau percaya matlamat yang hendak dicapai itu sukar dipenuhi jika budaya kerja yang diamalkan di negara ini kekal seperti cara sedia ada. Oleh itu, Perdana Menteri mengusulkan agar setiap pihak cuba merombak minda masing-masing untuk tidak lagi berurusan seperti biasa. Di bawah pentadbiran beliau, tidak ada lagi amalan 'business as usual'.

Sebaliknya, apa yang ditekankan ialah setiap tindakan, keputusan, program, rancangan, projek atau dasar yang mahu dilaksanakan bukan saja oleh kerajaan atau agensinya, malah juga oleh rakyat biasa, perlu melalui penilaian kritikal dan inovatif. Semua ini memerlukan gerakan besar-besaran yang fokus dan berterusan. Beliau menamakan gerakan itu sebagai 'Transformasi Nasional'. Ada pihak memandang sinis inisiatif ini dengan menganggap bahawa apa yang Perdana Menteri cuba buat akan hanya tinggal sebagai retorik kosong yang tidak akan membawa sebarang perubahan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Mereka yang mendendangkan nada sinis ini sebenarnya tidak berlaku adil kepada beliau. Setiap pihak tidak harus mudah lupa bahawa tatkala mula-mula mengambil alih tugas dulu, Perdana Menteri cuma meminta rakyat memberikannya peluang membuktikan kemampuan dan kejujuran beliau. Kini peluang untuk menilai sama ada kesempatan yang diberikan itu walaupun dalam tempoh yang secara relatifnya singkat sudah digunakan dengan baik atau sebaliknya sudah tiba. Penilaian ini perlu dibuat secara objektif tanpa dipengaruhi fahaman politik, pengaruh etnik atau sebarang unsur luaran yang tidak ada kena mengena dengan beliau sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Dalam hubung ini, Najib dan pasukannya perlu dilihat sebagai sebahagian daripada rakyat yang ditakdirkan Allah SWT sebagai pemimpin. Apa pun, pegawai bertugas dengan beliau mengakui bahawa pengalaman bertugas dengan Perdana Menteri sejak 100 lalu adalah satu pengalaman yang agak luar biasa. Mereka tahu bahawa kuatnya beliau bekerja tanpa mengira masa dan kesihatan diri. Bak kata seorang pegawai kanan kerajaan yang terbabit dengan perancangan ekonomi, sejak pentadbiran baru sekarang mengambil alih, beliau tidak pernah 'senang duduk'. Satu demi satu tugasan terpaksa beliau selesaikan secara bertali arus. Secara ketaranya, sejak 100 hari lalu, Perdana Menteri sudah memperkenalkan pendekatan 'walk about' atau tinjauan mesra untuk mengetahui denyut nadi rakyat, mengarahkan kajian menyeluruh untuk menangani isu kenaikan tol bagi mengurangkan beban rakyat, mengarahkan pengambilan langkah segera bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas di Kuala Lumpur dan memperkenalkan Biasiswa Nasional khusus kepada pelajar paling cemerlang tanpa mengira kaum. Dari segi ekonomi, beliau memperkenalkan model ekonomi baru yang kerangkanya sedang diperkemaskan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan dan menjamin pengagihan kekayaan lebih adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum. Beliau juga sudah meliberalisasikan 27 sektor kecil perkhidmatan, melonggarkan sektor kewangan dan melonggarkan Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara ini.
Untuk menjaga kepentingan golongan Bumiputera dalam ekonomi, beliau menubuhkan syarikat modal teroka, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) sebagai entiti yang akan memberi bantuan kewangan dan modal untuk usahawan Bumiputera tulen yang benar-benar gigih untuk berniaga. Dalam menangani krisis ekonomi yang sedang melanda negara sekarang, Perdana Menteri mengumumkan pakej rangsangan bernilai RM67 bilion, mempermudahkan pengeluaran lesen untuk peniaga kecil dan penjaja oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara bagi merangka pelan jangka panjang ekonomi negara dan memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebagai pengukur prestasi anggota pentadbiran dan penjawat awam. Sebenarnya, senarai pencapaian Najib dalam tempoh 100 hari lalu terlalu panjang untuk dimuatkan dalam ruangan yang terhad ini. Ada di antaranya memerlukan masa lebih panjang untuk menimbulkan kesan sementara yang lain sudah mendatangkan hasil. Namun apa yang lebih penting bukan senarai, tetapi kesungguhan dan kegigihan beliau untuk membela rakyat.
Satu hakikat yang beliau secara peribadi harus berbangga ialah hasil kajian terbaru Merdeka Centre yang menunjukkan bahawa penerimaan rakyat terhadap kepemimpinan beliau kini melonjak kepada 65 peratus daripada 42 peratus sebelum beliau mengangkat sumpah pada 3 April lalu. Ini adalah peratus penerimaan yang paling memberangsangkan jika diambil kira hakikat bahawa beliau memulakan tugas dengan asas yang negatif akibat pelbagai isu legasi yang dihadapi ketika itu. Setengah daripada isu-isu terbabit masih menghantui beliau dan perlu diselesaikan untuk bergerak ke hadapan. Sumber-bharian.

Thursday, July 9, 2009

PPSMI dimansuh 2012 untuk memantapkan kembali Sains, Matematik diajar dalam BM pada 2012

Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012. Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.

Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan. Kerajaan juga menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains dan Matematik bagi meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai kedua-dua cabang ilmu itu dan teknologi demi masa depan negara. Kata beliau, keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti dihasratkan.

Justeru untuk memastikan pemansuhan itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014. “Pelaksanaan (sepenuhnya dalam bahasa Melayu) akan dibuat secara bertahap di tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan empat di sekolah menengah bermula pada 2012. “Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Pada masa sama, kata beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. “Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya. Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007. “Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007,” katanya.

Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. “Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. “Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil (SJKT),” katanya. Sumber Utusan Malaysia.
Walau bagaimanapun jika kita mahu bangsa maju bahasa perlu dimajukan agar bangsa kita mantap. Penguasaan pelbagai bahasa akan menjadikan kita bangsa maju dimata dunia. "Bahasa Jiwa Bangsa".

RASIONAL SUBJEK SEJARAH DIPERKENALKAN DIPERINGKAT SEKOLAH RENDAH

“Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan dihukum oleh sejarahnya”. “The past is the key of present”. Pendidikan adalah proses pembentukan nilai-nilai murni, keperibadian dan penyampaian ilmu dan budaya dalam kehidupan manusia atau insan. Sekolah adalah institusi sosial dan memainkan peranan sosialisasi yang kritikal dalam mencorakkan rupa dan jiwa negara bangsa. Falsafah pendidikan negara menetapkan keperluan membentuk insan yang seimbang emosi, intelek dan rohani para pelajar. Dalam hal yang berkaitan Dasar Pelajaran Nasional bertujuan memupuk perpaduan nasional di kalangan pelajar.

Ilmu dan subjek sejarah adalah bidang dan subjek penting dalam membentuk negara bangsa dikalangan pelajar. Subjek ini telah dijadikan alat propaganda oleh British dalam menanamkan taatsetia dan bangga terhadap Ratu dan empayar British. Sejarah telah pun dipelajari sebagai subjek di sekolah rendah pada tahun 1960-1970-an sebelum KBSR diperkenalkan di peringkat sekolah menengah.

Pembangunan yang pesat dan kesan globalisasi melalui ICT dan perubahan budaya serta ketidakstabilan politik Malaysia selepas 2008 menyaksikan sejarah tidak lagi menjadi panduan dikalangan ahli politik dan parti politik BN dan pembangkang. Rakyat khususnya golongan muda tidak menilai sumbangan UMNO dan Bn tidak memahami dan menelusuri sejarah tanah air. Khusus memahami ilmu sejarah tidak diminati dan dihayati oleh pelajar.

Pensyarah dan guru tidak memahami falsafah dan ilmu sejarah secara batin. Hal ini telah dihuraikan oleh Ibnu Khaldun ahli sejarah dan sosiologi Islam bahawa ilmu sejarah mempunyai bahagian batin yang menghuraikan kepentingan peristiwa sejarah dan bukan sekadar fakta yang beku dan lapuk.

Penekanan “paper chase” atau pencapaian akademik dalam memperolehi banyak A atau kepujian sejarah adalah subjek teras dalam PMR dan SPM, ia tidak memerlukan syarat lulus bagi mendapat sijil. Ini menyebabkan pelajar tidak serius mempelajari ilmu sejarah dan dipelajari secara sambil lewa sahaja.

Kaedah pembelajaran dan pelajaran yang tidak menarik dan tidak kreatif menyumbangkan kebosanan pelajar. Pengajaran lebih tertumpu pada buku teks dan buku kerja. Kesannya sejarah tidak dihayati, difahami tidak meyerap didalam jiwa menyebabkan golongan muda melupakan sejarah dan menganggap sejarah ilmu kuno. Akibatnya golongan muda sanggup menjadi penderhaka kepada Sultan, menghina pemerintah negara dan pemimpin nasional diketepikan dalam pemodenan bangsa tanpa melihat nilai peristiwa sejarah itu boleh pembentukan bangsa.

Tuesday, July 7, 2009

Calon BN MANIK URAI TURUN PADANG

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai Tuan Aziz Tuan Mat daripada Barisan Nasional (BN)Tuan Aziz, bertemu seramai mungkin pengundi dari awal pagi hingga ke tengah malam 13 Julai, beliau memulakan pertemuan dengan penduduk Manek Urai sejurus selepas solat subuh di masjid dan diikuti dengan pertemuan di kedai-kedai kopi dan di rumah-rumah sehingga ke lewat petang.
"Waktu malam banyak dihabiskan di masjid termasuk mengadakan sembahyang hajat bersama penduduk. Rutin ini lebih untuk mendekatkan diri kepada mereka," katanya ketika ditemui hari ini. Tuan Aziz, 39, bekas pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berkata beliau telah menemui hampir 50 peratus daripada 12,293 pengundi Manek Urai dan berharap dapat membuat dua pusingan untuk menemui mereka semua.
"Alhamdulillah petunjuk yang diberikan pengundi amat positif. Saya sedar kehendak mereka khususnya golongan muda. Saya juga jelaskan tujuan bertanding setelah dipilih oleh BN dan mereka menerimanya dengan baik. "Sekarang kerja ini menjadi rutin. Saya mulakan dengan bertemu mereka di kedai-kedai kopi, melawat kampung-kampung dan berkempen pada sebelah malam," katanya.

RUKUN NEGARA MELAHIRKAN BANGSA NASIONAL

Rukun Negara telah diperkenalkan sebagai ideologi negara pada tahun 1970 ekoran daripada peristiwa pergeseran kaum yang amat serius pada 13 Mei 1969. Peristiwa hitam dalam hubungan kaum ini berlaku disebabkan banyak masalah terutama berkaitan dengan perpaduan hubungan kaum, ketidakseimbangan ekonomi, kedudukan Melayu yang tercabar, kelantangan kaum Cina dan kaum-kaum lain mencabar hak dan kedaulatan orang Melayu, aspirasi kejayaan orang Cina menguasai Singapura kepada orang Cina di Malaysia dan kemenangan parti-parti politik Cina di bandar-bandar. Peristiwa hitam dalam hubungan kaum dan perpaduan negara ini memerlukan tindakan yang berani dan tegas dilakukan dengan memperkenalkan Rukun Negara atau Ideologi Nasional yang bertujuan mencapai matlamat-matlamat berikut:
1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya.
2. Memelihara satu cara hidup demokratik
3. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama
4. Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak
5. Membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bagi mencapai matlamat ini, Rukun Negara menggariskan beberapa lima prinsip utama yang perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia, iaitu :
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluruhan Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

