Wednesday, February 11, 2009

TRIMALA ZAMBRY MB BAHARU di PERAK

Anggun wat profil beliau for rujukan kwn2 ku yg melayari laman anggun;

DATUK DR. ZAMBRY ABDUL KADIR - Pemimpin Pembela Bangsa untuk semua.
  • Tarikh Lahir : 22hb Mac 1962
  • Tempat Lahir : Pulau Pangkor, Perak
  • Isteri : Datin Saripah Zulkifli
  • Anak : Lima ( 3 Perempuan, 2 Laki-laki )
  • Kelulusan Akademik :
  1. PhD ( Pemikiran Politik ) Universiti Temple, A S ( 1995 )
  2. MA, Universiti Temple ( 1992 ) Falsafah Politik & Perbandingan Agama
  3. MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
  4. B Econs ( Kepujian ) UIAM ( 1987 )
  • Pencapaian :
  1. Anugerah Kepujian (PhD) 1995
  2. Geran Penyelidikan Universiti Temple ( 1993 )
  3. Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM ( 1987 )
  • Jawatan :
  1. Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
  2. Ketua Umno Bahagian Lumut
  3. Adun Pangkor (Sejak 2004)
  4. Exco Pelajaran, Sumber Manusia & Teknologi Maklumat Perak ( 2004-2008 )

HEBATKAN!!!.. Dr. Zambry berkebolehan dalam bidang politik, berkarisma ia adalah pilihan yg sgt tetap menjadi MB di Perak. "Selamat Berjuang di bumi Perak"

TAHNIAH BUAT MU ZAMBRY...

1 comment:

Jumayatara said...

Tindakan YB Tuan Speaker Siva mengantung kehadiran MB Zambri dan exco selama 12 -18 bulan adalah tindakan melampau dan mengandungi unsur-unsur jahat untuk menjatuhkan MB Dr Zambri. Saranan Dato Seri Najib sebagai Ketua Penghubungan Perak supaya laporan polis dibuat adalah tindakan yang sepatutnya dan disusuli dengan tindakan mahkamah.

Adalah maklum proses mahkamah akan memakan masa dimana rakyat telah mual dengan kemelut politik Perak, diharap MB Zambri dengan bijak-sana mengambil tindakan sewajarnya. MB Zambri perlu belajar dari sejarah.

Untuk melucut jawatan Tuan Speaker, MB Zambri perlu berpakat dengan Pak Lah untuk mengadap kembali Sultan Perak supaya peristiwa yang sama iaitu rampasan kuasa terhadap MB Nizar berulang kembali. Walaupun Sultan tidak mempunyai kuasa memecat MB atau Tuan Speaker, dengan kebijaksanaan MB Zambri dapat menyakin Sultan Perak agar mengeluarkan perintah Tuan Speaker meletakkan jawatan atau jawatan tersebut diisytihar kosong. Bawa sekali 28 adun BN + 3 adun bebas supaya lebih menyakin Sultan. Untuk mengelak dtuduh derhaka, Tuan Speaker terpaksa patuh.

Jika MB Zambri masih tidak mampu , langkah yang lebih drastic perlu diambil.

Hubungi pakar-pakar yang menghilang Mr Bala SB, mereka sedia membantu . Jika C4 perlu digunakan ,cari kambng-kambing hitam yang sanggup disembelih buat korban.

Jika gagal juga langkah Harakiri terpaksa diambil iaitu bubar dun walau pun fobia dengan istilah ini, MB Zambri perlu dikorbankan demi kesejahteraan Rakyat Perak.