Wednesday, June 24, 2009

“Nasihat Mahathir Kepada UMNO Perlu diambilkira orang Melayu”

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menegur sikap dan budaya ahli UMNO dalam ucapan di Mesyuarat Agung Pertubuhan Gagasan Melayu Perak di Ipoh 20 Jun 2009. Secara sinis dan kritis mengingatkan UMNO tentang real politik dan keadaan politik semasa negara yang menyaksikan orang Melayu semacam cemas, bimbang dan keliru dengan politik semasa. Oleh itu, ahli UMNO harus insaf, sedar tentang masa depan yang tidak menentu dan UMNO dilihat gagal mempertahankan hak dan keistimewaan Melayu dan agama.

Kekalahan UMNO dipengaruhi oleh sikap individualistik ahli dan pemimpin yang mengutamakan ganjaran peribadi, mengejar jawatan Ketua Bahagian, wakil rakyat dan Ketua Cawangan. Di samping itu UMNO dilihat gagal menangani isu sensitive soal beraja, agama Islam dan isu ekonomi. UMNO dilihat sebagai parti yang korupsi dan tidak menjuarai isu dan agenda Melayu.

UMNO dilihat sebagai parti yang menjanjikan tender, projek dan kekayaan pemimpin UMNO dilihat sombong dan bongkak. UMNO telah hilang idealisme dan roh perjuangan. Semacam tiada usaha kukuh dan berpaduan melakukan muhasabah dikalangan pemimpin bahagian dan cawangan, tiada kesungguhan mendekati pengundi muda secara tuntas, kurang program dan majlis penerangan dikalangan pemimpin UMNO khususnya jentera penerangan UMNO.
Taktik dan strategi yang lapuk masih dipakai di Manek Urai, Bukit Gantang, Bukit Selambau. Hal ini bakal menimbulkan kebencian rakyat dan menghakis usia, pengaruh dan kekuatan UMNO di persada politik negara. Tidak kurang perpecahan yang berlaku di kalangan Ahli Parlimen, ADUN dan Ketua Bahagian. Satu krisis yang buruk, tenaga wang, masa dan akal digunakan untuk melemahkan musuh dan saingan dalam parti dan bukannya melemahkan pengaruh dan siasah pembangkang.

Sunday, June 21, 2009

Tun M : dimana kebenaran cerita pelantikan pengerusi baru Petronas

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui ada mendengar cerita bahawa jawatan Pengerusi Petronas yang kini disandang Tan Sri Hassan Merican akan diganti oleh individu lain namun menegaskan beliau tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita berkenaan. Katanya beliau hanyalah seorang penasihat tanpa kuasa eksekutif dan oleh kerana Petronas terletak terus di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, sebarang pelantikan jawatan di syarikat itu bergantung kepada keputusan Datuk Seri Najib Razak. "Barangkali orang lain ini lebih cekap daripada Hassan Merican... boleh dapat untung lebih besar kot, mana kita tahu," katanya ketika ditanya sama ada menggantikan Hassan yang telah terbukti keupayaannya di Petronas sebagai satu tindakan yang betul.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Penubuhan Gagasan Melayu Perak di sini hari ini. Desas-desus sejak beberapa bulan lalu menyatakan bahawa bekas Pegawai Khas Najib ketika beliau Timbalan Perdana Menteri, Omar Mustapha Ong akan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah manakala bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar dilantik sebagai Pengerusi Petronas bagi menggantikan Hassan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Dr Mahathir juga menolak dakwaan pihak tertentu kononnya beliau semakin hampir hilang sabar terhadap Perdana Menteri yang dikatakan mempunyai gaya kepimpinan lemah dan menegaskan beliau tidak pernah beranggapan sedemikian terhadap Najib.

