Friday, January 23, 2009

SEJARAH AMERIKA ORANG KULIT HITAM JADI PRESIDEN KE-44

Rancangan Khas TV1 telah menyiarkan siaran langsung Barack Obama dari pukul 12.00 am -02.00 am. Pada awal pagi 21hb.January, Barack Obama 47,telah mencatat sejarah dunia beliau sebagai orang kulit hitam pertama diisytihar Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam upacaranya yang sungguh meriah dan gilang gemilang, beliau memikul harapan tinggi dunia untuk memulihkan hubungan Washington dengan kebanyakan negara, terutama negara Islam.

Obama, adalah anak seorang lelaki dari Kenya dan ibunya, wanita kulit putih dari Kansas, mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 di pekarangan bangunan Capitol, disaksikan jutaan manusia yang memenuhi National Mall, dari Capitol Hill ke Tugu Peringatan Lincoln. Tempat pejuang hak asasi manusia kulit hitam, Martin Luther King Jr menyampaikan impiannya dalam satu ucapan bersejarah mengenai perpaduan kaum di Amerika pada 1963.

Melalui tinjauan pendapat Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) London mendapati krisis kewangan global patut menjadi keutamaan teratas Obama, diikuti pengunduran tentera AS dari Iraq, menangani perubahan cuaca dan merundingkan perdamaian di Asia Barat.
Ketika memberi penghormatan kepada wira hak asasi manusia itu sempena hari jadinya kelmarin, Obama berkata: "Esok kita akan berkumpul di tempat yang sama di mana impian Dr King masih bergema". "Apabila kita berkumpul di sini di Amerika, kita harus sedar bahawa nasib kita adalah berkait rapat di antara satu sama lain. Bila kita berjalan, kita berjalan seiringan”. Kata Obama lagi "Tatkala kita maju ke depan bagi menunaikan janji kita kepada negara ini, kita tidak harus lupa pengajaran yang diperoleh daripada (Martin Luther) King - bahawa walaupun impian kita berasingan, ia adalah satu."

Selepas mengangkat sumpah itu agenda utamanya 'memelihara, melindungi dan mempertahankan' perlembagaan AS adalah perkara penting yang disampaikan Obama ketika ucapan sulungnya sebagai Presiden Amerika yang ke-44 itu. rakyatnya sanggup mengharungi cuaca sejuk di Washington pagi semalam dan berasak-asak untuk menyaksikan pengisytiharan presiden baru mereka sama ada dari bahagian depan dan belakang, walaupun sebilangannya tidak bernasib baik hanya menonton dari skrin gergasi juga bagi ribuan yang lain.

Cabaran Obama antaranya ialah :
1.Meleraikan Perang Keganasan Israel Di Gaza, keganasan perang adalah sebahagian daripada cabaran besar yang menanti Obama. Keganasan dapat dilihat dari Gaza ke Guantanamo, Obama menghadapi dunia yang penuh dengan pergolakan seperti berikut:
i. Menyelesaikan Krisis ekonomi Global
ii. Jenayah Perang terhadap negara-negara Islam yang kecil dan lemah.
iii. Persengketaan negara-negara besar yang gah dengan senjata nuclear.
v. Memartabatkan maruah bangsa kulit hitam dan menjernihkan persepsi Islam terhadap Negara Kristian & Negara yahudi dikatakan penganas.
vi. Menangani perubahan cuaca & suhu dunia.

Semoga Barack Obama ‘Selamat Berjaya’ menjernihkan persengketaan bangsa, agama, negara-negara maju & juga negara-negara kecil sedang membangun yang sedang bergolak ini. Harapan saya Barack Obama melihat Malaysia negara Islam, menghormati adat budaya bangsa & agama masyarakat Malaysia yang kita cintai ini dan melindungi Malaysia dari keganasan perang. Saya berharap juga pemimpin kita di Malaysia belajar daripada Obama bagaimana ia menang Pilihanraya lepas dan menjadi Presidan gak di mata dunia.

No comments: