Wednesday, August 13, 2008

Siapakah Anwar Ibrahim dan Kesilapan, Dosa Besar terhadap Umno?

Nama Anwar Ibrahim bukanlah nama baru dalam kepimpinan dan politik Malaysia. Namanya melonjak di Baling, Kedah dan Universiti Malaya dalam isu kejatuhan harga getah dan isu kemiskinan di Kedah 1970-an.

Merupakan bekas pemimpin pelajar Persatuan Bahasa Melayu di Universiti Malaysia, Lembah Kuala Lumpur. Beliau adalah pelopor Angkatan Belia Islam Malaysia, PAS turut mengidam kehadiran Anwar Ibrahim dalam organisasi.

Lakonan Anwar Ibrahim cukup bijak, licik dan strategik. Beliau telah memasukkan ramai orang ABIM ke dalam pelosok Umno dan memasang impian menjadi PM.

Laluan mudah, pelopor dan ruang serta sokongan Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan Anwar menjadi “rising star”serta beliau telah mengalahkan Dato Suhaimi Kamaruddin Ketua Pemuda Umno, Anwar Ibrahim kemudian dilantik sebagai Menteri Kebudayaan Belia & Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran. Hal ini tidak disenangi oleh pemimpin lama dan bakal pemimpin sedia ada. Beliau telah mencorakkan team wawasan dalam pemilihan Umno dan memalukan tokoh dan pejuang Umno Tun Ghaffar Baba dalam pertandingan timbalan presiden Umno.
Pada tahun 1998 beliau telah merancang menjatuhkan mentornya sendiri dengan membeli bahagian Umno dan seluruh negara. Malah beliau adalah pelopor politik wang dalam Umno yang tulen dan petualang sejati.

Menjadi juara demokrasi jalanan yang memalukan negara, hampir negara darurat diisytiharkan pada 1998. Akhirnya Anwar menjadi petualang bangsa, didorong oleh Anwar atas nama Syarikat dan Chavinis DAP dan PAS yang mengkhianati bangsa Melayu, masa depan Melayu, agama dan ketuanan Melayu. Itulah karisme Anwar dalam Umno Melayu...Mari la kita fikir bersama ini ka org yg kita pilih jd pemimpin?

6 comments:

MAWAR BERDURI said...

dear anggun? anggun ke? pagi ni. dalam ruang utk merehatkan minda saya terbaca respon dari blog mr tiger haru biru jadinya minda yang ingin berehat. ada g org bersimpati ngan DSAI. katanya konspirasi. aku suka coretan hang ni anggun. sekurang2nya ada juga org anggun di sabah yang tahu baca sejarah. tak lah membuta tuli asyek anggap anwar' 2 dizalimi . tak sedar anwar lagi menzalimi bangsanya sendiri.

zorro said...

hi...

zorro said...

hi...angun, kenapa susah sangat nak kontek u ni ? dah penat I cuba tapi tak dapat. loss kontek agaknya ye, zorro ni lemah semangat sikit bila orang tengking dan buat tak peduli I memang fruss!!! u tau, sakit nya ati I. kalau kita memang kawan jangan le u buat tak tau, jangan le lokek Ilmu.

sumandak bayu said...

Aku pun baru tahu pemimpin kami PKR macam ni alamak talabih sudah bagi sokongan sama dia ni nak bagi tahu kawan-kawan. TQ info yang amat berharga buat kami BELIA SABAH
http://www.sumandakbayu.blogspot.com.

BURUNG KENARI said...

tima ksh lah ye Anggun. Tak kuasa lah aku nak menjwb " Hai " mu tu. Tapi apa pun " Hai " 2 u 2.

BURUNG KENARI said...

Hai Anggun, u ni klu memberikan komen bukan main lagi. Memang mantap betulll ho liow.. Tak sia2 husband mu menurunkan ilmu dgan kau.