"Saya tak kata saya puas hati, saya tak kata saya tak puas hati tapi saya buat teguran tentang pemilihan orang yang terlibat dalam rasuah masih ada dalam kepimpinan parti. Yang itu saya rasa tak setuju," katanya ketika ditanya sama ada ini bermakna beliau berpuas hati dengan kepimpinan Najib setakat ini. Sementara itu ketika mengulas tulisan dalam blognya www.chedet.cc yang menyamakan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew sebagai 'Maharaja Kecil', Dr Mahathir berkata Lee adalah seorang pemimpin sombong yang cuba mengajar pemimpin di negara-negara jirannya. "Orang ini dia cukup sombong. Dia pergi ke negara jiran untuk nak bagi tahu kepada negara jiran apa yang patut mereka buat dan dia mengutamakan negeri dia dan memberitahu kepada kita, kita hanya pedalaman. Saya dari dulupun saya tak berapa serasi dengan dia," katanya. Mengenai lawatan lapan hari Lee ke beberapa negeri baru-baru ini, Dr Mahathir berkata bekas pemimpin Malaysia belum tentu akan mendapat layanan serupa di republik itu seperti mana sambutan yang telah diberikan oleh para pemimpin negara ini terhadap Menteri Mentor Singapura itu.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Dr Mahathir berkata masa depan orang Melayu akan menjadi gelap sekiranya pemimpin Umno terus dengan sikap lebih mengutamakan kepentingan diri daripada agama, bangsa dan negara. "Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu tapi menjadi landasan untuk orang mendapat tempat dan gelaran. Sebab itu pada pilihan raya umum ke-12, orang Melayu tidak lagi mengundi Umno sebab mereka kecewa dengan keadaan sedemikian," katanya. -Berita Harian

Dr. M: Pemimpin Melayu pentingkan diri dan jawatan

Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Melayu yang masih keliru dalam perjuangan mereka sehingga meletakkan masa depan bangsa dalam keadaan yang tidak menentu dan gelap.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, masalah tersebut berlaku kerana terdapat sebahagian pemimpin Melayu yang lebih mengutamakan kepentingan diri mereka daripada perjuangan membela bangsa, agama dan negara. "Saya rasa cukup sedih apabila kita bercakap tentang jambatan baru ke Singapura, ramai yang menganggap ia tidak penting malah ada juga yang tidak tahu. "Bagi mereka apa yang penting siapa nak jadi ketua cawangan, ketua bahagian atau nak jadi calon. Sebab itu kuasa Melayu terhakis. Kalau terus demikian, maka masa depan Melayu sangat gelap sekali," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Penubuhan Gagasan Melayu Perak (GMP) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Presiden GMP, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail. Dr. Mahathir berkata, kehadiran begitu ramai orang Melayu pada majlis berkenaan jelas sekali menunjukkan perasaan cemas dan insaf tentang masa depan mereka. "Ini merupakan satu perasaan yang baik kerana kalau tidak insaf dan cemas, kita akan tidur. Orang Melayu memang macam itu, suka pada perkara yang mudah dan bila tidak ada buat apa-apa, mereka tidur," katanya.

Menurut beliau, orang Melayu mula bersatu selepas adanya cadangan penubuhan Malayan Union apabila menyedari ia akan menghakis kuasa raja-raja dan masa depan bangsa akan ditentukan oleh British. Pada masa itu katanya, barulah timbul rasa cemas seperti sekarang kerana bimbang ia akan menamatkan riwayat bangsa Melayu. Kata beliau, usaha menyatupadukan bangsa Melayu pada ketika itu adalah dengan menubuhkan UMNO untuk mempertahankan kedudukan mereka dan dalam keadaan cemas itu juga Melayu mempunyai kekuatan hasil perpaduan.

Jelas Dr. Mahathir, masalah timbul apabila begitu ramai orang yang hendak menjadi Yang Berhormat (YB) manakala golongan ulama dalam UMNO yang tidak ada tempat mula keluar parti. Katanya, apabila Pas ditubuhkan, undi Melayu berkurangan kerana berpecah sesama sendiri tetapi ramai masih berpendapat Melayu akan terus menyokong UMNO apabila Barisan Nasional (BN) menang berkali-kali dalam pilihan raya.

"Bagaimanapun masa telah berubah apabila ada pemimpin yang mahu jadi YB kerana hendak menjadi Perdana Menteri, menteri dan siapa yang tak dapat tempat akan mendapat kontrak.
"Niat untuk perjuangan sudah tidak ada tetapi lebih kepada elaun YB dan kedudukan. Makin lama makin merosot minat perjuangan UMNO di kalangan pemimpin," katanya.
Menurutnya, apabila perjuangan asal parti diketepikan, minat untuk mempertahankan bangsa, agama dan tanah air akan runtuh dan hilang sama sekali.

