Friday, August 15, 2008

Umno dan BN mampu menumbangkan Penasihat PKR? di Permatang Pauh.

Politik negara tidak reda dan semakin panas dan kalut. Pemanas suhu politik ini tidak lebih nafsu besar dan impian besar DSAI. 16hb Ogos hari penamaan calon dan 26hb Ogos merupakan Hari Pengundi. The Day bagi Umno dan PKR. Biarlah diingatkan Umno mendapat 79 kerusi parlimen Umno masih kuat dan akan bertambah, biarlah 26hb Ogos 2008, BN bakal menjadi 140 kerusi di parlimen.

BN dan PKR sudah memulakan langkah awal sebelum memasuki 'gelanggang' pada 26 Ogos ini. Masing2 mau membuktikan kesediaan untuk berdepan pilihanraya umum lalu yang menyaksikan kemenangan selesa PKR, ada yang melihat kehadiran BN kali ini hanya sebagai 'underdog'. Calon PKR yang juga penasihat parti itu, DSAI turut dilihat sebagai pecabar.

Mari kita lihat rekod, anggaran ahli berdaftar BN di Permatang Pauh adalah melebihi 25,000 iaitu UMNO (17,400) MCA (2, 7500), Gerakan (2,969) dan MIC(1,920). Statistik ini jelas menggambarkan peluang sebenar BN untuk menang di Permatang Pauh.

Tidak hairanlah, Tim.Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan perjumpaan dengan pemimpin termasuk ketua-ketua cawangan UMNO Bahagian Permatang Pauh Sabtu lalu memberi penekanan berikut:"Amat penting untuk BN mengumpul segala kekuatan sedia ada dan kekuatan ini perlu dimaksimumkan sepenuhnya bagi memastikan kita mampu menterjemahkannya dalam bentuk undi pada 26 Ogos ini."

Najib menegaskan, segala permasalahan dalaman terutamanya berkaitan perebutan dalaman terutamanya berkaitan perebutan jawatan diperingkat bahagian perlu diketepikan terlebih dahulu bagi memastikan tumpuan sepenuhnya terhadap pilihan raya.

Tiada siapa boleh menafikan kehebatan BN dalam mengatur strategi pilihan raya. Bagaimanapun, untuk bertanding di Permatang Pauh mudah2an BN menang,HIDUP BN...

1 comment:

MAWAR BERDURI said...

Wah Kalau anggaran jumlah ahli umno di permatang pauh mencecah 17 ribu...daripada 20,350 jumlah pemilih yang layak mengundi. (itupun jika semua ahli umno telah mendaftar mengundi lah) maka BN bleh menang besar jika ditambah dengan jumlah ahli2 komponen BN yang lain lah...hmmm cuma semua pengundi yang mengaku BN kena mengundi BN lah! jangan jadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan pribahasa2/kata pepatah yang mengambarkan hal ini seperti yang pernah diutarakan oleh Mr. Karamsingh Valia dalam buletin Utama TV 3. Yeah!