Tuesday, December 30, 2008

PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM DALAM BLOG -surind.blogspot.com

Islam adalah agama samawi, agama Tauhid dan membawa rahmat dan kesejahteraan terhadap umatnya dan manusia sejagat. Islam berkembang di Asia Barat, Eropah dan Afrika juga ke nusantara tanpa kezaliman mata pedang dan kekejaman tentera dan kerajaannya.

“Bagi Islam agama kamu agama kamu bagi kami agama kamu telah nyata kebenaran daripada kekufuran”.
“Berserulah ke jalan Allah dengan bijaksana dan penuh hikmah”
“Tugas kamu hanya menyampaikan tugas kami menentukan taufik hidayah”
“Diizinkan berperang tetapi janganlah kamu melampau batas”
“Apabila mereka menyeru kepada perdamaian hendaklah kamu berdamai, hendaklah menyerah kepada Allah s.w.t”

Agama Islam mengangkat tamadun Islam, membawa kemajuan dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan. Membawa keluar masyarakat Arab Jahilah ke alam penuh beribadah, berilmu, maju mengangkat darjat insan juga darjat wanita membawa keluar Eropah daripada zaman kegelapan yang melampau. Islam di zaman Umaiyah Damsyik, Baghdad, Cardova Sepanyol telah memajukan bidang ilmu dan budaya manusia.
Islam adalah satu cara addin, satu cara kehidupan yang komprehensif bersifat syumul. Ini sesuai dengan sifat tamadun Islam yang sejagat, toleran, sesuai sepanjang zaman dan fitrah serta rahmatnya memaju seluruh umat Islam dan masyarakat bukan Islam berlindung di mana-mana Kerajaan di dunia. Hal ini terbukti di Madinah.

Pada zaman Nabi Muhammad, zaman khulafah Ar-Rasyidin, Umaiyah Islam di Sepanyol, di Turki juga di nusantara. Pendek kata tiada unsur pemaksaan dan penindasan terhadap umat bukan Islam.

Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Pakatan murni telah melahirkan sebuah kemerdekaan dan bangsa Malaysia. Malaysia mempunyai agama Islam, agama lain boleh menjalankan aktiviti keagamaan dan perayaan kebudayaan dan pendidikan. Kebijaksanaan pemimpin yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan yang berfikiran jauh dan strategik Berjaya meyakinkan British untuk menegakkan negara baru.

Selama ini unsur perpaduan, keharmonian kaum dan kerukunan beragama telah dipupuk oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu kesucian dan agama Islam tidak wajar dibincang secara terbuka dan tanpa landasan ilmu dan intelektualan serta rasional.

Tsunami politik Mac 2008 telah memecah sempadan keharmonian dan toleransi rakyat dalam melumpuhkan agama Islam dan kesucian agama Islam. Kejahilan segelintir masyarakat Islam dan kelemahan penyatuan umat di Malaysia oleh UMNO dan PAS di perkasa oleh partisan perkauman dan para penulis blog di media maya.

PARA BLOGGER DAN SARJANA ASING.
-Melukis wajah Nabi Muhammad sebagai kartun
-Hukuman kepada wanita yang direjam batu
-Pemaparan visual pesalah dipancung
-Keganasan oleh Afganistan oleh Kerajaan Taliban
-Peperangan Iran & Iraq
-Kebangkitan revolusi Iran
-Pakistan dianggap markas pengganas Islam
-Malaysia dan Indonesia dianggap pengganas Islam
-Imej 11hb September 2001 dijadikan agenda menghancurkan Iran dan Afghanistan
-Pengeboman di Bali
-Imej pengganas Islam di Mumbai, India membunuh hampir 200 rakyat tidak berdosa.


Di Malaysia Majlis Peguam Malaysia dan blogger bukan Islam mendakwa kezaliman hak terhadap ahli keluarga kerana isu kematian dulu yang telah menuduh Islam, forum yang diajar oleh orang bukan Islam tentang Islam, menentang keras isu yoga, menekan ulama di muzakarah ulama dan fatwa kebangsaan sebagai bodoh.

Dr.Mahathir Mohamad mantan PM dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah Berjaya membina imej Islam kesan positif dan bijak melalui OIC dan NAM penerapan nilai islam dalam pentadbiran dan Islam Hadhari adalah usaha kerajaan mengangkat kesucian Islam di imej Islam di mata dunia.

Isu Islam phobia Islam agama yang kejam, zalim dan ganas, Islam agama yang mundur dan dhaif. Islam agama yang menafi hak wanita dan masyarakat bukan Islam wajar dipulihkan.
Pada hemat dan analisis saya imej Islam sering kabur dikecam dan dihina dipengaruhi oleh kejahilan. Masyarakat Islam yang kurang menghayati agama Islam sebagai satu addin dan budaya segelintir menilai Islam sebagai agama ritual tidak lebih memandang Islam sebagai agama akhirat agama adat agama untuk mencari makan.

