Anggun telah banyak kali berulangalik dan melawat ibukota Kuala Lumpur lewat tugas dan tanggungjawab. Anggun jarang menggunakan pengalaman dan lawatan ke KL untuk membeli belah di syurga kain di Jalan Masjid India. 2hb Ogos 2009 mencatat pengalaman dan sejarah dalam lipatan dan kehidupan anggun. Buat Anggun selama ini aksi demontrasi, pancutan air dan tembakan gas pemedih mata sekadar dilihat dalam filem, berita dan majalah. Kali ini anggun sendiri bersama keluarga mengalami secara “real” dan penuh dramatic. Bukan lagi cubaan, in betul betul! Anggun sedar akan 2hb Ogos telah dijadikan sasaran GMI untuk menjadikan perhimpunan haram di Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid India. Dek asyik dengan kain tudung, tekstil yang menawarkan harga yang murah sempena jualan mega buat anggun lupa akan gerakan memasuhkan ISA yang dijalankan pada jam 2.00 petang di lokasi berkenaan. Tiba-tiba satu barisan panjang melewati di depan gerai bersebelahan Maybank Jalan Masjid India dengan slogan hapuskan ISA dan reformasi. Ini menimbulkan kekecohan, kegawatan dan keadaan tidak tenteram dikawasan berkenaan.
Anggun faham hari sabtu ramai pelawat dan hari sabtu ramai pelawat dan pelancong datang membeli belah menjelang musim perayaan menyaksikan ramai yang datang sejauh Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Pertuturan, dialek dan loghat menjadi jenama dan trademark. Belum sempat anggun menjamu sajian di meja terasa mata dan tekak pedih dan perit cekal. Makcik-makcik dan anak-anak kecil tiba-tiba mengalirkan air mata den menangis. Ibu bapa bertempiaran dan kalut menarik tangan anak-anak ke tempat selamat. Tidak kurang ada yang pulang ke hotel dan bersembunyi di Kamdar, Pertama Kompleks, Sogo dan kedai-kedai berdekatan.
Tembakan gas pemedih mata dikawasan berdekatan menyebabkan ramai pelawat dan khususnya golongan kanak-kanak tidak dapat menahan kesan-kesan yang tidak menyenangkan itu. Tiupan angin telah membawa gas pemedih mata berkenaan ke kawasan gerai, restoran dan kedai sebagai mangsa. Anggun sendiri terpaksa bergegas pulang ke hotel pada jam 4.00 petang bersama keluarga sambil menyaksikan drama kucing dan tikus diantara GMI dan anggota polis. Tidak kurang anggota GMI lari ketakutan dan bersembunyi di arkad, restoran dan kedai. Pemilik kedai dan arked terpaksa menutup kedai ini bermakna “no business” dan hilang ribuan ringgit pada hari itu. Anggun juga berfikir negara ini tidak pernah memilih kerajaan hasil demokrasi jalanan melainkan budaya Dato Seri Anwar Ibrahim. Negara ini tidak pernah membuat dasar, akta dan kepentingan nasional di jalanraya. kepada siapa pula peniaga hendak menuntut kerugian yang ditaksir 100-200 juta ringgit. Bagaiman pula dengan kesesakan jalanraya di pintu masuk utama ke ibu negara yang dijalankan oleh Polis? PDRM juga dicercamaki dan disorak oleh GMI di jalan Tun Abdul Rahman. Peranan utama PDRM dalam memerangi ketenteraan awam oleh tindakan GMI. Anggun maklum ISA sedang dikaji oleh kerajaan, ISA masih relevan dan perlu dikekalkan bersesuaian dengan keperluan negara menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dr.Chandra Muzaffar Yayasan 1Malaysia beranggapan ISA perlu diingati dengan akta baru. Anggun tidak Nampak apa matlamatnya, apa hasilnya, hanya lebih kurang 20 tahanan ISA masih ditahan.
Anggun juga bertanya apa pula hak perniagaan, pelawat dan pelancong pada hari itu. Wajarkan mereka melapor kepada SUHAKAM atau International Amnesty. Anggun tidak faham mahasiswa dan kanak-kanak dibawa berarak. Anggun juga tidak faham ramai melayu terlibat dalam usaha yang tidak produktiif. Anggun bertambah tidak faham ramai melayu tidak marah berarak dan berdemontrasi apabila agama hak Melayu dan raja diperkotakkatikan golongan tertentu.
Menurut hemat anggun yang cetek, tujuan GMI adalah menunjukkan kedegilan dan bodoh sombong, pengaruh politik serta berhasrat mencemar imej Malaysia. DSAI semakin kemaruk kuasa kerana gagal mendapat kerusi PM sewaktu Dr. Mahathir Mohamad, zaman Dato Tun Abdullah Ahmad Badawi dan cuba mendapatkan kuasa serta menghadapi kepintaran kepimpinan NAJIB. Anggun tidak lupa DSAI cuba mengalih isu perbicaraan kes liwat yang bakal berlangsung tetapi, sering ditunda oleh pelbagai alasan. Dalam hal ini, dimana kedaulatan pemuda Saiful itu? Apakah hak pemuda itu dicabuli? Oleh taktik kelewatan DSAI.
Anggun setuju dengan NAJIB buatlah demokrasi di kawasan stadium dan padang lebih baik Ahli Parlimen Pembangkang mengadakan demokrasi di kediaman masing-masing dan kawasan parlimen masing-masing. Buatlah hari-hari dikawasan dun dan parlimen. Entah apa pula kata dan pandangan penduduk dan masyarakat kawasan berkenaan. Akhir kata Anggun berminat benar dengan lagu SENYUMLAH KUALA LUMPUR nyanyian Datuk David Arumugam. TERIMA KASIH Alleycats….
3 comments:
Salam,
Itulah sikap PAS, DAP dan PKr yang sentiasa ingih melihat negara ini huru hara tanpa memikirkan masalah rakyat..... jaji hati puas....ikut belakang pun tak ape.....
ISA perlu diteruskan kerana ia menjamin keamanan dan kemamuran negara. Lagi pun ISA tak menangkap orang yang tak bersalah.
Wlkslm...yah saudara betul tu,sikap DAP, PKR dan PAS yang ganas sehinggakan membuat huru hara KL dibuatnya, pemimpinnya banyak duit dia bagi orang upah agar GMI tu dilancarkan oleh belia dan remaja dungu tak faham ISA, ISA diteruskan untuk memelihara keamanan negara. Yang buat demonstrasi sapa suru dah naik trak polis masuk lokap kan susah diri sendiri.
Post a Comment