Monday, December 29, 2008

Legasi Pak Lah & Cabaran Najib 2009

Pak Lah Perdana Menteri Malaysia kelima dan Presiden UMNO kelima bakal, meninggalkan puncak kekuasaan kerajaan dan politik. Bermula sebagai pentadbir birokrat dan aktif dalam belia serta menerima cabaran sebagai setiausaha rendah MAGERAN selepas 13 Mei 1969. Anak ulama UMNO ini aktif dalam UMNO pada 1978 dan mempertahankan parlimen kepala batas hingga kini.

Tsunami Politik Mac 2008 telah menyaksikan kerajaan barisan nasional kehilangan majority 2/3 dan UMNO juga kehilangan kerusi serta hilang pegangan politik di lima buah negeri. Perjuangan politik beliau mengalami turun naik dalam UMNO dan pernah berada di luar kerajaan agak lama oleh arus baru dan team wawasan yang merombak peraliran politik UMNO, kemasukan tokoh perniagaan, ABIM dan bayangan Anwar Ibrahim. Imej clean latar belakang agama dan keikhlasan serta kesetiaannya pada parti kembali meletakkan Pak Lah di kemuncak kuasa pada 2003. Perjuangan dasar Pak Lah agak menarik bermula dengan slogan bekerjasama bersama saya, menumpu kepada usaha memaju pertanian negara. Pertanian adalah satu perniagaan usaha membasmi kemiskinan tegar, memajukan bioteknologi negara, pelan integriti, wilayah koridor pembangunan ekonomi dan usaha memantapkan sistem penyampaian kerajaan dan usaha membanteras rasuah.

Usaha beliau Berjaya menarik sokongan yang baik daripada rakyat dalam pilihanraya 2004. Rekod yang terbaik pernah dicapai UMNO dan Barisan Nasional. Malangnya misi Nasional dan RM9 telah dikritik hebat oleh mantan PM Dr. Mahathir Mohamad. Dasar Terbuka dan longgar mula memakan diri dan pengaruh Pak Lah. Serangan mantan PM di blog dan siri roadshow Mahathir dan karisme dan strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah DSAI telah Berjaya melemahkan pengaruh dan kekuatan BN. Isu perkauman, serangan di blog dan perlbagai khabar angin telah ditabur demi melemahkan kepimpinan Pak Lah.

Baki tiga bulan telah menghambatkan perjuangan Pak Lah dalam membentuk Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman dan Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia serta kedua-duanya berjaya diluluskan di Parlimen. Hal ini penting dalam membaiki imej dan reputasi badan kehakiman serta menekankan “rule of law” di negara ini. Isu klip video Linggam sedikit sebanyak menjejaskan imej Kerajaan sendiri. Isu rasuah, kroni, nepotisme dan kelemahan BPR di bawah JPM mampu ditangani dengan cekap serta menepati konsep pengasingan kuasa dengan berkesan.

Hal agama dan hubungan kaum menjadi tumpuan serius. Hal ini wajar ditangani secara bijak, halus dan penuh hikmah. Isu agama, bahasa perpaduan serta kerapuhan hubungan kaum mampu menjejaskan pembangunan negara, pembentukan bangsa Malaysia dan mencorakkan perubahan politik Malaysia. Cabaran ekonomi global, persaingan ledakan teknologi dan tuntutan pelbagai pihak bakal menghambat PM keenam Malaysia ini.

NAJIB apakah MISI, VISI, mindset NAJIB sama-sama kita nantikan di samping melihat keputusan pilihanraya kecil di Terengganu dan tidak lupa akan jasa Mr. Clean PAK LAH….Semoga konvensyen barisan nasional awal 2009 mampu memperkasa perpaduan negara dan membawa kestabilan, kemajuan negara.

No comments: