Sunday, June 14, 2009

“Sambutan Pesta Kaamatan 2010 dirayakan di Kuala Lumpur”

Kota Kinabalu : 07 Jun 2009, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim mencadangkan Kaamatan 2010 dirayakan di Kuala Lumpur adalah usaha memperkenalkan kebudayaan masyarakat suku Kadazan Dusun kepada rakyat di Semenanjung Malaysia.

Rasional usaha ini bertujuan memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dan merapatkan hubungan sosial dikalangan rakyat. Tegasnya kebudayaan adalah elemen perpaduan dan penyatuan serta integtrasi nasional yang penting. Perayaan seiring ini diadakan di setiap bandar, daerah, peringkat negeri di negeri Sabah. Ia diadakan di bawah naungan Pusat Kebudayaan Kadazan Dusun di Penampang dan dijadikan alat dan pengaruh politik parti berasaskan suku kaum Kadazan. Hal ini telah dibantah oleh Timbalan Naib Presiden SAPPJimmy Jawatai yang menjelaskan hal ini mampu mengikis hal mengadakan perayaan Kaamatan. Hal ini membuktikan bahawa kebudayaan telah dipolitikkan oleh parti SAPP dalam meraih sokongan politik di Sabah.

Dalam hal ini, beberapa pendekatan strategi boleh diambil dalam mengukuhkan kuasa politik dan perpaduan di Sabah.

i) Mempercepatkan pembinaan Kampung Budaya yang menyemai konsep Kampung Budaya Sarawak segala aktiviti suku kaum Sabah dapat dipamerkan dan dijalankan di satu tempat elemen tarian, makanan, pakaian dan adat dapat dijalankan

ii) Mengekalkan Sabah sebagai tuan rumah Kaamatan di Kota Kinabalu, serta bandar-bandar lain di Sabah. Perayaan ini juga boleh diadakan di Kuala Lumpur dan IPTA di semua universiti di Malaysia.

iii) Elemen Kebudayaan sebagai alat dan strategi kerajaan mencapai gagasan 1 Malaysia.

Saya anak jati Sabah menyokong penuh cadangan menteri penerangan ini kerana budaya perpaduan boleh dipupuk 1 Malaysia jika diraihkan bersama-sama masyarakat semenanjung Malaysia.

No comments: