Tuesday, March 3, 2009

Riuh Rendah Dewan Rakyat 'celaka' Diasas oleh Karpal

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengungkap perkataan 'Pemuda UMNO celaka,' perkara sama berulang ketika sesi penggulungan Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun mencelah ketika Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin membuat penggulungan telah mengungkap perkataan 'celaka' bagi meluahkan perasaan tidak puas hati dengan perkhidmatan AirAsia Bhd. (AirAsia).

Beliau bertindak demikian apabila menyifatkan jawapan Lajim bahawa syarikat itu menggunakan kemudahan jejantas udara ketika hujan adalah tidak benar.
Menurut Bung Moktar, beliau sering menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan itu dan mendapati kemudahan berkenaan tidak disediakan.

''Tidak pernah Yang Berhormat (Lajim). Saya sudah banyak kali. Saya terperangkap di dalam (kapal terbang dan tidak boleh keluar). Ini AirAsia celaka ni," katanya.

Bagaimanapun, sesi penggulungan itu diteruskan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Ronald Kiandee tanpa meminta Ahli Parlimen Kinabatangan menarik balik perkataan itu.

Pada 25 Februari lalu, Karpal mengungkap perkataan celaka terhadap Pemuda UMNO dan menuduh mereka mengirim peluru kepadanya.

Ketahuilah....Tuduhan Karpal tidak berasas menuduh Pemuda UMNO telah mengirim peluru didalam sampul surat. UMNO tidak melahirkan orang biadap, saman sultan, derhaka sultan, mengugut bunuh, ini propaganda politik murahan parti pembangkang.

No comments: