Tuesday, February 15, 2011

MESIR SATU RENUNGAN

Mesir Negara yang penuh dengan sejarah tamadun dunia dan Negara Arab terkuat di kalangan Negara Asia Barat menjadi tumpuan dunia. Sebagaimana firaun silam, Prestasi Hosni Mubarak terpaksa melepaskan jawatan, tunduk kepada suara rakyat generasi muda.

Demontrasi dan perhimpunan aman ini menerima pengaruh dan tumpas politik oleh kebangkitan rakyat di Tunisia, Yaman, dan Syria.

Sejarah Politik Mesir memperlihatkan zaman kemuncak Hosni Mubarak menggantikan Presiden Anwar Sadat arkitek politik dan tentera Mesir yang berjaya mengalahkan Israel dalam perang Arab Islam. Berbeza dengan Anwar Sadat & Hosni Mubarak tidak dibunuh oleh militan Islam atau musuh politik.

Memetik pandangan Dr. Mahathir Mohamad merumus bahawa Mesir dan Negara Arab wajar melihat ke Asia dalam membina sisitem politik dan demokrasi , pengaruh Amerika Syarikat tidak dapat membantu Negara sekutunya dan pergolakan di Mesir bakal menyaksikan peta politik Arab-Islam dan penulisan semula dasar diplomatik Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Pada hemat saya beberapa intipati penting dapat dikutip:-

i. Kepimpinan politik yang bijak membawa kemakmuran, kesejahteraan rakyat serta pembangunan rakyat

ii. Demokrasi adalah alat bukan matlamat, alat memilih pemimpin dan kerajaan serta membawa kestabilan Negara.

iii. Demokrasi bukan alat untuk meraih keuntungan peribadi dan menambah kekayaan diri dan kroni.

Hosni barangkali lupa kerajaan adalah rakyat, daripada rakyat kepada rakyat.

Kebangkitan rakyat, golongan muda melalui media social ( FB ) telah merubah strategi dan taktik dalam mengajak generasi minda dan rakyat meranapkan kekuasaan autokratik Hosni Mubarak.

Pemimpin yang telah lama memerintah akan dibantu oleh bayangan metos, bahawa dialah tuhan, Raja segala maharaja umpama FiraunMesir mewakili tuhan, dilindungi penasihat yang sempit akal dan tiada berwawasan. Pemimpin itu tidak menjiwai nadi rakyat, kehidupan,isi perut dan bau peluh rakyat.

Kita berharap Mesir bakal keluar daripada krisis politik ini, para junta tentera, pembangkang dan golongan reformasi minda harus merencanakan politik Mesir di samping mencari kerajaan baru yang berwibawa dan berintegriti ke arah MESIR BARU yang kuat dan dihormati di Liga Arab, Asia Barat.

No comments: