Wednesday, December 31, 2008

“TAHUN 2008 : TSUNAMI POLITIK MELANDA MALAYSIA”

2008, banyak pergolakan politik dipertontonkan babak demi babak di media massa mencemaskan ditelinga rakyat dan cabaran besar bagi kerajaan untuk meleraikan gelombang tsunami politik melanda di Malaysia.

Di peringkat awal, rakyat sebagai penonton tergamam melihat pelbagai perkembangan berkaitan Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu. Empat hari sebelum pengundian berlangsung Suruhanjaya Pilihan Raya membuat kejutan dengan pembatalan penggunaan dakwat ke atas pengundi yang sudah dirancang sekian lama dengan belanja yang begitu besar untuk menyekat apa yang dipanggil pengundi hantu.

Penganalisis, Pemerhati Politik dan ahli-ahli UMNO juga meramalkan Barisan Nasional ( BN) akan meraih kemenangan dengan mudah dalam Pilihan raya itu, namun pengundi buat pertama kalinya menyerahkan empat lagi negeri, selain Kelantan yang sudah dikuasai lama oleh PAS kepada pembangkang yang kemudian dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR). Tidak cukup dengan itu, mereka menafikan BN majoriti dua pertiga di Parlimen, pertama kali sejak negara merdeka 51 tahun lalu. Dari sejumlah 222 kerusi Parlimen, BN meraih 140 kerusi, sementara selebihnya dirampas oleh pembangkang termasuk satu kerusi oleh calon Bebas.

Ini merupakan kemenangan terbesar pernah diraih oleh pembangkang, gabungan tiga Parti – Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS. Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang berjaya mempertahankan kerusi Permatang Pauh muncul wanita pertama dilantik Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Senario itulah ia dipanggil oleh pemerhati politik sebgai ‘tsunami politik’, pilihan raya umum 8 Mac mencetuskan rantaian reaksi sepanjang tahun, dan pada satu ketika meletakkan Malaysia dalam kumpulan negara tidak stabil dari segi politik.

Tsunami politik dilihat dari satu drama ke satu drama kerana beberapa minggu kemudian Anwar memulakan percaturannya dan membertahu penyokongnya bahawa pembangkang, atau kini lebih dikenali sebagai Pakatan Rakyat akan menumbangkan kerajaan BN pada 16 September “Membentuk Kerajaan”.

Tokoh yang petah berbicara itu bebas untuk bertanding dalam pilihanraya pada 14 April selepas diharamkan daripada menyertai politik aktif selama lima tahun berikut sabitan rasuah, membayangkan sebilangan Ahli Parlimen BN telah pun bersetuju melompat ke PR kerana mereka kurang senang dengan kepimpinan Abdullah.

Manakala Anwar pula menarik perhatian penonton dengan dakwannya, satu lagi drama dipertontonkan pada Jun bila sebuah dari parti komponen BN di Sabah, mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah dan mahu menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Pemimpin-pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) yang menentang semangat BN dengan mendedahkan pekung di dada, kemudian keluar dari gabungan dan dengan itu BN kehilangan dua Ahli Parlimen iaitu TAWAU dan SEPANGGAR dan empat kerusi negeri di LUYANG, LIKAS, TANJUNG PAPAT dan ELOPURA.

Pada 26 Ogos, Anwar meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Berikutan itu, beliau dilantik Ketua Pembangkang baru di Dewan Rakyat, sementara hitungan tarikh 16 September diikuti dengan penuh minat oleh banyak pihak, hingga menyebabkan tercetusnya keadaan tidak menentu di kalangan rakyat.

Bagaimanapun, selepas begitu hebat diuar-uarkan, 16 September berlalu tanpa berlaku sebarang peristiwa yang menggegarkan suasana. Disebalik kegagalan itu, Anwar mendakwa rancangan itu terpaksa ditangguhkan beberapa hari lagi sementara menunggu respons daripada Abdullah terhadap permintaannya untuk menemui Perdana Menteri bagi menjamin peralihan kuasa yang lancar.

Demikianlah peristiwa demi peristiwa selama tiga bulan yang lalu, dan hari ini Malaysia masih di bawah kepimpinan Abdullah sementara Anwar terus membawa impian dan cita-citanya untuk menumbangkan kerajaan BN menerusi jalan belakang. Semoga tahun 2009 Kerajaan terus UNGGUL meneraju Malaysia di bawah pimpinan Najib...

Tuesday, December 30, 2008

PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM DALAM BLOG -surind.blogspot.com

Islam adalah agama samawi, agama Tauhid dan membawa rahmat dan kesejahteraan terhadap umatnya dan manusia sejagat. Islam berkembang di Asia Barat, Eropah dan Afrika juga ke nusantara tanpa kezaliman mata pedang dan kekejaman tentera dan kerajaannya.

“Bagi Islam agama kamu agama kamu bagi kami agama kamu telah nyata kebenaran daripada kekufuran”.
“Berserulah ke jalan Allah dengan bijaksana dan penuh hikmah”
“Tugas kamu hanya menyampaikan tugas kami menentukan taufik hidayah”
“Diizinkan berperang tetapi janganlah kamu melampau batas”
“Apabila mereka menyeru kepada perdamaian hendaklah kamu berdamai, hendaklah menyerah kepada Allah s.w.t”

Agama Islam mengangkat tamadun Islam, membawa kemajuan dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan. Membawa keluar masyarakat Arab Jahilah ke alam penuh beribadah, berilmu, maju mengangkat darjat insan juga darjat wanita membawa keluar Eropah daripada zaman kegelapan yang melampau. Islam di zaman Umaiyah Damsyik, Baghdad, Cardova Sepanyol telah memajukan bidang ilmu dan budaya manusia.
Islam adalah satu cara addin, satu cara kehidupan yang komprehensif bersifat syumul. Ini sesuai dengan sifat tamadun Islam yang sejagat, toleran, sesuai sepanjang zaman dan fitrah serta rahmatnya memaju seluruh umat Islam dan masyarakat bukan Islam berlindung di mana-mana Kerajaan di dunia. Hal ini terbukti di Madinah.

Pada zaman Nabi Muhammad, zaman khulafah Ar-Rasyidin, Umaiyah Islam di Sepanyol, di Turki juga di nusantara. Pendek kata tiada unsur pemaksaan dan penindasan terhadap umat bukan Islam.

Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Pakatan murni telah melahirkan sebuah kemerdekaan dan bangsa Malaysia. Malaysia mempunyai agama Islam, agama lain boleh menjalankan aktiviti keagamaan dan perayaan kebudayaan dan pendidikan. Kebijaksanaan pemimpin yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan yang berfikiran jauh dan strategik Berjaya meyakinkan British untuk menegakkan negara baru.

Selama ini unsur perpaduan, keharmonian kaum dan kerukunan beragama telah dipupuk oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu kesucian dan agama Islam tidak wajar dibincang secara terbuka dan tanpa landasan ilmu dan intelektualan serta rasional.

Tsunami politik Mac 2008 telah memecah sempadan keharmonian dan toleransi rakyat dalam melumpuhkan agama Islam dan kesucian agama Islam. Kejahilan segelintir masyarakat Islam dan kelemahan penyatuan umat di Malaysia oleh UMNO dan PAS di perkasa oleh partisan perkauman dan para penulis blog di media maya.

PARA BLOGGER DAN SARJANA ASING.
-Melukis wajah Nabi Muhammad sebagai kartun
-Hukuman kepada wanita yang direjam batu
-Pemaparan visual pesalah dipancung
-Keganasan oleh Afganistan oleh Kerajaan Taliban
-Peperangan Iran & Iraq
-Kebangkitan revolusi Iran
-Pakistan dianggap markas pengganas Islam
-Malaysia dan Indonesia dianggap pengganas Islam
-Imej 11hb September 2001 dijadikan agenda menghancurkan Iran dan Afghanistan
-Pengeboman di Bali
-Imej pengganas Islam di Mumbai, India membunuh hampir 200 rakyat tidak berdosa.


Di Malaysia Majlis Peguam Malaysia dan blogger bukan Islam mendakwa kezaliman hak terhadap ahli keluarga kerana isu kematian dulu yang telah menuduh Islam, forum yang diajar oleh orang bukan Islam tentang Islam, menentang keras isu yoga, menekan ulama di muzakarah ulama dan fatwa kebangsaan sebagai bodoh.

Dr.Mahathir Mohamad mantan PM dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah Berjaya membina imej Islam kesan positif dan bijak melalui OIC dan NAM penerapan nilai islam dalam pentadbiran dan Islam Hadhari adalah usaha kerajaan mengangkat kesucian Islam di imej Islam di mata dunia.

Isu Islam phobia Islam agama yang kejam, zalim dan ganas, Islam agama yang mundur dan dhaif. Islam agama yang menafi hak wanita dan masyarakat bukan Islam wajar dipulihkan.
Pada hemat dan analisis saya imej Islam sering kabur dikecam dan dihina dipengaruhi oleh kejahilan. Masyarakat Islam yang kurang menghayati agama Islam sebagai satu addin dan budaya segelintir menilai Islam sebagai agama ritual tidak lebih memandang Islam sebagai agama akhirat agama adat agama untuk mencari makan.

Kegagalan memahami keindahan Islam dalam kehidupan memahami roh dan hakikat Islam sebagai panduan kehidupan. Kegagalan memahami intipati al-Quran sejarah sirah Nabi dan perjuangan para Nabi dan rasul memahami adab dan akhlak, ibadat.

Gagal menghayati tauhid, syariah dan akidah Islam. Hal ini digugat pula aliran individualisme liberalisme, sosialisme, materialisme dan hendonisme melalui pembangunan, ledakan ICT dan kemewahan insan. Lantas itu membunuh iman, meluputkan roh Islam dan melumatkan jihad dalam jiwa dan pemikiran.

Kegagalan pihak barat dan agama lalu memahami Islam secara positif, objektif dan jujur. Fahaman politik imperialisme, syak wasangka, agama dan perkauman, takut akan kehebatan Islam pada zaman Islam.

Pemimpin politik, pendakwah ,sarjana Islam harus gigih membakar roh semangat jihad dan perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia.

Para Intelektual Islam di Malaysia khusus sarjana di Institut dan pemikiran Islam Malaysia, Institut kefahaman Islam Malaysia, petugas di Jabatan Perdana Menteri wajar berdialog dengan persatuan agama melalui addin yang harmonis.

Memperbanyakkan drama, forum, pameran, ekspo yang menumpuhkan keindahan Islam.
Memperbanyakkan forum di rtm tentang keindahan Islam. Khutbah Jumaat adalah wadah yang baik untuk menyedarkan masyarakat Islam tentang tamadun Islam, keindahan Islam dan penghinaan terhadap Islam. Memantapkan pemahaman dan penghayatan Islam di kalangan pelajar dan mahasiswa di university.

Memperkasa kursus pengajian Islam di IPTA, menjadikan lebih komprehensif kursus perbandingan agama dan kajian agama di IPT sebagai teras @ elektif.
Kelemahan dan kegagalan ibubapa dalam menanam tauhid, akidah iman dan dalam jiwa anak-anak.

Kurangnya interaksi dan dialog antara agama di Malaysia. Dialog antara agama dan tamadun lebih gemar melihat ketempangan dan kelemahan Islam. Ini menjadikan jurang yang luas dalam mendekati dan memahami Islam di tamadun yang pernah dibina
Input wacana dan ilmu tentang Islam hanya dikuasai oleh ilmuan, sarjana saja tetapi jarang diperluas di kalangan masyarakat Islam. Ini mendorong masyarakat jahil akan agama dan penghinaan terhadap Islam.

Perpecahan umat Islam memudahkan penghinaan terhadap Islam.
Kelemahan dan keruntuhan kuasa politik UMNO dalam pilihanraya Mac 2008 telah memberi peluang ruang Islam berani memperlekehkan imej Islam di Malaysia. UMNO masih kuat dan harus bertindak tegas.

Inilah hakikat yang perlu difahami dan dihayati oleh umat Islam di Malaysia. Ahli UMNO, PAS, TOK GURU NIK AZIZ, HADI AWANG, DATO HARON DIN, ulama UMNO dan para sarjana Islam di Malaysia.

Pendirian, orientasi parti, matlamat politik mampu berbeza, tetapi sodaliriti, keutuhan, perpaduan, kesatuan dan kerjasama umat Islam adalah penting demi memperkasa agama Islam dan persepsi terhadap Islam. Umpama kata Nabi Agama Islam muncul dahulu dianggap ganjil, pelik dan terasing dan kini ia masih dianggap anih dan asing.

PARA PEMBACA BUDIMAN
Dengan Izin ALLAH Taa'la Umat Islam wajar menguasai Ilmu ICT, mempunyai semangat JIHAT dan ILTIZAM dan roh Islam demi memaju umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Insyallah moga ALLAH akan merestu segala usaha mulia ini.

Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430H Kepada Seluruh Umat Islam.

Saya dan keluarga ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat Menyambut Awal Muharram/ Ma’al Hijrah 1430H. Kita menyambut dengan penuh syukur & tawaduk dalam kesederhaaan di seluruh negara ketika rakyat masih berdukacita dengan kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lepas dan kematian rakyat Palestin yang tidak berdosa ekoran serangan udara Israel di Selatan Gaza. AL-FATIHAH!......

Walaupun serangan KEJAM REJIM ZIONIS hari ke-3 di Semenanjung Gaza itu telah diminta ditamatkan oleh PBB, namun Israel tetap meneruskan serangan itu. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Majlis Keselamatan badan itu membuat ketetapan untuk menamatkan tragedi berdarah di Gaza. Ban Ki-Moon dan Majlis Keselamatan akan membuat ketetapan menuntut Israel membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki wilayah Palestin yang daif itu. Tibalah masanya masyarakat dunia menidakkan semua keganasan kejam rejim zionis dan aktiviti ketenteraannya di wilayah Palestin dihentikan SEGERA!.....

Legasi Pak Lah & Cabaran Najib 2009

Pak Lah Perdana Menteri Malaysia kelima dan Presiden UMNO kelima bakal, meninggalkan puncak kekuasaan kerajaan dan politik. Bermula sebagai pentadbir birokrat dan aktif dalam belia serta menerima cabaran sebagai setiausaha rendah MAGERAN selepas 13 Mei 1969. Anak ulama UMNO ini aktif dalam UMNO pada 1978 dan mempertahankan parlimen kepala batas hingga kini.

Tsunami Politik Mac 2008 telah menyaksikan kerajaan barisan nasional kehilangan majority 2/3 dan UMNO juga kehilangan kerusi serta hilang pegangan politik di lima buah negeri. Perjuangan politik beliau mengalami turun naik dalam UMNO dan pernah berada di luar kerajaan agak lama oleh arus baru dan team wawasan yang merombak peraliran politik UMNO, kemasukan tokoh perniagaan, ABIM dan bayangan Anwar Ibrahim. Imej clean latar belakang agama dan keikhlasan serta kesetiaannya pada parti kembali meletakkan Pak Lah di kemuncak kuasa pada 2003. Perjuangan dasar Pak Lah agak menarik bermula dengan slogan bekerjasama bersama saya, menumpu kepada usaha memaju pertanian negara. Pertanian adalah satu perniagaan usaha membasmi kemiskinan tegar, memajukan bioteknologi negara, pelan integriti, wilayah koridor pembangunan ekonomi dan usaha memantapkan sistem penyampaian kerajaan dan usaha membanteras rasuah.

Usaha beliau Berjaya menarik sokongan yang baik daripada rakyat dalam pilihanraya 2004. Rekod yang terbaik pernah dicapai UMNO dan Barisan Nasional. Malangnya misi Nasional dan RM9 telah dikritik hebat oleh mantan PM Dr. Mahathir Mohamad. Dasar Terbuka dan longgar mula memakan diri dan pengaruh Pak Lah. Serangan mantan PM di blog dan siri roadshow Mahathir dan karisme dan strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah DSAI telah Berjaya melemahkan pengaruh dan kekuatan BN. Isu perkauman, serangan di blog dan perlbagai khabar angin telah ditabur demi melemahkan kepimpinan Pak Lah.

