Apakah Maksud Perpaduan?
Anggun ini berkongsi pengetahuan dengan blogger. Menurut Kamus Dewan, perpaduan berasal daripada kata akar 'padu' , yang bermaksud bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan. Bagi kita rakyat Malaysia, yang pelbagai bangsa dan fahaman ini, perpaduan bermaksud kita semua mestilah bersatu, bermuafakat, bekerjasama, dan berunding untuk menjadi satu bangsa yang kuat.
Mengapa Perpaduan Penting?
Bagi pendapatan Anggun Perpaduan amat penting untuk mewujudkan keamanan. Perpaduan bukan sahaja perlu diamalkan antara kaum yang berlainan agama, bangsa, dan kebudayaan, malahan antara sesama kaum itu sendiri. Sudah terlalu banyak contoh bagaimana sesebuah negara menjadi hancur akibat rapuhnya perpaduan di kalangan rakyatnya.

- Bayangkan apa sedang berlaku di luar negara, contohnya di Iraq. Pepecahan di kalangan penduduk ( puak Sunni dan Syiah daripada satu agama, iaitu Islam ) telah membuka peluang kepada tentera penceroboh untuk masuk campur dan memporak-perandakan negara tersebut. Begitu juga di Afghanistan, Somalia, dan banyak lagi.
- Perang Saudara antara puak Tutsi dan Hutu di Afrika satu masa dahulu juga mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan keadaan huru-hara.
- Perasaan perkauman yang menebal di kalangan negara Eropah dan Australia misalnya, telah menyebabkan suasana tidak tenteram membantutkan usaha kerajaan memakmurkan negara kerana pelabur menjadi takut untuk menanam modal di negara tersebut. Diskriminasi kaum antara kulit putih dengan orang Asia telah melahirkan suasana ketakutan dan kebimbangan di kalangan penduduk dan pelancong.
- Peperangan di Bosnia Herzegovina antara penduduk Islam Bosnia dan Kristian Serbia yang berlainan agama, hingga menyebabkan ratusan ribu penduduk terkorban. Mengapakah semua ini berlaku? Ya, tidak lain kerana penduduknya tidak bersatu-padu mempertahankan tanah air mereka!.
- Pertempuran yang sentiasa berlarutan di negara Palestin antara Pihak Berkuasa Palestin dengan Israel tidak menampakkan kesudahan dan diburukkan lagi dengan perpecahan antara Hamas dan Fatah ( Kedua-duanya adalah kumpulan pejuang Palestin ). Bagaimanakah dunia dapat membantu mereka sedangkan mereka sesama sendiri bertelagah? Hasilnya, rakyat mereka, jua yang menanggung derita.
Anggun harap para blogger yang membaca coretan anggun, memelihara nilai sebuah perpaduan bangsa, agama di negara kita ini. Oleh itu,marilah kita eratkan perpaduan sesama kita didalam kehidupan seharian kita agar konsep 1Malaysia dapat dicapai dengan jayanya...Amin!....
1 comment:
terima kasih.. anggun dah membantu saya dalam assignment hubungan etnik..
Post a Comment