Tuesday, January 20, 2009

UMNO Kalah di Terengganu

UMNO kalah lagi di Terengganu. UMNO perlu kejutan Wake-Up CALL. UMNO kehilangan satu lagi kerusi Parlimen menjadikan BN mempunyai 137 Kerusi dan UMNO 78 Kerusi.
Apakah ini bermaksud trend rakyat masih terikat dengan anti BN, undi protes???..
Pada hemat saya, kekalahan UMNO dengan majority yang semakin melebar dipengaruhi oleh :

1. Calon UMNO yang tidak berjiwa rakyat (proksi Pak Lah ) birokrat, formal.
2. UMNO masih menekankan 3M (Machinery, Man, Money) serta ganjaran pembangunan.
3. UMNO masih menggunakan taktik dan strategi yang lapuk dan ketinggalan UMNO gagal mempengaruhi pengudi cina dan atas pagar.
4. UMNO masih mengamal taktik defensif dan bukannya ofensif. Malah pekerja UMNO masih para pakcik makcikberbanding pekerja pembangkang yang muda panas.
5. Calon PAS lebih berwatak local, familyman, berimej desa, mudah didekati lebih sederhana tidak formal berbanding calon BN.
6. Kekalahan calon BN tidak pula menampakkan penolakan kepimpinan bakal PM – NAJIB.

Moralnya, UMNO wajar bijak memilih pemimpin, strategi, mengemuka pakej serta formula baru menarik pengundi muda. UMNO juga bijak memancing pengundi cina yang semakin cerewet dan sombong konflik antara komponen BN dan kesibukan kempen pemilihan UMNO Mac 2009 mungkin menjejaskan kekuatan UMNO. Apakah UMNO dan kepimpinannya ditimpa krisis keyakinan dan gagal dalam Soul Searchingnya. Sebarang analisis post mortem perlu dilaksana atau UMNO hanya menjadi dilaksana atau UMNO hanya menjadi bahan muzium sejarah politik.

1 comment:

rumandawi said...

saya tidak menyokong langsung politik menyerang keperibadian seseorang. sepatutnya kita kena fokus pada tanggungjawab setiap pemimpin yang dipilih, adakah ia laksanakan untuk kita. jadi tak perlu terlalu mencari kesalahan dan kesilapan peribadi.....tidak ada seorangpun manusia didunia ini sempurna dan tiada kelemahan.