Baki tiga bulan telah menghambatkan perjuangan Pak Lah dalam membentuk Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman dan Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia serta kedua-duanya berjaya diluluskan di Parlimen. Hal ini penting dalam membaiki imej dan reputasi badan kehakiman serta menekankan “rule of law” di negara ini. Isu klip video Linggam sedikit sebanyak menjejaskan imej Kerajaan sendiri. Isu rasuah, kroni, nepotisme dan kelemahan BPR di bawah JPM mampu ditangani dengan cekap serta menepati konsep pengasingan kuasa dengan berkesan.

Hal agama dan hubungan kaum menjadi tumpuan serius. Hal ini wajar ditangani secara bijak, halus dan penuh hikmah. Isu agama, bahasa perpaduan serta kerapuhan hubungan kaum mampu menjejaskan pembangunan negara, pembentukan bangsa Malaysia dan mencorakkan perubahan politik Malaysia. Cabaran ekonomi global, persaingan ledakan teknologi dan tuntutan pelbagai pihak bakal menghambat PM keenam Malaysia ini.

NAJIB apakah MISI, VISI, mindset NAJIB sama-sama kita nantikan di samping melihat keputusan pilihanraya kecil di Terengganu dan tidak lupa akan jasa Mr. Clean PAK LAH….Semoga konvensyen barisan nasional awal 2009 mampu memperkasa perpaduan negara dan membawa kestabilan, kemajuan negara.

Sunday, December 21, 2008

TahuKah Anda Pilihanraya Kecil P.36 K.Terengganu Bertanding 5 Penjuru

Pada 17hb Januari ini kita akan menyaksikan pertarungan lima penjuru. Bagi calon BN telah dipilih beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang diumumkan sebagai calon BN.

Pengumuman pemilihan Wan Ahmad Farid, beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis khas di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman.

Pas juga akan dijangka mengumumkan calonnya esok. Mohamad Sabu, akan mengumumkan tiga calon PAS akan dihantar kepada kepimpinan Pas pusat.

Tuesday, December 16, 2008

Penurunan harga Diesel & Petrol Kali ke-7 pada Tahun ini.

Usaha Kerajaan hari ini harus dipuji kerana prihatin dengan rakyat sehingga menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini, kali ketujuh sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, petrol RON97 diturunkan daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter, manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.80 kepada RM1.70 sen seliter.
Penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter ini adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran. Saya sangat setuju pengumuman Pak Lah. Begitu juga, bagi harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen seliter daripada RM1.43 kepada RM1.30 seliter. Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.35 (RM165.73) setong.
Kita lihat harga minyak petrol dan diesel mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.
Bagaimanapun dua bulan kemudian iaitu pada 23 Ogos, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen menjadikannya RM2.55 seliter. Syukur Alhamdullilah & Terima Kasih Kerajaan BN!!!..

AL-FATIHAH!!!........

Veteran UMNO, Tan Sri Azahari Taib, 84, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Lorong Air Putih, Seberang Perak di sini kira-kira pukul 7 pagi ini.
Azahari pernah menjadi anggota Exco kerajaan negeri Kedah dan merupakan antara pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.
Allahyarham juga merupakan bekas wartawan Utusan Melayu selain menjadi rakan seperjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perginya Allahyarham ini adalah menjadi kehilangan besar kepada kita kerana Allahyarham merupakan seorang pejuang bangsa, negara & tanah air yang dicintai ini, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.

Monday, December 15, 2008

Kes Fitnah Penulis blog Raja Petra

Mahkamah Sesyen, menetapkan 6 Februari tahun depan sebutan semula kes penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin, yang dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dan dua orang lagi dalam satu akuan berkanun.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan, yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis, supaya kes itu disebut semula selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan terhadap permohonan Raja Petra supaya perbicaraan kes fitnah terhadapnya dikembalikan ke Mahkamah Majistret.
Mahkamah Tinggi menetapkan 20 Jan tahun depan untuk mendengar permohonan tersebut.
Mohamad Sekeri juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk meminda pertuduhan kedua dan ketiga dengan menambah perkataan “Leftenan” pada baris ketiga dan keenam dalam kedua-dua pertuduhan itu. Dengan pindaan itu, pertuduhan kedua adalah “Leftenan Kolonel Abdul Aziz Buyong”
manakala pertuduhan ketiga adalah “Leftenan Kolonel Norhayati Hassan”. Semoga tiada lagi penulis2 blog selepas ni yg menjadi pengkianat bangsa, menabur fitnah di laman blog, menghina & mencaci bangsa sendiri tanpa bukti.
EEEnoughhh!!!...Lebih baik kita fikirkan macamana membela bangsa yang dicemari oleh Parti Pakatan Rakyat.

