Wednesday, February 11, 2009

TRIMALA ZAMBRY MB BAHARU di PERAK

Anggun wat profil beliau for rujukan kwn2 ku yg melayari laman anggun;

DATUK DR. ZAMBRY ABDUL KADIR - Pemimpin Pembela Bangsa untuk semua.
  • Tarikh Lahir : 22hb Mac 1962
  • Tempat Lahir : Pulau Pangkor, Perak
  • Isteri : Datin Saripah Zulkifli
  • Anak : Lima ( 3 Perempuan, 2 Laki-laki )
  • Kelulusan Akademik :
  1. PhD ( Pemikiran Politik ) Universiti Temple, A S ( 1995 )
  2. MA, Universiti Temple ( 1992 ) Falsafah Politik & Perbandingan Agama
  3. MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
  4. B Econs ( Kepujian ) UIAM ( 1987 )
  • Pencapaian :
  1. Anugerah Kepujian (PhD) 1995
  2. Geran Penyelidikan Universiti Temple ( 1993 )
  3. Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM ( 1987 )
  • Jawatan :
  1. Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
  2. Ketua Umno Bahagian Lumut
  3. Adun Pangkor (Sejak 2004)
  4. Exco Pelajaran, Sumber Manusia & Teknologi Maklumat Perak ( 2004-2008 )

HEBATKAN!!!.. Dr. Zambry berkebolehan dalam bidang politik, berkarisma ia adalah pilihan yg sgt tetap menjadi MB di Perak. "Selamat Berjuang di bumi Perak"

TAHNIAH BUAT MU ZAMBRY...

“ Pengajaran daripada tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ”

Permainan minda “Mind Games” Pakatan Rakyat pimpinan Anwar menjerat diri sendiri. Psikologi 16 Sept 2008. Hanya satu impian kosong cita-cita politik peribadi dan fatamorgana Anwar.

Tembelang dan kesombongan, kebiadapan pemimpin dan mantan Menteri Besar Perak menunjukkan wajah sebenar PAS dan penderhakaan JEBAT MODEN.
Sekali lagi kedaulatan dan kesucian institusi beraja. Sultan Perak diujicabar oleh pemimpin DAP Karpal Singh. Sebelum itu mengkritik teguran istana terhadap keputusan melucut jawatan agama yang dilucut Mantan Menteri Besar.


Sikap rakyat Perak yang marah dan mengundi protes pada BN Perak dibayar dengan harga yang mahal sekali. Dasar yang berat sebelah Pakatan Rakyat di Perak menimbulkan kesedaran dan keinsafan. Khususnya pemberian hak milik dan status tanah kepada golongan cina.
Seluruh wakil rakyat BN khususnya UMNO harus menjiwai rakyat dan menjalankan amalan mesra rakyat, prihatin masalah rakyat secara ikhlas, penuh tanggungjawab dan rendah diri. Seluruh jentera UMNO harus bersepadu dan mendekati golongan rakyat.


Pemimpin UMNO Pusat dan Tertinggi wajar bertindak proaktif menyelami citarasa, keperluan dan kehendak rakyat. Krisis ekonomi yang melanda negara memerlukan tindakan khusus. Inflasi, kebajikan kemiskinan tegar dan membantu usahawan serta PKS.

UMNO lahir di Istana. UMNO menyelamatkan raja pada zaman Malaya Union. Kini, UMNO mempertahankan kedaulatan raja Melayu.
Keperluan pendidikan sejarah dan penghayatan sejarah dititikberat di peringkat sekolah rendah dan menengah.

UMNO dan institusi beraja adalah relevan dan signifikan sekali ;
UMNO itu MELAYU,
UMNO itu ISLAM,
UMNO itu RAJA,
RAJA itu pohon,
RAKYAT itu akar.

Pemimpin UMNO harus dilihat bersih dan berimej bersih daripada rasuah, sifat sombong dan penyelewengan kuasa. Imej elit harus dikikis UMNO wajar kembali ke akar umbi.
Budaya demokrasi jalanan dan biadap serta budaya samseng adalah strategi murahan pembangkang. Semoga pemimpin PKR insaf dan kembali ke pangkuan BN dan UMNO di Perak boleh menjadi teori dominan di Kedah.
"Semoga BARISAN berjaya di Bukit Selambau dan Bukit Segantang, Perak".

BERANTAKAN SUDAH DURANG! niii!!...

Mursyidul Am Pas, Nik Aziz tak setuju Nizar jadi calon, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang nanti. SUDAH2 lah tu Nizar...., Ingatlah ALLAH SWT kembalila ke jalan Allah. Jgn la buat bodoh2 endak paham undang-undang ni Negara Malaysia mengamalkan Demokrasi Berperlembagaan. Mungkin Nizar ni gagal Pengajian Am time dia school kan hahahhh.....Letak la jawatan jgn la DURHAKA dgn SULTAN. Jgn wat huru hara, kacau bilauuu... Malaysia yg aman damai ni untuk orang2 yg baik2, faham low & peraturan. Sila ikut perintah & Arahan!!!!.. JANGAN MELAWAN ARUS BAH!.... Aku kecewa pemimpin pakatan ni jd warga Malaysia semakin membodohkan dirinya sendiri.

TAMPARAN HEBAT 4 PAKATAN!...

Nahh!!!..Baru kamu tahuhhh.... Pengerusi DAP, Karpal Singh kisasss.... sudah durang ni ci Kapal mendakwa pendiriannya membantah tindakan lompat parti dan pelaksanaan hukum hudud di negara ini, tapi dapat juga sokongan bah daripada semua ahli. Kononnnya mau lg dia bejumpa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam masa terdekat mau kaci tahuhh ba berhubung kenyataan ci Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang bercanggah dengan pendirian parti durang.

kawan2 ingat kah lg kamu? Pada 27 Januari lepas, Guan Eng dilaporkan mengalu-alukan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim 'melompat' menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), untuk mengaci kuat ba lagi pakatan pembangkang di Perak. Apa lg skg PERAK sudah sah menubuh kerajaan baru padan muka durang kan!.

Kata ci Karpal, DAP membantah tindakan lompat parti kerana dianggap mengkhianati kepercayaan rakyat. Inilahh..kalau becakap lebih kuah dari sudu & endak pandai mengukur baju dibadan sendiri bah..manalah bole ba parti pakatan rakyat pegang ni Malaysia, apa durang ada ba???? cakap2 saja mau membela rakyat tp mau berpolitik saja ba untuk kepentingan diri sendiri & kaum kerabatnya sajaaaaa....