Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menegur sikap dan budaya ahli UMNO dalam ucapan di Mesyuarat Agung Pertubuhan Gagasan Melayu Perak di Ipoh 20 Jun 2009. Secara sinis dan kritis mengingatkan UMNO tentang real politik dan keadaan politik semasa negara yang menyaksikan orang Melayu semacam cemas, bimbang dan keliru dengan politik semasa. Oleh itu, ahli UMNO harus insaf, sedar tentang masa depan yang tidak menentu dan UMNO dilihat gagal mempertahankan hak dan keistimewaan Melayu dan agama.
Kekalahan UMNO dipengaruhi oleh sikap individualistik ahli dan pemimpin yang mengutamakan ganjaran peribadi, mengejar jawatan Ketua Bahagian, wakil rakyat dan Ketua Cawangan. Di samping itu UMNO dilihat gagal menangani isu sensitive soal beraja, agama Islam dan isu ekonomi. UMNO dilihat sebagai parti yang korupsi dan tidak menjuarai isu dan agenda Melayu.
UMNO dilihat sebagai parti yang menjanjikan tender, projek dan kekayaan pemimpin UMNO dilihat sombong dan bongkak. UMNO telah hilang idealisme dan roh perjuangan. Semacam tiada usaha kukuh dan berpaduan melakukan muhasabah dikalangan pemimpin bahagian dan cawangan, tiada kesungguhan mendekati pengundi muda secara tuntas, kurang program dan majlis penerangan dikalangan pemimpin UMNO khususnya jentera penerangan UMNO.
Taktik dan strategi yang lapuk masih dipakai di Manek Urai, Bukit Gantang, Bukit Selambau. Hal ini bakal menimbulkan kebencian rakyat dan menghakis usia, pengaruh dan kekuatan UMNO di persada politik negara. Tidak kurang perpecahan yang berlaku di kalangan Ahli Parlimen, ADUN dan Ketua Bahagian. Satu krisis yang buruk, tenaga wang, masa dan akal digunakan untuk melemahkan musuh dan saingan dalam parti dan bukannya melemahkan pengaruh dan siasah pembangkang.
No comments:
Post a Comment