ISA : Jangan sampai kita bergaduh sesama bangsa sendiri

Unit Amal PAS mengawal pintu masuk bangunan Majlis Peguam untuk memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sewaktu forum mansuhkan ISA berlangsung di dewan. TELINGGUNGLAH pengikut2 PAS ni mengalahkan anggota POLIS pengawal keselamatan pulak. Pro & Kontra terhadap sesuatu isu merupakan perkara biasa, tetapi tindakan mereka merosakkan majlis itu berlangsung.

SPRM akhirnya dibentangkan di Parlimen

Malaysia berusaha membanteras gejala rasuah, Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 akan dibentangkan di Parlimen pada rabu.


  • Bacaan pertama kali bersama-sama dengan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk memulihkan integriti dan keyakinan terhadap sistem kehakiman negara dan usaha memerangi rasuah. Sesuai dengan cakap2 pakatan parti pembangkang menyatakan rasuah tidak dibenteras, Anwar jangan cakap kalau nak menang dihati rakyat nak tunjuk hebat dengan personaliti & ideologi dan haluan parti tak ketentuan tapi tak buat apa2 pun untuk rakyat. Kongres PKR 2008 menghentam kerajaan kononnya rasuah disana sini, isu Melayu, isu kekebalan raja-raja ditimbulkan ditafsir sebagai tidak selari dengan aliran demokrat dan liberal PKR.PAKATAN TIDAK SEPAKAT suka menimbuln kecoh2.

  • Sebelum ini untuk pengetahuan kwn2 Badan Pencegah Rasuah (BPR) berada sepenuhnya di bawah kuasa Perdana Menteri dan ia boleh menimbulkan kesangsian orang ramai tentang sejauh manakah keberkesanan agensi pecegah rasuah. Ini tidak bermakna PM cuba melindungi mereka yang mengamalkan rasuah tapi ini masalah persepsi saja kerana mereka menganggap badan ini tidak bebas. Menteri penerangan pn ada berkata 'kebebasan mutlak atau sepenuhnya dan menurutnya definisi sebenar perkara itu sukar untuk diberikan'. Namun jgn kita silap tafsir SPRM hanya betul2 bebas sekirannya ia tidak terletak di bawah bidang kuasa mana2 kementerian.
  • Ahmad Shabery berpendapat idea itu kurang bijak kerana sepertima perumpamaan "absolute power will corrupt absolutely"kuasa mutlak akhirnya akan mewujudkan rasuah. Itu sebabnya setiap perubahan undang-undang perlu dibentang dan dibahaskan, supaya akan wujud imbangan dan sekatan. Itulah makanya kenapa PM yg mempunyai kuasa eksekutif , juga mempunyai kuasa daripada segi komposisi anggota SPRM. Hakikatnya ia perlu melapor kepada Parlimen ini adalah yg terbaik, bagi memastikan imbangan dan sekatan yang lebih baik untuk menjamin keamaan masa akan datang.

Thursday, December 11, 2008

TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

Bencana alam di Bukit Antarabangsa memperingatkan kita agar tidak membina rumah di lereng2 bukit. Pergerakan tanah yang sedang berlaku di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang adalah kejadian tanah runtuh paling taruk tahun ni sehingga mengakibatkan kematian dan cedera parah. Saya sangat bersimpati kepada mangsa kejadian. Semoga lepas ni tiada lagi kejadian sedemikian berlaku.

Wednesday, December 3, 2008

Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari UMNO

  • Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dipecat daripada UMNO beberapa tindakan beliau bertentangan dengan etika parti termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang
  • Zaid dipecat kerana menghadiri Perhimpunan Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ahad lalu selain tindakannya menghadiri beberapa program anjuran parti pembangkang.
  • ni nasihat saya jika telah berkhidmat dgn kerajaan elakkan@jgnlah sama skali berkomplot dengan parti pembangkang, harapan kita datuk zaid sedar, insaf & tidak mengulangi perkara ini lagi.