Wednesday, February 16, 2011

Perayaan Maulidurrasul Satu Penilaian Diri...

Hari ini umat Islam merayakan hari keputeraan baginda rasulullah Nabi Muhamad S.A.W. Kelahiran di Tanah Arab dan dunia membawa rahmat ke seluruh alam. Di Malaysia pelbagai program dijalankan oleh kerajaan, Ngo dan umat Islam dalam menghargai perjuangan dan contoh teladan baginda. Perarakan,Ceramah, Bengkel, Syarahan dan Pertandingan kompang juga Nasyid.

Perarakan membawa konotasi perpaduan umat kebesaran dan kemuliaan agama Islam dan kehebatan baginda. Melihat peranan dan sumbangan Nabi Muhamad SAW, baginda merupa Nabi,Rasul, Ketua Negara, Hakim Ketua Masyarakat, Peniaga, Negarawan dan pemimpin juga strategi perang yang cekap dan berkesan.

Baginda berjaya menyatukan Aus dan Khazray, mengamal kelicikan memartabat maruah wanita dan menjana ummah yang satu membentuk Ukhwah Islamiah

Pada hemat saya, usaha yang menyeluruh perlu dijalankan dan menghuraikan akhlak, shahsiah dan kepimpinan baginda rasul kepada generasi muda, ahli politik dan rakyat. Buku, risalah, rencana dan nyanyian tentang kehebatan baginda wajar diwar-warkan kepada masyarakat. Agama Islam adalah agama rasmi dan utama Negara ini membenarkan kebebasan agama di kalangan rakyatnya, kesejahteraan adalah penting dalam masyarakat membina persefahaman dan keharmonian rakyat. Hal ini disentuh oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sambutan Minggu Keharmonian antara agama sedunia pada 14 Februari 2011.

Persefahaman antara agama membawa banyak manfaat kestabilan politik, kerjasama menangani masalah social, keharmonian masyarakat memupuk perpaduan. Budaya ekstrem wajar dihapuskan, ia mampu mencetuskan konflik dan keresahan di kalangan masyarakat. Mengutip kisah baginda rasulullah.., Satu hari baginda duduk bersama -para sahabat tiba-tiba baginda bangun dan berdiri ketika jenazah seorang Yahudi dibawa melalui kawasan itu lalu para sabahat bertanya kenapa baginda memberi penghormatan kepada jenayah orang Yahudi itu?...baginda menjawab beliau menghormati jenazah itu.. dalam Al-Quran Allah berfirman bagi kamu agama kamu bagi kami agama kami….

Berserulah kepada jalan Allah dengan Hikmah dan bijaksana. Dalam tamadun Islam peperangan berlaku bukan atas keganasan, militant dan paksaan . Peperangan demi mempertahankan kesucian agama Islam, menghapuskan kezaliman, mempertahankan diri. Malah negara atau kawasan yang ditawan itu, rakyat dan penduduknya bebas menjalankan aktiviti ekonomi dan agama. Tidak ada paksaan dalam agama Islam. Hal ini telah dipaparkan oleh baginda rasulullah sebagai pemimpin ummah…

1Malaysia 1Ummah…

Tuesday, February 15, 2011

MESIR SATU RENUNGAN

Mesir Negara yang penuh dengan sejarah tamadun dunia dan Negara Arab terkuat di kalangan Negara Asia Barat menjadi tumpuan dunia. Sebagaimana firaun silam, Prestasi Hosni Mubarak terpaksa melepaskan jawatan, tunduk kepada suara rakyat generasi muda.

Demontrasi dan perhimpunan aman ini menerima pengaruh dan tumpas politik oleh kebangkitan rakyat di Tunisia, Yaman, dan Syria.

Sejarah Politik Mesir memperlihatkan zaman kemuncak Hosni Mubarak menggantikan Presiden Anwar Sadat arkitek politik dan tentera Mesir yang berjaya mengalahkan Israel dalam perang Arab Islam. Berbeza dengan Anwar Sadat & Hosni Mubarak tidak dibunuh oleh militan Islam atau musuh politik.

Memetik pandangan Dr. Mahathir Mohamad merumus bahawa Mesir dan Negara Arab wajar melihat ke Asia dalam membina sisitem politik dan demokrasi , pengaruh Amerika Syarikat tidak dapat membantu Negara sekutunya dan pergolakan di Mesir bakal menyaksikan peta politik Arab-Islam dan penulisan semula dasar diplomatik Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Pada hemat saya beberapa intipati penting dapat dikutip:-

i. Kepimpinan politik yang bijak membawa kemakmuran, kesejahteraan rakyat serta pembangunan rakyat

ii. Demokrasi adalah alat bukan matlamat, alat memilih pemimpin dan kerajaan serta membawa kestabilan Negara.

iii. Demokrasi bukan alat untuk meraih keuntungan peribadi dan menambah kekayaan diri dan kroni.

Hosni barangkali lupa kerajaan adalah rakyat, daripada rakyat kepada rakyat.

Kebangkitan rakyat, golongan muda melalui media social ( FB ) telah merubah strategi dan taktik dalam mengajak generasi minda dan rakyat meranapkan kekuasaan autokratik Hosni Mubarak.

Pemimpin yang telah lama memerintah akan dibantu oleh bayangan metos, bahawa dialah tuhan, Raja segala maharaja umpama FiraunMesir mewakili tuhan, dilindungi penasihat yang sempit akal dan tiada berwawasan. Pemimpin itu tidak menjiwai nadi rakyat, kehidupan,isi perut dan bau peluh rakyat.

Kita berharap Mesir bakal keluar daripada krisis politik ini, para junta tentera, pembangkang dan golongan reformasi minda harus merencanakan politik Mesir di samping mencari kerajaan baru yang berwibawa dan berintegriti ke arah MESIR BARU yang kuat dan dihormati di Liga Arab, Asia Barat.

Monday, February 14, 2011

1 ANALISA TRANSFORMASI POLITIK KEPIMPINAN NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Malaysia sedang menjalani beberapa transformasi di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Penyatuan dan perpaduan rakyat dijana melalui gagasan 1 Malaysia semakin menjadi nyanyian rakyat dan slogan harian bermakna demi menuju wawasan Negara.

Prestasi setiap kementerian dan jabatan diukur melalui petunjuk Indek Prestasi KPI. Demi menjana pembangunan Negara dan kemakmuran rakyat Pelan Transformasi Ekonomi dilaksana dengan pelaburan ratusan billion. Pelaksanaan RMK10 dan NKRA serta Pelan Trasformasi kerajaan sedang berjalan dengan jayanya.

Satu lagi trasformasi yang dijanjikan oleh Najib tun Razak Transformasi politik di Negara ini. UMNO adalah parti politik yang telah lama menjalankan transformasi politik dan idealisme bangsa demi kesejahteraaan rakyat.

Perubahan perlembagaan UMNO menyaksikan pemimpin UMNO bakal dipilih oleh ratusan ribu ahli bukannya 1,400 ahlinya.

Pemilihan calon ditentukan oleh kehendak akar umbi, bahagian UMNO dan kebolehan menang calon ( winable candidate ) menjadi element baru demi strategi memenangkan calon UMNO.

Mengadakan konvensyen BN dalam meruncing jalan, dalam dasar dan strategi kearah perpaduan dan keuntuhan BN menjuarai rakyat dan memperkukuh agama nasional.

Pendekatan diplomasi dan bersemuka ini mampu merapatkan hubungan kejiwanaan dan mengumpul maklumat serta penulisan dan merencana kejayaan dalam pilihanraya ke-13 kelak.
Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO wajar tidak lupa penyakit Lupa diri, sombong, Bongkak yang menjadi penyakit kronik mampu menjelmakan kebencian rakyat, ahli parti dan
masyarakat.

Rentetan kemenangan UMNO dan calon BN dalam siri pilihanraya kecil memperlihatkan dasar dan kepimpinan Najib diterima dan disokong rakyat, transformasi dan inovasi politik telah berjaya menyatukan rakyat, menyakinkan rakyat demi mencapai wawasan Negara. 1 MALAYSIA..

Sunday, February 13, 2011

Terimalah!..Sajak Tadika Bangsa

Marilah anak bangsa
Bergotong royong membersih
Jiwa dan minda
Lemparkan pokok fitnah
Bakar sampah kebencian
Jernihkan sungai kehidupan
Bajailah pohon perpaduan

Marilah anak bangsa
Kita merenung buku sejarah negara
Kemerdekaan kita capai
melalui slogan kesatuan dan,
keutuhan jiwa,dibaluti keikhlasan pejuang nusa
Berapakah harga maruah
Berapakah harga pengorbanan
Berapakah harga perpecahan rakyat
Laburlah keuntungan negara
menuju kemakmuran dan saham perpaduan

Marilah anak bangsa
Kita menulis semula erti kenegaraan
Kita berfikir atas satu kompas bangsa
Kita menyusun bangsa atas tiang negara
Kita membawa anak bangsa
Mencapai wawasan negara

Marilah anak bangsa
Kita belajar semula
Kitab Rukun Negara
Perjuangan Bangsa
Kehebatan Wira Nusa
Keunikan Budaya dan Segala
Keindahan
Kemakmuran rakyat
Keadilan dan kesaksamaan

Tanamlah benih perpaduan
siramilah baja toleransi
semburlah ubat kesatuan
moga diri bakal tumbuh
Pohon 1 MaLaySia di tanah
Pusaka BerTuah........