Kegagalan memahami keindahan Islam dalam kehidupan memahami roh dan hakikat Islam sebagai panduan kehidupan. Kegagalan memahami intipati al-Quran sejarah sirah Nabi dan perjuangan para Nabi dan rasul memahami adab dan akhlak, ibadat.

Gagal menghayati tauhid, syariah dan akidah Islam. Hal ini digugat pula aliran individualisme liberalisme, sosialisme, materialisme dan hendonisme melalui pembangunan, ledakan ICT dan kemewahan insan. Lantas itu membunuh iman, meluputkan roh Islam dan melumatkan jihad dalam jiwa dan pemikiran.

Kegagalan pihak barat dan agama lalu memahami Islam secara positif, objektif dan jujur. Fahaman politik imperialisme, syak wasangka, agama dan perkauman, takut akan kehebatan Islam pada zaman Islam.

Pemimpin politik, pendakwah ,sarjana Islam harus gigih membakar roh semangat jihad dan perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia.

Para Intelektual Islam di Malaysia khusus sarjana di Institut dan pemikiran Islam Malaysia, Institut kefahaman Islam Malaysia, petugas di Jabatan Perdana Menteri wajar berdialog dengan persatuan agama melalui addin yang harmonis.

Memperbanyakkan drama, forum, pameran, ekspo yang menumpuhkan keindahan Islam.
Memperbanyakkan forum di rtm tentang keindahan Islam. Khutbah Jumaat adalah wadah yang baik untuk menyedarkan masyarakat Islam tentang tamadun Islam, keindahan Islam dan penghinaan terhadap Islam. Memantapkan pemahaman dan penghayatan Islam di kalangan pelajar dan mahasiswa di university.

Memperkasa kursus pengajian Islam di IPTA, menjadikan lebih komprehensif kursus perbandingan agama dan kajian agama di IPT sebagai teras @ elektif.
Kelemahan dan kegagalan ibubapa dalam menanam tauhid, akidah iman dan dalam jiwa anak-anak.

Kurangnya interaksi dan dialog antara agama di Malaysia. Dialog antara agama dan tamadun lebih gemar melihat ketempangan dan kelemahan Islam. Ini menjadikan jurang yang luas dalam mendekati dan memahami Islam di tamadun yang pernah dibina
Input wacana dan ilmu tentang Islam hanya dikuasai oleh ilmuan, sarjana saja tetapi jarang diperluas di kalangan masyarakat Islam. Ini mendorong masyarakat jahil akan agama dan penghinaan terhadap Islam.

Perpecahan umat Islam memudahkan penghinaan terhadap Islam.
Kelemahan dan keruntuhan kuasa politik UMNO dalam pilihanraya Mac 2008 telah memberi peluang ruang Islam berani memperlekehkan imej Islam di Malaysia. UMNO masih kuat dan harus bertindak tegas.

Inilah hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh umat Islam di Malaysia. Ahli UMNO, PAS, TOK GURU NIK AZIZ, HADI AWANG, DATO HARON DIN, ulama UMNO dan para sarjana Islam di Malaysia.

Pendirian, orientasi parti, matlamat politik mampu berbeza, tetapi sodaliriti, keutuhan, perpaduan, kesatuan dan kerjasama umat Islam adalah penting demi memperkasa agama Islam dan persepsi terhadap Islam. Umpama kata Nabi Agama Islam muncul dahulu dianggap ganjil, pelik dan terasing dan kini ia masih dianggap anih dan asing.

PARA PEMBACA BUDIMAN
Dengan Izin ALLAH Taa'la Umat Islam wajar menguasai Ilmu ICT, mempunyai semangat JIHAT dan ILTIZAM dan roh Islam demi memaju umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Insyallah moga ALLAH akan merestu segala usaha mulia ini.

1 comment:

Anonymous said...

chiss...pantang datuk nenek aku kena hina begini...mahu saja ku renangi sungai kinabatangan itu, ku selami dasarnya untuk bersahabat dengan penunggunya dan kemudian, kucari laknat-laknat ini untuk ku libas-libaskan ekurku di setiap tulang belulang mereka, agar mereka rasai bagaimana nikmatnya penangan penunggu sungai kinabatangan....

namun begitu...sebaliknya,aku masih waras, dan aku masih bisa senyum bila berdepan dengan mereka2itu...kerana aku sedar tujuan mereka adalah untuk mencabar kita (Umat Islam)agar kita jadi kesarungan macam orang gila...biarkan mereka,biarkan!!