KOLONIALISME DAN PEMBAHAGIAN MASYARAKAT
Kolonialisme kuasa barat, khususnya British di Tanah Melayu telah menyebabkan kebanjiran bangsa asing khususnya Cina dari negara China dan India dari Benua India ke Tanah Melayu sebagai buruh di sektor perladangan, perlombongan biji timah, perkhidmatan, pengusaha dan peniaga serta sebahagian kecil dalam bidang profesional. Masyarakat Melayu sebagai penduduk pribumi masih kekal diluar bandar, di kawasan pedalaman, dengan pekerjaan sebagai petani, nelayan dan pekebun yang bersifat sara diri. Dasar British di Tanah Melayu menyebabkan wujudnya perkembangan masyarakat majmuk atau prural society dan divided society berasaskan pengenalan ciri ekonomi, jenis pekerjaan serta jurang antara bandar dengan luar bandar. Perkembangan yang ketara ialah Cina di bandar, India di ladang-ladang dan Melayu di luar bandar. Pembahagian ini juga mencerminkan masalah dari segi perpaduan kaum, ketidakseimbangan ekonomi, jurang pengagihan kekayaan dan pendapatan, peluang-peluang yang tidak seimbang, kemiskinan dan kemunduran sesuatu kaum, perbezaan taraf hidup, kemajmukan dan konflik dalam hubungan kaum, persaingan dan cabaran terhadap ideologi politik yang bersifat perkauman. Sejarah penjajahan British di Tanah Melayu yang bersifat divide and rule merumitkan lagi asas-asas bagi membentuk sebuah masyarakat yang harmoni, bersatu padu, progresif, adil dan saksama, toleransi, hormat-menghormati, kesetiaan kepada negara dan sebagainya. Malaysia juga tidak mempunyai perubahan, perpaduan dan kedinamikan masyarakat yang perlu dibentuk selepas merdeka.

Malaysia berhadapan dengan masalah hubungan kaum yang memerlukan ia ditangani dengan berkesan. Rukun Negara yang diperkenalkan merupakan ideologi sosial dan politik yang memberi tumpuan kepada perubahan masyarakat majmuk yang progresif dan dinamik, di samping merangka pelbagai agenda untuk memperbaiki kedudukan, peranan, status, hak dan keistimewaan orang Melayu tanpa mendiskriminasi kaum-kaum lain. Membina bangsa dan masyarakat dalam gagasan Rukun Negara bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya memerlukan komitmen dan keazaman politik yang kuat dan disokong dengan dasar-dasar pembangunan serta politik yang kuat dan disokong dengan dasar-dasar pembangunan serta perubahan yang dinamik dan progresif.

PENGUKUHAN DASAR-DASAR KEBANGSAAN
Rukun Negara berteraskan kepada ideologi kebangsaan yang bertujuan membentuk sebuah negara bangsa dalam konteks perpaduan kaum. Ideologi kebangsaan ini digubal dalam dasar-dasar yang diperkenalkan selepas merdeka. Disamping itu, usaha dilakukan bagi membina patriotisme baru atau new patriotism berpaksikan kepada ideologi kebangsaan yang bersifat progresif dan dinamik. Selain itu, unsur-unsur liberalisme, modenisme dan multiculturalisme mencorakkan perubahan, konflik dan keseimbangan yang berlaku. Pengisian dan perlaksaan Rukun Negara bergantung kepada bagaimana ia dijadikan panduan dan rangka tindakan dalam perlaksanaan dasar kebangsaan seperti dasar pendidikan, dasar pembangunan sosial, dasar ekonomi, dasar budaya kebangsaan, dasar tindakan afirmatif ( affirmative action policy ).
Konsep dan ideologi kebangsaan menjadi asas bagi membina kekuatan negara yang menghadapi masalah perpaduan, masalah kesetiaan, masalah perkauman dan masalah keadilan sosial. Tanpa mempunyaiideologi kebangsaan yang kukuh yang mendasari perubahan yang hendak dicapai, Malaysia akan menghadapi pelbagai ancaman baru di sebabkan pengaruh ideologi lain yang bercanggah dengan pembinaan masa depan Malaysia. Ideologi kebangsaan amat menitikberatkan kepada soal-soal perpaduan kaum dan pembinaan sebuah negara yang harmoni, adil dan maju.

MASALAH INTEGRASI
Selain daripada masalah integrasi politik. Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka bergantung kepada integrasi kaum, wilayah dan politik. Kemasukan Sabah dan Sarawak sebagai satu gagasan politik Malaysia yang berintegrasi memerlukan bidang kuasa kerajaan Persekutuan ( federal government ), kerajaan negeri ( state government) dan konsep Persekutuan ( federation ) diperkukuhkan bagi memantapkan integrasi politik serta membina gagasan politik kebangsaan. Namun, keadaan masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk dan kurang mempunyai kesedaran kebangsaan dan kenegaraan memerlukan ideologi kebangsaan ( Rukun Negara ) beroperasi dengan lebih berkesan dalam konteks pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

SYARAT LULUS BI DALAM SPM ADALAH WAJAR DAN ADA KEBAIKANNYA”

Timbalan Perdana Menteri telah mencadangkan Bahasa Inggeris dijadikan syarat wajib lulus dalam SPM. Beliau menjelaskan kepentingan penguasaan bahasa ini dikalangan pelajar dan menguasai ilmu dalam era globalisasi. Idea ini turut dikemukakan kepada rakyat dan pakar serta masyarakat supaya memberi pandangan dan kritikan. Ini seiring dengan dasar kerajaan tidak mengetahui dan bijak dalam segala hal dan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dalam hal yang berkaitan, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan saranan TPM beliau menjelaskan rasional kepentingan bahasa Inggeris dalam menguasai ilmu, melanjutkan pelajaran di luar negara dan berharap kerajaan meneruskan dasar pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Disamping itu, NUTP ‘Persatuan Perkhidmatan Perguruan kebangsaan’ menjelaskan kerajaan perlu mengkaji idea secara terperinci melalui pusat perkembangan kukurikulum dan bantuan pakar pendidikan. Ia adalah idea yang baik demi masa depan negara. Dasar ini wajar mengambilkira beban dan kemampuan para guru dan bahan pemelajaran yang mencukupi.
Idea ini mungkin dibantah oleh tokoh budayawan dan GAPENA seperti Tan Sri Ismail Hussien dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang beranggapan bahasa Melayu semakin dipinggirkan sebagai bahasa Ilmu dan Komunikasi Perlaksanaan Idea TPM mampu memberi kesan terhadap kemampuan pekerja di luar Bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Pahang. Ini menimbulkan perasaan kurang senang rakyat luar Bandar yang gagal memahami rasional idea TPM. Ini menjejaskan sokongan dan dokongan rakyat terhadap kerajaan.

Pihak pembangkang bakal menjadikan ini sebagai racun dan isu serta dakyah politik untuk memburukkan kerajaan dan PKR mendakwa Kerajaan dan UMNO tidak berjiwa nasionalis dan menolak agenda Melayu dan membelakangkan Bahasa Melayu.

Oleh itu, kerajaan wajar mengkaji pelaksanaan idea ini mendengar denyutan rakyat. Pada masa yang sama Kementerian Pengajian Tinggi harus melatih guru yang sedia ada dan menambah ambilan guru TESL, dan menambahbaik kurikulum perguruan. Pada masa yang sama usaha memperkasa peranan bahasa Melayu harus dijalankan tanpa mengenal jemu. Cadangan saya supaya pelajar wajib kredit bahasa Melayu peringkat SPM juga harus menjadi pertimbangan Kementerian supaya kedaulatan dan peranan bahasa Melayu dapat dipertahankan. Malah isu pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris juga wajar ditangani dahulu.

PLKN MENINGKATKAN JATI DIRI NASIONAL

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sudah mencapai usia lima tahun. Tidak dinafikan ketika awal pelaksaannya pada 2004, masyarakat terutama ibu bapa bimbang untuk melepaskan anak-anak mereka menjalani program tersebut yang disifatkan ala-tentera.
Lebih membimbangkan, ibu bapa gusar tentang keselamatan anak-anak mereka memandangkan program berkenaan diadakan di negara ini.

Walaupun dengan beberapa ‘fasa’ cabaran dalam melaksanakan PLKN, kerajaan menerusi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah Berjaya mengubah persepsi masyarakat, dan bukan itu sahaja, keberkesanan program dalam meningkatkan jati diri di kalangan pelatih tentang semangat kenegaraan dan patriotism amat memberangsangkan.
Malaysia telah menghasilkan lebih kurang 350,000 orang ‘duta’ bagi perpaduan dan integriti nasional melalui program pertukaran yang dilaksanakan menerusi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara(JKLN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, jumlah tersebut terdiri daripada 21,390 pelatih dari Semenanjung Malaysia yang dihantar mengikuti latihan di sabah dan Sarawak 6,735 dari Sarawak dan 6,785 dari sabah yang dihantar ke semenanjung bermula pada 2004. “kira-kira 350,000 orang ini menjadi duta integrasi nasional yang akan kembali ke kampung halaman, keluarga dan rakan masing-masing untuk menceritakan kepada mereka pengalaman masing-masing semasa berada di sabah, Sarawak atau semenanjung,” katanya.

Beliau berkata, andainya setiap 350,000 pelatih berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kawan, mereka dapat membantu memupuk perpaduan dan integrasi nasional di kalangan 3.5 juta orang. “Program ini Berjaya dan bagi mereka yang dihantar sama ada ke sabah dan Sarawak atau semenanjung,saya pasti mereka dapat menambah pengetahuan melalui integrasi dengan penduduk tempatan,’’ katanya.

Pertama, PLKN telah diwarta dan diwajibkan kepada mereka yang terpilih, terpaksa hadir menjalani latihan tanpa gagal kecuali mendapat pengecualian dan mendapat penangguhan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Pada tahun ini, hanya seramai 110,000 pelatih sahaja yang perlu hadir sedangkan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berusia 18 tahun mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara adalah seramai hamper 500,000 orang. Di sini timbul perasaan tidak puas hati kepada tidak semua yang mesti hadir. Panggilan secara paksa dan tidak pula yang melibatkan semua remaja telah menyebabkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat.

Kedua, ‘pemegang saham’ program ini melibatkan ramai pihak seperti ibu bapa pelatih yang terpilih menjalani program ini,masyarakat prihatin dan ahli-ahli politik serta badan bukan kerajaan. Sebahagian besar mereka mengkritik tanpa mendapat gambaran sebenar program ini dan juga tidak jelas mengenai insiden-insiden yang berlaku dari semasa dan kesemasa.
Ketiga, persepsi masyarakat yang tidak jelas dengan program ini.Walaupun peibagai usaha oleh JKLN telah dilakukan melalui media massa,ceramah di sekolah,mengadakan pameran di tempat awam dan mengedar risalah berkaitan program ini. Di samping itu setiap kem mengadakan hari terbuka kepada ibu bapa agar mereka dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana program ini dilaksanakan dan juga kemudahan prasarana yang disediakan di setiap kem.
Keempat, program ini melibatkan ramai pelatih dari pelbagai bangsa, agama, keturunan dan pelbagai budaya dari seluruh negara. Apabila mereka ini disatukan maka di peringkat awal timbul pelbagai masalah penyesuaian tetapi akhirnya mereka ini akan dapat memahami di antara satu sama lain malah mereka menjadi lebih akrab lagi. Inilah yang sebenarnya objektif program ini.

Kelima, disebabkan telusan pihak JLKN memaklumkan kepada umum melalui media tempatan sekiranya ada insiden-insiden yang berlaku dalam program ini. Ketelusan ini menjadikan masyarakat bimbang akan keselamatan anak-anak mereka dan begitu juga dengan remaja yang belum penyertai program ini.Sememangnya telah menjadi Dasar Jabatan untuk tidak menyembunyikan kes-kes yang berlaku kepada masyarakat mahupun pihak media. Pihak media juga adakalanya tidak menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat tentang perkara sebenar yang berlaku.Di sini timbul pelbagai andaian negatif kepada masyarakat terhadap program ini.

Keenam, program ini telah melatih remaja yang tidak ada dari segi kekuatan mental dan fizikal, kesihatan yang berbeza dan latiahan yang agak memaksa mereka. Di sini juga timbul pelbagai masalah dari segi keupayaan.Ada juga pelatih yang tidak jujur dalam mengisi Borang Perakuan Kesihatan mereka sebelum menyertai program ini.Apabila berlaku kes-kes sakit, kecederaan, dan kematian, mereka dan masyarakat akan menyalahkan program ini tanpa usul periksa. Latihan-latihan yang dilaksanakan dalam program ini memang terdapat sedikit paksaan agar semua pelatih dapat dilatih sama rata tanpa dikecualikan. Ada di kalangan pelatih yang tidak berpuas hati akan pengaduan kepada ibu bapa bahawa mereka dipaksa dam dilatih dengan teruk. Bagi ibu bapa yang meneriama aduan anak-anak mereka tanpa usul periksa akan terus memprotes melalui blog mahupun media tempatan.

Akhir sekali adalah disebabkan sebahagian masyarakat kita tidak dapat menerima pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan. Masyarakat terkejut setelah 51 tahun Malaysia Merdeka tiba-tiba kerajaan mewujudkan PLKN ataupun ’Nasional Service’. Mereka berpendapat anak-anak mereka dikategorikan seperti kerahan tenaga sebagaimana yang dilaksanankan negara-negara lain seumpamanya Amerika, Singapura ataupun korea.
Program di negara kita ini sebenarnya amat berbeza dengan negara-negara tersebut dari segi objektif dan hala tujunya.Program ini telah dilaksanakan lima tahun jadi kesan kebaikannya mungkin tidak dapat dirasai sepenuhnya masyarakat masa kini.Mungkin kesannya dapat dilihat 10 atau 15 tahun akan datang. Sehinggah kini penerimaan amat memberangsangkan dengan adanya kesanggupan mereka menyertai program ini secara sukarela dan merayu agar anak-anak mereka terpilih menyertai program ini. Pihak Kementerian khususnya JKLN mengaku program ini amat mencabar dan sentiasa positif dengan kritikan-kritikan serta komen-komen yang membina.

Nilai tambah yang ditekankan oleh program ini memberi keutamaan dalam ambilan pelajar IPTA bagi mereka yang menjalani latihan khidmat Negara. Ini menggalakkan lebih ramai pelajar berminat mengalami program murni ini. Di samping itu, ramai yang tidak terpilih cenderung untuk menawarkan diri secara sukarela. Semangat kesukarelawan ini adalah penting dalam pembinaan jati diri yang utuh dan kukuh. Kerajaan juga memberi jaminan mereka yang menjalani latihan khidmat Negara bakal dipilih dalam menyertai skim perkhidmatan awam. Ini penting bagi mempunyai pekerja yang setia kepada Negara, bangsa, agama. Nilai kesetiaan wajar dipupuk di kalangan pelajar dan pelatih program khidmat Negara.

Program Reunion pelatih di peringkat Nasional, negeri dan daerah wajar diberi penekanan yang utuh dan menyeluruh oleh Kerajaan dan bekas para peserta yang tinggi di kalangan para peserta. Memupuk perpaduan dan integrasi Nasional secara menyeluruh. Ia mampu diadakan secara program hari keluarga, jamuan makan malam, mengadakan program bakti dan perjumpaan peserta sempena Hari Perayaan Nasional seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan Deepavali.

Dalam hal yang berkaitan, bekas pelatih yang cemerlang wajar diberi peluang dan ruang menjadi pembantu jurulatih secara kontrak atau sambilan. Ini mampu memberi peluang pekerjaan sebagai pelatih. Pelatih senior akan menggunakan pengalaman, kecekapan dan kemahiran kepada pelatih baru dalam jangkamasa panjang program ini mampu mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan profesional.

Perpaduan dan Integrasi Nasional penting dalam pembangunan negara. Ia tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak, masa depan negara terletak dibahu, minda dan jiwa anak minda bangsa Malaysia. Negara sedang meniti misi nasional, menuju wawasan negara dan membentuk bangsa Malaysia, berpandukan konsep 1Malaysia yang mana rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Semoga rakyat Malaysia semakin terserlah menjaga maruah bangsa sekaligus menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Bersesuaian lah Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM Malaysia. Insyallah…