Wednesday, February 16, 2011

Perayaan Maulidurrasul Satu Penilaian Diri...

Hari ini umat Islam merayakan hari keputeraan baginda rasulullah Nabi Muhamad S.A.W. Kelahiran di Tanah Arab dan dunia membawa rahmat ke seluruh alam. Di Malaysia pelbagai program dijalankan oleh kerajaan, Ngo dan umat Islam dalam menghargai perjuangan dan contoh teladan baginda. Perarakan,Ceramah, Bengkel, Syarahan dan Pertandingan kompang juga Nasyid.

Perarakan membawa konotasi perpaduan umat kebesaran dan kemuliaan agama Islam dan kehebatan baginda. Melihat peranan dan sumbangan Nabi Muhamad SAW, baginda merupa Nabi,Rasul, Ketua Negara, Hakim Ketua Masyarakat, Peniaga, Negarawan dan pemimpin juga strategi perang yang cekap dan berkesan.

Baginda berjaya menyatukan Aus dan Khazray, mengamal kelicikan memartabat maruah wanita dan menjana ummah yang satu membentuk Ukhwah Islamiah

Pada hemat saya, usaha yang menyeluruh perlu dijalankan dan menghuraikan akhlak, shahsiah dan kepimpinan baginda rasul kepada generasi muda, ahli politik dan rakyat. Buku, risalah, rencana dan nyanyian tentang kehebatan baginda wajar diwar-warkan kepada masyarakat. Agama Islam adalah agama rasmi dan utama Negara ini membenarkan kebebasan agama di kalangan rakyatnya, kesejahteraan adalah penting dalam masyarakat membina persefahaman dan keharmonian rakyat. Hal ini disentuh oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sambutan Minggu Keharmonian antara agama sedunia pada 14 Februari 2011.

Persefahaman antara agama membawa banyak manfaat kestabilan politik, kerjasama menangani masalah social, keharmonian masyarakat memupuk perpaduan. Budaya ekstrem wajar dihapuskan, ia mampu mencetuskan konflik dan keresahan di kalangan masyarakat. Mengutip kisah baginda rasulullah.., Satu hari baginda duduk bersama -para sahabat tiba-tiba baginda bangun dan berdiri ketika jenazah seorang Yahudi dibawa melalui kawasan itu lalu para sabahat bertanya kenapa baginda memberi penghormatan kepada jenayah orang Yahudi itu?...baginda menjawab beliau menghormati jenazah itu.. dalam Al-Quran Allah berfirman bagi kamu agama kamu bagi kami agama kami….

Berserulah kepada jalan Allah dengan Hikmah dan bijaksana. Dalam tamadun Islam peperangan berlaku bukan atas keganasan, militant dan paksaan . Peperangan demi mempertahankan kesucian agama Islam, menghapuskan kezaliman, mempertahankan diri. Malah negara atau kawasan yang ditawan itu, rakyat dan penduduknya bebas menjalankan aktiviti ekonomi dan agama. Tidak ada paksaan dalam agama Islam. Hal ini telah dipaparkan oleh baginda rasulullah sebagai pemimpin ummah…

1Malaysia 1Ummah…

No comments: