Monday, August 1, 2011

Kibarlah Jalur Gemilang

1 Ogos – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mengajak rakyat Malaysia supaya mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang bakal menjelang.

Beliau mensyorkan rakyat bersatu padu dalam usaha meningkatkan perasaan kasih kepada tanah air.

"Tidak ada cara lain pada masa ini selain mengambil sehelai Jalur Gemilang dan mengibarkannya di rumah, di pejabat. Inilah cara minimum yang dapat kita sumbang bagi menandakan kita cintakan negara,” katanya.

Rais berkata, usaha mengibarkan bendera Malaysia perlu dilakukan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik, agama, budaya dan latar belakang sosial.

"Kalau di negara lain, tanggal merdeka negara itu menyaksikan setiap warganya mengibarkan bendera. Oleh itu sama2lah kita kibarkan bendera negara yg di cintai ini..."Dimana bumi dipijak di situ lah langit dijunjung"

Wednesday, February 16, 2011

Perayaan Maulidurrasul Satu Penilaian Diri...

Hari ini umat Islam merayakan hari keputeraan baginda rasulullah Nabi Muhamad S.A.W. Kelahiran di Tanah Arab dan dunia membawa rahmat ke seluruh alam. Di Malaysia pelbagai program dijalankan oleh kerajaan, Ngo dan umat Islam dalam menghargai perjuangan dan contoh teladan baginda. Perarakan,Ceramah, Bengkel, Syarahan dan Pertandingan kompang juga Nasyid.

Perarakan membawa konotasi perpaduan umat kebesaran dan kemuliaan agama Islam dan kehebatan baginda. Melihat peranan dan sumbangan Nabi Muhamad SAW, baginda merupa Nabi,Rasul, Ketua Negara, Hakim Ketua Masyarakat, Peniaga, Negarawan dan pemimpin juga strategi perang yang cekap dan berkesan.

Baginda berjaya menyatukan Aus dan Khazray, mengamal kelicikan memartabat maruah wanita dan menjana ummah yang satu membentuk Ukhwah Islamiah

Pada hemat saya, usaha yang menyeluruh perlu dijalankan dan menghuraikan akhlak, shahsiah dan kepimpinan baginda rasul kepada generasi muda, ahli politik dan rakyat. Buku, risalah, rencana dan nyanyian tentang kehebatan baginda wajar diwar-warkan kepada masyarakat. Agama Islam adalah agama rasmi dan utama Negara ini membenarkan kebebasan agama di kalangan rakyatnya, kesejahteraan adalah penting dalam masyarakat membina persefahaman dan keharmonian rakyat. Hal ini disentuh oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sambutan Minggu Keharmonian antara agama sedunia pada 14 Februari 2011.

Persefahaman antara agama membawa banyak manfaat kestabilan politik, kerjasama menangani masalah social, keharmonian masyarakat memupuk perpaduan. Budaya ekstrem wajar dihapuskan, ia mampu mencetuskan konflik dan keresahan di kalangan masyarakat. Mengutip kisah baginda rasulullah.., Satu hari baginda duduk bersama -para sahabat tiba-tiba baginda bangun dan berdiri ketika jenazah seorang Yahudi dibawa melalui kawasan itu lalu para sabahat bertanya kenapa baginda memberi penghormatan kepada jenayah orang Yahudi itu?...baginda menjawab beliau menghormati jenazah itu.. dalam Al-Quran Allah berfirman bagi kamu agama kamu bagi kami agama kami….

Berserulah kepada jalan Allah dengan Hikmah dan bijaksana. Dalam tamadun Islam peperangan berlaku bukan atas keganasan, militant dan paksaan . Peperangan demi mempertahankan kesucian agama Islam, menghapuskan kezaliman, mempertahankan diri. Malah negara atau kawasan yang ditawan itu, rakyat dan penduduknya bebas menjalankan aktiviti ekonomi dan agama. Tidak ada paksaan dalam agama Islam. Hal ini telah dipaparkan oleh baginda rasulullah sebagai pemimpin ummah…

1Malaysia 1Ummah…

Tuesday, February 15, 2011

MESIR SATU RENUNGAN

Mesir Negara yang penuh dengan sejarah tamadun dunia dan Negara Arab terkuat di kalangan Negara Asia Barat menjadi tumpuan dunia. Sebagaimana firaun silam, Prestasi Hosni Mubarak terpaksa melepaskan jawatan, tunduk kepada suara rakyat generasi muda.

Demontrasi dan perhimpunan aman ini menerima pengaruh dan tumpas politik oleh kebangkitan rakyat di Tunisia, Yaman, dan Syria.

Sejarah Politik Mesir memperlihatkan zaman kemuncak Hosni Mubarak menggantikan Presiden Anwar Sadat arkitek politik dan tentera Mesir yang berjaya mengalahkan Israel dalam perang Arab Islam. Berbeza dengan Anwar Sadat & Hosni Mubarak tidak dibunuh oleh militan Islam atau musuh politik.

Memetik pandangan Dr. Mahathir Mohamad merumus bahawa Mesir dan Negara Arab wajar melihat ke Asia dalam membina sisitem politik dan demokrasi , pengaruh Amerika Syarikat tidak dapat membantu Negara sekutunya dan pergolakan di Mesir bakal menyaksikan peta politik Arab-Islam dan penulisan semula dasar diplomatik Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Pada hemat saya beberapa intipati penting dapat dikutip:-

i. Kepimpinan politik yang bijak membawa kemakmuran, kesejahteraan rakyat serta pembangunan rakyat

ii. Demokrasi adalah alat bukan matlamat, alat memilih pemimpin dan kerajaan serta membawa kestabilan Negara.

iii. Demokrasi bukan alat untuk meraih keuntungan peribadi dan menambah kekayaan diri dan kroni.

Hosni barangkali lupa kerajaan adalah rakyat, daripada rakyat kepada rakyat.

Kebangkitan rakyat, golongan muda melalui media social ( FB ) telah merubah strategi dan taktik dalam mengajak generasi minda dan rakyat meranapkan kekuasaan autokratik Hosni Mubarak.

Pemimpin yang telah lama memerintah akan dibantu oleh bayangan metos, bahawa dialah tuhan, Raja segala maharaja umpama FiraunMesir mewakili tuhan, dilindungi penasihat yang sempit akal dan tiada berwawasan. Pemimpin itu tidak menjiwai nadi rakyat, kehidupan,isi perut dan bau peluh rakyat.

Kita berharap Mesir bakal keluar daripada krisis politik ini, para junta tentera, pembangkang dan golongan reformasi minda harus merencanakan politik Mesir di samping mencari kerajaan baru yang berwibawa dan berintegriti ke arah MESIR BARU yang kuat dan dihormati di Liga Arab, Asia Barat.

Monday, February 14, 2011

1 ANALISA TRANSFORMASI POLITIK KEPIMPINAN NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Malaysia sedang menjalani beberapa transformasi di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Penyatuan dan perpaduan rakyat dijana melalui gagasan 1 Malaysia semakin menjadi nyanyian rakyat dan slogan harian bermakna demi menuju wawasan Negara.

Prestasi setiap kementerian dan jabatan diukur melalui petunjuk Indek Prestasi KPI. Demi menjana pembangunan Negara dan kemakmuran rakyat Pelan Transformasi Ekonomi dilaksana dengan pelaburan ratusan billion. Pelaksanaan RMK10 dan NKRA serta Pelan Trasformasi kerajaan sedang berjalan dengan jayanya.

Satu lagi trasformasi yang dijanjikan oleh Najib tun Razak Transformasi politik di Negara ini. UMNO adalah parti politik yang telah lama menjalankan transformasi politik dan idealisme bangsa demi kesejahteraaan rakyat.

Perubahan perlembagaan UMNO menyaksikan pemimpin UMNO bakal dipilih oleh ratusan ribu ahli bukannya 1,400 ahlinya.

Pemilihan calon ditentukan oleh kehendak akar umbi, bahagian UMNO dan kebolehan menang calon ( winable candidate ) menjadi element baru demi strategi memenangkan calon UMNO.

Mengadakan konvensyen BN dalam meruncing jalan, dalam dasar dan strategi kearah perpaduan dan keuntuhan BN menjuarai rakyat dan memperkukuh agama nasional.

Pendekatan diplomasi dan bersemuka ini mampu merapatkan hubungan kejiwanaan dan mengumpul maklumat serta penulisan dan merencana kejayaan dalam pilihanraya ke-13 kelak.
Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO wajar tidak lupa penyakit Lupa diri, sombong, Bongkak yang menjadi penyakit kronik mampu menjelmakan kebencian rakyat, ahli parti dan
masyarakat.

Rentetan kemenangan UMNO dan calon BN dalam siri pilihanraya kecil memperlihatkan dasar dan kepimpinan Najib diterima dan disokong rakyat, transformasi dan inovasi politik telah berjaya menyatukan rakyat, menyakinkan rakyat demi mencapai wawasan Negara. 1 MALAYSIA..

Sunday, February 13, 2011

Terimalah!..Sajak Tadika Bangsa

Marilah anak bangsa
Bergotong royong membersih
Jiwa dan minda
Lemparkan pokok fitnah
Bakar sampah kebencian
Jernihkan sungai kehidupan
Bajailah pohon perpaduan

Marilah anak bangsa
Kita merenung buku sejarah negara
Kemerdekaan kita capai
melalui slogan kesatuan dan,
keutuhan jiwa,dibaluti keikhlasan pejuang nusa
Berapakah harga maruah
Berapakah harga pengorbanan
Berapakah harga perpecahan rakyat
Laburlah keuntungan negara
menuju kemakmuran dan saham perpaduan

Marilah anak bangsa
Kita menulis semula erti kenegaraan
Kita berfikir atas satu kompas bangsa
Kita menyusun bangsa atas tiang negara
Kita membawa anak bangsa
Mencapai wawasan negara

Marilah anak bangsa
Kita belajar semula
Kitab Rukun Negara
Perjuangan Bangsa
Kehebatan Wira Nusa
Keunikan Budaya dan Segala
Keindahan
Kemakmuran rakyat
Keadilan dan kesaksamaan

Tanamlah benih perpaduan
siramilah baja toleransi
semburlah ubat kesatuan
moga diri bakal tumbuh
Pohon 1 MaLaySia di tanah
Pusaka BerTuah........

Thursday, April 22, 2010

Antara kandungan SMS strategi PKR di Hulu Selangor. Marilah kita sama2 sedariii..

BN di Hulu Selangor tidak berapa pening berbanding dengan PKR. BN akan dianggap sebagai underdog dalam pilihan raya kecil P.94 Hulu Selangor itu. PKRlah yang kena pulun bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan kelebihan 198 undi itu.

Seperti biasa BN sebagai underdog, tak begitu bimbang. Ia adalah parti yang memerintah Malaysia. PKR pula ialah parti yang memerintah Selangor - yang semakin kacau-bilau dengan pelbagai isu dan ragam pemerintahannya. Jika dikaji halus-halus titah ucapan Duli Yang Maha Mulia baginda Sultan Selangor semasa merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-12 kelmarin, sudah jelas maksud titah baginda itu.

Baginda mahu semua pihak ‘‘fahami Perlembagaan.” Bolehlah disimpulkan bahawa baginda mahu jangan ada mana-mana pihak cuba membuat tuntutan yang bukan-bukan mengikut kaum masing-masing ke atas Perlembagaan yang sudah termaktub itu.

‘‘...rakyat perlu menjadikan Perlembagaan sebagai asas dalam usaha menguruskan permasalahan kerana isi kandungannya sudah memaktubkan hak rakyat dengan jelas. ‘‘Prinsip kebebasan dan keadilan adalah prinsip yang sedia ada dalam pemasyhuran kemerdekaan.

‘‘Beta berharap ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi mesej yang jelas kepada rakyat mengenai perkara ini,” titah baginda.

Sebagai rakyat yang menghuni dalam jajahan baginda, saya akan melaung tiga kali ‘‘Daulat Tuanku!!!'' Ucapan tuanku sultan itu amat ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata sekalian. Kita tahu dari mana datangnya tuntutan-tuntutan sebegitu. Kita berharap mulai sekarang mereka sudah boleh menutup mulut daripada terus mempersoalkan asas kenegaraan tersebut.

Kita kongsi antara agenda Mesyuarat itu menurut sumber SMS itu berlangsung dan dipengerusikan oleh seorang orang kuat Anwar Ibrahim sejak dari dalam UMNO lagi. Beliau ialah orang kepercayaan Anwar. Melihatkan kepada butir bicara yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa terlalu banyak isu yang perlu dibereskan oleh parti dokongan Anwar yang ironinya dia sendiri pun sedang menghadapi kegawatan dirinya sendiri.

Antara yang dibincangkan ialah mereka mahu supaya isu yang membabitkan Anwar dapat dikurangkan perbincangannya. Mereka bimbang soal Anwar boleh menjejaskan peluang parti itu. Seboleh mungkin mereka mahu mengalihkan kepada isu-isu lain. Oh, rupa-rupanya mereka sendiri pun takut dengan isu yang membabitkan Anwar ini?

Dalam apa-apa strategi perang, nampaknya isu Anwar perlu dijadikan agenda. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana jika jeneral sendiri mempunyai masalah besar, maka orang-orang bawahannyalah yang perlu memikirkan penyelesaiannya. Tak hairanlah banyak askar-askarnya sudah ‘letih’ dan mulai melarikan diri. Semua orang tahu, kes perbicaraan Anwar tidak habis-habis sejak dulu sampai ke hari ini.

Sebaliknya, mesyuarat itu mahu memberi tumpuan untuk ‘menyerang’ psikologi orang-orang Felda yang banyak di Hulu Selangor itu. Mereka mahu membasuh fikiran orang Melayu di situ supaya memberi undi kepada mereka.

Mereka mahu memecahkan persepsi bahawa Felda ialah organisasi kesayangan Najib Tun Razak. Memang Najib mempunyai ‘soft-spot’ terhadap Felda kerana Allahyarham ayahandanya yang mengasaskan agensi itu bermula dari hutan belantara kepada satu skim yang sehingga kini dicontohi oleh banyak negara sedang membangun lain.

Menurut SMS itu, pakatan memberi tumpuan untuk menyerang generasi kedua Felda. Mereka tahu generasi pengasas Felda sukar hendak diputar-belitkan. Hanya generasi baru sekarang yang kurang ‘semangat dan roh’ orang dulu yang senang untuk dipengaruhi.

Isu-isu lain mengikut al-kisah SMS itu ialah: Mereka akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kampus UiTM Serendah tidak boleh didirikan. Hanya orang Melayu yang kurang arif dengan peranan UiTM itu sahaja yang akan termakan dengan alasan mereka kelak.

Mereka juga akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kuil Hindu Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam. Dulu semasa BN memerintah Selangor, pembangkang bagai nak rak membantah bagi mempertahankan kuil Seksyen 19 itu. Tapi selepas menang mereka pun sama, dua kali lima.

Lain-lain isu yang terpaksa dipertahankan mereka, menurut al-kisah SMS itu lagi ialah:

  • Isu keuntungan jualan pasir di Selangor;
  • Isu ladang babi di Mukim Batu Kuala Langat;
  • Isu kalimah Allah dan perdebatan Khalid Ibrahim dengan Zulkifli Nordin;
  • Isu rumah urut dan penjualan arak yang dipertahankan oleh Ronnie Liu;
  • Isu kerugian Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM20 juta;
  • Isu gambar Elizabeth Wong;
  • Isu cadangan Menteri Besar Selangor mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu;
  • Isu MB pro-bukan Melayu;
  • Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembap;
  • Isu hubungan pakatan dan Istana Selangor serta cadangan menggunakan wang zakat untuk bukan Islam.
  • Mesyuarat itu juga, menurut al-kisah SMS itu turut membincangkan isu nasional yang dibimbangi PKR boleh mengubah sokongan pengundi Hulu Selangor kepada BN.

    Ia mahu isu itu dipantau dan diberikan perhatian serius oleh jentera PKR untuk mematahkan hujah serangan.

    Antara isu yang memberikan impak kepada pakatan itu ialah:

  • Isu kes liwat Anwar dan Saiful;
  • Isu Anwar dan hubungannya dengan Yahudi;
  • Isu pengakuan Anwar di Parlimen tentang 16 September;
  • Isu kredibiliti Nik Aziz membabitkan tajaan haji dan balak di Kelantan;
  • Isu wakil rakyat pakatan lompat parti;
  • Pendedahan wakil rakyat Bebas di DUN Perak dan Parlimen;
  • Isu tahap keutuhan hubungan Pas, PKR dan DAP;
  • Isu hubungan pakatan dengan Sultan Perak.
  • Pendek kata, banyak sekali isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu. Semuanya merupakan isu yang ada asas dan kredibiliti untuk dibahaskan oleh BN. PKR dan pakatan perlu bekerja keras untuk menyanggahnya.

    Mungkin di pihak BN, ia pun perlu menyelesaikan beberapa isu yang juga akan dihadapinya, khususnya soal calon MIC. BN perlu membuat justifikasi sebab-musabab dipilih calon dari parti itu dan bukannya dari UMNO.

    Calon PKR pula dikatakan seorang Melayu yang berasal dari Kelantan. Agenda news yg lalu ada memetik Malaysiakini.com mengatakan mesyuarat biro politik PKR yang diadakan di rumah Anwar bersetuju memilih Zaid Ibrahim sebagai calon PKR Hulu Selangor.

    Calon MIC pula disebut-sebut merupakan anak tempatan. Kita lihat sejauhmana soal isu dan soal calon itu boleh memberi impak kepada keputusan pilihan raya itu kelak.Pastinya ia akan me njadi satu ‘kes ujian’ bagi kedua-dua pihak.-Sumber Utusan..

    Monday, April 19, 2010

    Dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti PKR

    KERANA KECEWA dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta.

    Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar.Turut menyertai Nor'isham dan Muhammad Ali ialah lima lagi anggota AMK termasuk dua ahli jawatankuasa cawangan masing-masing dari Shah Alam dan Padang Jawa.

    Pemilihan Zaid sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi yang disertainya bersama rakan-rakan pada tahun 1999.

    Jika dilihat daripada, rekod Zaid sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji malah rekod moral beliau amat memalukan setiap orang Melayu dan Islam yang berpegang pada akidah dan akhlak.

    Keyakinan Nor'isham pemilihan Zaid bukan atas dasar kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi untuk menjaga kepentingan Anwar yang memerlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng dan pembelanya di Parlimen.

    Saya turut menyeru kepada pemimpin dan ahli AMK lain yang majoritinya kecewa dengan pemilihan Zaid untuk menunjukkan keberanian berpegang pada prinsip dan perjuangan sebenar dengan meninggalkan Anwar dan PKR yang telah jauh menyimpang perjuangannya.

    Disini Saya turut menyeru rakyat khususnya pengundi di Hulu Selangor terutamanya anak-anak muda untuk meninggalkan Anwar yang menyeret rakyat dengan masalah2 peribadinya dan cita-cita peribadi beliau iaitu menjadi PM dan memiliki Putrajaya dalam setiap tindakan politiknya dan parti PKR... Kita tidak mahu pemimpin pengkhianat bangsa Melayu dan orang yang gila kuasa..