Tuesday, June 9, 2009
Pantun Nasihat boleh dimuatkan ketika berceramah
Kuih baulu sudah dikirim
isok sampaila ia
sekian dulu pada hadirin
dilain masa bersua pula
kalau saya pergi mentakab
jangan tuan pergi ke bedur
kalau saya sedang becakap
jangan tuan suka tidur
kalau tuan pergi ke seberang
tolong patahkan c ranting limau purut
kalau tuan pergi berjuang
jangan jadi c pak turut
Tuesday, March 3, 2009
SUDAH2 LAH TU...!!..!!!
Apa lagi dorang mau ni ndak abis2 menyusahkan orang lain. Terimalah kenyataan sudah ada MB baru di Perak, silalah berundur dan berilah peluang MB baru memimpin & memerintah Kerajaan Barisan. Sebelum ni parti pakatan pembangkang memerintah, Kerajaan BN tidak buat kecoh2 pun....Sudahlah tu malulah dengan Allah & rakyat Malaysia. Awak nampak tamak kuasa..Insaflah.....!!!. Ingat Tuhan!..
Riuh Rendah Dewan Rakyat 'celaka' Diasas oleh Karpal
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun mencelah ketika Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin membuat penggulungan telah mengungkap perkataan 'celaka' bagi meluahkan perasaan tidak puas hati dengan perkhidmatan AirAsia Bhd. (AirAsia).
Beliau bertindak demikian apabila menyifatkan jawapan Lajim bahawa syarikat itu menggunakan kemudahan jejantas udara ketika hujan adalah tidak benar.
Menurut Bung Moktar, beliau sering menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan itu dan mendapati kemudahan berkenaan tidak disediakan.
''Tidak pernah Yang Berhormat (Lajim). Saya sudah banyak kali. Saya terperangkap di dalam (kapal terbang dan tidak boleh keluar). Ini AirAsia celaka ni," katanya.
Bagaimanapun, sesi penggulungan itu diteruskan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Ronald Kiandee tanpa meminta Ahli Parlimen Kinabatangan menarik balik perkataan itu.
Pada 25 Februari lalu, Karpal mengungkap perkataan celaka terhadap Pemuda UMNO dan menuduh mereka mengirim peluru kepadanya.
Ketahuilah....Tuduhan Karpal tidak berasas menuduh Pemuda UMNO telah mengirim peluru didalam sampul surat. UMNO tidak melahirkan orang biadap, saman sultan, derhaka sultan, mengugut bunuh, ini propaganda politik murahan parti pembangkang.
Wednesday, February 11, 2009
TRIMALA ZAMBRY MB BAHARU di PERAK
DATUK DR. ZAMBRY ABDUL KADIR - Pemimpin Pembela Bangsa untuk semua.
- Tarikh Lahir : 22hb Mac 1962
- Tempat Lahir : Pulau Pangkor, Perak
- Isteri : Datin Saripah Zulkifli
- Anak : Lima ( 3 Perempuan, 2 Laki-laki )
- Kelulusan Akademik :
- PhD ( Pemikiran Politik ) Universiti Temple, A S ( 1995 )
- MA, Universiti Temple ( 1992 ) Falsafah Politik & Perbandingan Agama
- MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
- B Econs ( Kepujian ) UIAM ( 1987 )
- Pencapaian :
- Anugerah Kepujian (PhD) 1995
- Geran Penyelidikan Universiti Temple ( 1993 )
- Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM ( 1987 )
- Jawatan :
- Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
- Ketua Umno Bahagian Lumut
- Adun Pangkor (Sejak 2004)
- Exco Pelajaran, Sumber Manusia & Teknologi Maklumat Perak ( 2004-2008 )
HEBATKAN!!!.. Dr. Zambry berkebolehan dalam bidang politik, berkarisma ia adalah pilihan yg sgt tetap menjadi MB di Perak. "Selamat Berjuang di bumi Perak"
TAHNIAH BUAT MU ZAMBRY...
“ Pengajaran daripada tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ”
Tembelang dan kesombongan, kebiadapan pemimpin dan mantan Menteri Besar Perak menunjukkan wajah sebenar PAS dan penderhakaan JEBAT MODEN.
Sekali lagi kedaulatan dan kesucian institusi beraja. Sultan Perak diujicabar oleh pemimpin DAP Karpal Singh. Sebelum itu mengkritik teguran istana terhadap keputusan melucut jawatan agama yang dilucut Mantan Menteri Besar.
Sikap rakyat Perak yang marah dan mengundi protes pada BN Perak dibayar dengan harga yang mahal sekali. Dasar yang berat sebelah Pakatan Rakyat di Perak menimbulkan kesedaran dan keinsafan. Khususnya pemberian hak milik dan status tanah kepada golongan cina.
Seluruh wakil rakyat BN khususnya UMNO harus menjiwai rakyat dan menjalankan amalan mesra rakyat, prihatin masalah rakyat secara ikhlas, penuh tanggungjawab dan rendah diri. Seluruh jentera UMNO harus bersepadu dan mendekati golongan rakyat.
Pemimpin UMNO Pusat dan Tertinggi wajar bertindak proaktif menyelami citarasa, keperluan dan kehendak rakyat. Krisis ekonomi yang melanda negara memerlukan tindakan khusus. Inflasi, kebajikan kemiskinan tegar dan membantu usahawan serta PKS.
UMNO lahir di Istana. UMNO menyelamatkan raja pada zaman Malaya Union. Kini, UMNO mempertahankan kedaulatan raja Melayu.
Keperluan pendidikan sejarah dan penghayatan sejarah dititikberat di peringkat sekolah rendah dan menengah.
UMNO dan institusi beraja adalah relevan dan signifikan sekali ;
UMNO itu MELAYU,
UMNO itu ISLAM,
UMNO itu RAJA,
RAJA itu pohon,
RAKYAT itu akar.
Pemimpin UMNO harus dilihat bersih dan berimej bersih daripada rasuah, sifat sombong dan penyelewengan kuasa. Imej elit harus dikikis UMNO wajar kembali ke akar umbi.
Budaya demokrasi jalanan dan biadap serta budaya samseng adalah strategi murahan pembangkang. Semoga pemimpin PKR insaf dan kembali ke pangkuan BN dan UMNO di Perak boleh menjadi teori dominan di Kedah.
"Semoga BARISAN berjaya di Bukit Selambau dan Bukit Segantang, Perak".
BERANTAKAN SUDAH DURANG! niii!!...
TAMPARAN HEBAT 4 PAKATAN!...
kawan2 ingat kah lg kamu? Pada 27 Januari lepas, Guan Eng dilaporkan mengalu-alukan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim 'melompat' menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), untuk mengaci kuat ba lagi pakatan pembangkang di Perak. Apa lg skg PERAK sudah sah menubuh kerajaan baru padan muka durang kan!.
Kata ci Karpal, DAP membantah tindakan lompat parti kerana dianggap mengkhianati kepercayaan rakyat. Inilahh..kalau becakap lebih kuah dari sudu & endak pandai mengukur baju dibadan sendiri bah..manalah bole ba parti pakatan rakyat pegang ni Malaysia, apa durang ada ba???? cakap2 saja mau membela rakyat tp mau berpolitik saja ba untuk kepentingan diri sendiri & kaum kerabatnya sajaaaaa....