"Bila utamakan kepentingan diri maka rakyat mula tolak UMNO dan buktinya pada 2008 kita kalah teruk. Orang Melayu yang kecewa pilih parti lawan bukan sebab sayangkan parti lawan tetapi mesej kepada pemimpin. "Saya percaya masa depan orang Melayu gelap dan pilihan raya akan datang kita akan kalah jika mereka masih sanggup menjual diri kepada orang lain atau meneruskan sikap tamak," katanya. Dipetik Utusan Malaysia

Thursday, June 18, 2009

“Sabah Memerlukan Kampung Budaya”

Sabah negeri di bawah bayu dan kaya dengan kepelbagaian suku dan kaum. Terdapat lebih 40 suku kaum di Sabah. Ini merupakan keunikan dan kekuatan dalam kepelbagaian unity in diversity . Melaka mempunyai mini Malaysia, Sarawak telah lama mempunyai Kampung Budaya Sarawak yang terkenal sebagai produk pelancongan yang maju dan terkenal.

Kini pusat kebudayaan Kadazan Dusun di Penampang Sabah adalah tarikan utama menjelang pesta Kaamatan di peringkat negeri Sabah pelawat dalam dan luar negeri. Ini mencapai matlamat 1Malaysia . Tumpuan penulis adalah kewajaran kepelbagaian suku kaum Sabah dikaji, dipertontonkan kepada rakyat Sabah dan rakyat Malaysia umumnya lebih mengenali Kebudayaan Kazadan-Dusun. Idea ini dicetus oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Hj. Datuk Musa Hj. Aman Ketua Menteri Sabah merangkap Adun N.42 Sg. Sibuga. “ Sabah Memerlukan Kampung Budaya”.

Dalam hal ini, rasional Sabah memiliki 1Malaysia atau kompleks Budaya Sabah yang lengkap dan tetap. Lokasinya wajar terletak di Ibu negeri Kota Kinabalu. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Belia Sukan dan Kebudayaan Sabah boleh menjayakan idea belia ini secara telus. Kampung Budaya mampu menyediakan pusat maklumat dan penyediakan tentang kajian etnik masyarakat Sabah secara menyeluruh dan sistem.

Hal ini boleh dibantu oleh Kepakaran Universiti Malaysia Sabah dan Persatuan Kebudayaan suku di Sabah. Kampung Budaya mampu menjadi produk pelancongan yang berjaya. Ia masih boleh menonjolkan tarian, pakaian, makanan,adat, nilai-nilai kraftangan dan alatan muszik elemen kebudayaan.

Kampung Budaya mampu menyatukan kepelbagaian Budaya Sabah di satu pusat utama yang mampu memelihara dan memulihara khazanah Budaya Sabah untuk sesuatu akan datang.

Wednesday, June 17, 2009

Tindakan Nizar merupakan samseng politik

YB adalah salah seorang anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tindakannya melaungkan “Hidup Rakyat, Bubar DUN” sebaik mengangkat sumpah pada sidang Dewan Rakyat Isnin lepas adalah satu tindakan spontan yang tidak dirancang. Logik kah tindakannya tidak dirancangan? Ini adalah propaganda politik dilakukan untuk menarik perhatian rakyat melihat siaran langsung tv1, isnin lepas.

Ia juga merupakan satu peluang keemasan bagi beliau untuk meluahkan perasaan kerana kecewa dengan situasi politik di Perak, katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. “Jika saya membuat perkara sama di jalan-jalan di Perak, sudah tentu saya akan digari, jadi ia adalah satu peluang keemasan bagi saya. Ia merupakan satu situasi spontan yang memberi kesan yang luar biasa,” katanya. Betul kah?

Isnin lepas Mohammad Nizar diarah keluar daripada Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan bertulis “Bubar DUN” pada songkoknya. Beliau juga melaungkan “Hidup Rakyat, Bubar DUN” (Perak) sebaik mengangkat sumpah. Saya berbangga dengan Speaker tindakan tegasnya dan mengarah keluar YB ahli parlimen Bt. Gantang dihalau keluar. Pihak pembangkang selalu saja mengadakan keadaan huru-hara di luar dewan rakyat mahupun di luar dewan. Masalah pihak tertentu adalah mereka belum lagi mendapat majoriti 2/3 keputusan PIRU ke-12 yang lalu tetapi telah cuba besar kepala dan selalu bertindak bodoh!..

Perbuatan yang dilihat seolah-olah membawa budaya samseng di Dewan Rakyat, Mohammad Nizar berkata tindakannya hanya sekadar mempertahankan perlembagaan negara untuk rakyat Perak. Pihak2 tertentu ini selalu membuat kejutan negatif sehingga mengakibatkan maruah dewan rakyat tercemar dan tercalar. Dipetik dari berita.

Tuesday, June 16, 2009

“Anwar Ibrahim menyokong kepulangan Chin Peng ke Tanah Air”

Sejarah telah mencatatkan PKM ditubuhkan di Singapura Republik Komunis di Tanah Melayu dewasa itu meliputi seluruh kawasan di Singapura. Umumnya memaklumi ideologi Komunis diasaskan oleh Karl Marx di Eropah. Selepas Perang Dunia II, berlakunya Perang Dingin di Eropah dan di Asia. Akhirnya berlaku keruntuhan komunisme di Russia, Eropah oleh kelemahan sistem politik Komunis. Tidak lupa dicatatkan China telah menamatkan bantuan dan hubungan politik dengan PKM pada 1989 dan PKM meletakkan senjata Hadyaai di Selatan Thailand.
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan Chin Peng tidak dibenarkan pulang ke Tanah Air, namun Naib Presiden Gerakan Pulau Pinang dan Penasihat umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kepulangan Chin Peng disertai oleh DAP.

Politik dan isu perkauman telah dijadikan modus operandi dan strategi Anwar yang gagal dalam cita-citanya. Sejarah mencatatkan ramai pahlawan negara gugur sebagai bunga bangsa dalam perjuangan pada zaman darurat. Bukit Kepong, Sungai Siput, GRIK, Gubir adalah tempat yang mencatatkan sejarah hitam ATM negara.

Hari ini ramai lagi bekas tentera yang cacat dan hidup dalam derita oleh keganasan PKM. Tidak lupa pembunuhan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak serta letupan Tugu Negara di Kuala Lumpur. Generasi beru pasca merdeka tidak melalui penderitaan Bintang 3 dan MPAJA selepas kekalahan Jepun dan era darurat. Ramai yang buta dan kabur sejarah negara. Alasan PKM adalah wira negera pernah digunakan sebagai hujah oleh segelintir politikus pembangkang di negara ini. Demi mencapai cita-cita politik, lagu ini dimainkan menyokong dan mengiktiraf perjuangan PKM selama ini, DSAI menjadi wira dan juara cina di Tanah Air Tercinta. Dengan lain perkataan matlamat menghalalkan cara.

Kita berharap ahli PAS, PKR dan penyokong pembangkang rakyat Malaysia akan menginsafi pendirian DSAI dalam hal ini. Ia patut dijadikan isu penting dalam pilihanraya ke-13 untuk mengalih sokongan rakyat dan mendukung konsep SATU MALAYSIA.
Umumnya penerangan yang kerap wajar diatur oleh UMNO dalam meraih sokongan rakyat manakala MCA harus bergerak bertindak proaktif dan menilai diri dan strategi menaikkan sokongan masyarakat cina.

MCA dan Gerakan tidak wajar mengikut rentak DAP dan PKR sebaliknya merencanakan strategi baru dan menidakkan sentimen perkauman sempit dan emosi.

Sunday, June 14, 2009

“Sambutan Pesta Kaamatan 2010 dirayakan di Kuala Lumpur”

Kota Kinabalu : 07 Jun 2009, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim mencadangkan Kaamatan 2010 dirayakan di Kuala Lumpur adalah usaha memperkenalkan kebudayaan masyarakat suku Kadazan Dusun kepada rakyat di Semenanjung Malaysia.

Rasional usaha ini bertujuan memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dan merapatkan hubungan sosial dikalangan rakyat. Tegasnya kebudayaan adalah elemen perpaduan dan penyatuan serta integtrasi nasional yang penting. Perayaan seiring ini diadakan di setiap bandar, daerah, peringkat negeri di negeri Sabah. Ia diadakan di bawah naungan Pusat Kebudayaan Kadazan Dusun di Penampang dan dijadikan alat dan pengaruh politik parti berasaskan suku kaum Kadazan. Hal ini telah dibantah oleh Timbalan Naib Presiden SAPPJimmy Jawatai yang menjelaskan hal ini mampu mengikis hal mengadakan perayaan Kaamatan. Hal ini membuktikan bahawa kebudayaan telah dipolitikkan oleh parti SAPP dalam meraih sokongan politik di Sabah.

Dalam hal ini, beberapa pendekatan strategi boleh diambil dalam mengukuhkan kuasa politik dan perpaduan di Sabah.

i) Mempercepatkan pembinaan Kampung Budaya yang menyemai konsep Kampung Budaya Sarawak segala aktiviti suku kaum Sabah dapat dipamerkan dan dijalankan di satu tempat elemen tarian, makanan, pakaian dan adat dapat dijalankan

ii) Mengekalkan Sabah sebagai tuan rumah Kaamatan di Kota Kinabalu, serta bandar-bandar lain di Sabah. Perayaan ini juga boleh diadakan di Kuala Lumpur dan IPTA di semua universiti di Malaysia.

iii) Elemen Kebudayaan sebagai alat dan strategi kerajaan mencapai gagasan 1 Malaysia.

Saya anak jati Sabah menyokong penuh cadangan menteri penerangan ini kerana budaya perpaduan boleh dipupuk 1 Malaysia jika diraihkan bersama-sama masyarakat semenanjung Malaysia.

Pentingkah Kerajaan Perpaduan, Adakah Membela Bangsa?

Tahu kah anda? Presiden PAS telah melontarkan idea Kerajaan Perpaduan kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk menimbangkan serta mengajak parti politik bekerjasama demi kepentingan negara dan bangsa serta menstabilkan suhu politik negara. Politik negara selepas MAC 2008 agak kacau tidak menentu dan menggugat pembangunan negara dan keharmonian serta perpaduan rakyat.

Dalam hal yang berkaitan, konsep Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Campuran mengundang polemik yang reaksi yang pelbagai. Apakah perpaduan itu bermaksud wujud kerjasama dan perpaduan di peringkat kabinet Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat juga kerjasama ADUN BN dan Pakatan Rakyat di peringkat negeri?. Apakah kerajaan perpaduan bermaksud BN dan Pakatan Rakyat tidak terlalu politiking dalam menjaga kepentingan rakyat dan berpaduan mendepani kesan ekonomi global? Fikir2 lah wahai blogger.

Kerjasama parti politik atas nama perpaduan bukan baru di Malaysia. UMNO adalah peneraju utama dalam hal ini, bekerjasama dengan MCA dan MIC membentuk Perikatan Tun Abdul Razak Hussien telah membentuk Barisan Nasional pada 1974 dan PAS cuba memainkan peranan menyebar pengaruh tidak sihat. Pakatan Rakyat pula adalah usaha pembangkang menimbulkan BARISAN NASIONAL tetapi gagal dalam Pilihanraya 1990,1995, 1999, 2004 dan 2008.
Selepas Pilihanraya 2008, lanskap politik negara berubah, ketika itu UMNO hilang sokongan Melayu dan Kerajaan BN hilang dua pertiga majoriti. Isu perkauman dan kontrak sosial cuba digugat oleh parti pembangkang dan hal ini melemahkan kuasa politik dan ketuanan Melayu. Hal agama Islam digugat, institusi beraja dicabar oleh pembangkang khususnya di Perak. Sedarkah blogger?

PM dan TPM serta pemimpin kanan UMNO bersikap terbuka dan positif akan idea ini. Malah Muzakarah telah pun diadakan. Secara anĂ¡lisis politik saya ianya dapat meredakan ketidakstabilan politik dan pertuanan Melayu. Semua pihak bekerjasama memacu pembangunan negara. Ia memberi keuntungan politik kepada UMNO. Jika ia dapat memimpin ahli dan pemimpin PAS?. Hal ini ditentang hebat oleh Dato Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS Pro- Anwar. Ia akan memecah perpaduan dan kekuatan PAS. Hal ini dinilai oleh Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin. Apakah wujud kerjasama PAS-UMNO. Hal ini ditolak oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meragui keikhlasan PAS dan amalan satu parti tidak praktikal di Malaysia. Kaji lah dan fikir lah apa yang kita boleh sumbangkan untuk membela bangsa dan mempertahankan parti Melayu yang unggul sejak dari merdeka lagi.

Umumnya idea ini wajar diteliti secara mendalam, kuasa politik dan ketuanan Melayu harus dipertahankan. Sejarah kepartian di Malaysia, sesebuah kerajaan yang ditubuhkan memerlukan kerjasama dua atau lebih parti. MIC dikatakan turut berusaha berunding dengan parti India yang lalu. Yang paling utama politiking dan kestabilan politik serta keharmonian harus diutamakan.

Tuesday, June 9, 2009

Pantun Nasihat boleh dimuatkan ketika berceramah

Terimalah pantun nasihat

Kuih baulu sudah dikirim
isok sampaila ia
sekian dulu pada hadirin
dilain masa bersua pula

kalau saya pergi mentakab
jangan tuan pergi ke bedur
kalau saya sedang becakap
jangan tuan suka tidur

kalau tuan pergi ke seberang
tolong patahkan c ranting limau purut
kalau tuan pergi berjuang
jangan jadi c pak turut