Tuesday, January 27, 2009

APAHAL UMNO DI PERAK?..

Apa nak jadi ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar daripada BN dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam. YB apa ni lompat parti ingkar dengan undi rakyat setelah rakyat meletak kepercayaan mengundi datuk PIRU ke-12 yang lepas. Harap2 nilah orang yang last jadi katak dalam era pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Friday, January 23, 2009

PULAUKAN BARANG HARGA NAIK DI MUSIM PERAYAAN INI!!!.

Jangan beli barang ketika harga naik, selalunya di musim-musim perayaan seperti sambutan chinese new year ni, pembekal, pemborong, peniaga & peruncit akan mengambil kesempatan menaikkan harga untuk mendapat untung lebih. Beli barang alternatif tapi murah, kualiti dan selamat diguna.

Membuatlah senarai perbelanjaan sebelum membeli belah? Gunalah konsep 4P
i. Perhati
ii. Perbandingan harga
iii. Pilih Secara Bijak
v. Pengguna untung

Cubalah!...mesti puashati.

SEJARAH AMERIKA ORANG KULIT HITAM JADI PRESIDEN KE-44

Rancangan Khas TV1 telah menyiarkan siaran langsung Barack Obama dari pukul 12.00 am -02.00 am. Pada awal pagi 21hb.January, Barack Obama 47,telah mencatat sejarah dunia beliau sebagai orang kulit hitam pertama diisytihar Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam upacaranya yang sungguh meriah dan gilang gemilang, beliau memikul harapan tinggi dunia untuk memulihkan hubungan Washington dengan kebanyakan negara, terutama negara Islam.

Obama, adalah anak seorang lelaki dari Kenya dan ibunya, wanita kulit putih dari Kansas, mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 di pekarangan bangunan Capitol, disaksikan jutaan manusia yang memenuhi National Mall, dari Capitol Hill ke Tugu Peringatan Lincoln. Tempat pejuang hak asasi manusia kulit hitam, Martin Luther King Jr menyampaikan impiannya dalam satu ucapan bersejarah mengenai perpaduan kaum di Amerika pada 1963.

Melalui tinjauan pendapat Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) London mendapati krisis kewangan global patut menjadi keutamaan teratas Obama, diikuti pengunduran tentera AS dari Iraq, menangani perubahan cuaca dan merundingkan perdamaian di Asia Barat.
Ketika memberi penghormatan kepada wira hak asasi manusia itu sempena hari jadinya kelmarin, Obama berkata: "Esok kita akan berkumpul di tempat yang sama di mana impian Dr King masih bergema". "Apabila kita berkumpul di sini di Amerika, kita harus sedar bahawa nasib kita adalah berkait rapat di antara satu sama lain. Bila kita berjalan, kita berjalan seiringan”. Kata Obama lagi "Tatkala kita maju ke depan bagi menunaikan janji kita kepada negara ini, kita tidak harus lupa pengajaran yang diperoleh daripada (Martin Luther) King - bahawa walaupun impian kita berasingan, ia adalah satu."

Selepas mengangkat sumpah itu agenda utamanya 'memelihara, melindungi dan mempertahankan' perlembagaan AS adalah perkara penting yang disampaikan Obama ketika ucapan sulungnya sebagai Presiden Amerika yang ke-44 itu. rakyatnya sanggup mengharungi cuaca sejuk di Washington pagi semalam dan berasak-asak untuk menyaksikan pengisytiharan presiden baru mereka sama ada dari bahagian depan dan belakang, walaupun sebilangannya tidak bernasib baik hanya menonton dari skrin gergasi juga bagi ribuan yang lain.

Cabaran Obama antaranya ialah :
1.Meleraikan Perang Keganasan Israel Di Gaza, keganasan perang adalah sebahagian daripada cabaran besar yang menanti Obama. Keganasan dapat dilihat dari Gaza ke Guantanamo, Obama menghadapi dunia yang penuh dengan pergolakan seperti berikut:
i. Menyelesaikan Krisis ekonomi Global
ii. Jenayah Perang terhadap negara-negara Islam yang kecil dan lemah.
iii. Persengketaan negara-negara besar yang gah dengan senjata nuclear.
v. Memartabatkan maruah bangsa kulit hitam dan menjernihkan persepsi Islam terhadap Negara Kristian & Negara yahudi dikatakan penganas.
vi. Menangani perubahan cuaca & suhu dunia.

Semoga Barack Obama ‘Selamat Berjaya’ menjernihkan persengketaan bangsa, agama, negara-negara maju & juga negara-negara kecil sedang membangun yang sedang bergolak ini. Harapan saya Barack Obama melihat Malaysia negara Islam, menghormati adat budaya bangsa & agama masyarakat Malaysia yang kita cintai ini dan melindungi Malaysia dari keganasan perang. Saya berharap juga pemimpin kita di Malaysia belajar daripada Obama bagaimana ia menang Pilihanraya lepas dan menjadi Presidan gak di mata dunia.

Tuesday, January 20, 2009

UMNO Kalah di Terengganu

UMNO kalah lagi di Terengganu. UMNO perlu kejutan Wake-Up CALL. UMNO kehilangan satu lagi kerusi Parlimen menjadikan BN mempunyai 137 Kerusi dan UMNO 78 Kerusi.
Apakah ini bermaksud trend rakyat masih terikat dengan anti BN, undi protes???..
Pada hemat saya, kekalahan UMNO dengan majority yang semakin melebar dipengaruhi oleh :

1. Calon UMNO yang tidak berjiwa rakyat (proksi Pak Lah ) birokrat, formal.
2. UMNO masih menekankan 3M (Machinery, Man, Money) serta ganjaran pembangunan.
3. UMNO masih menggunakan taktik dan strategi yang lapuk dan ketinggalan UMNO gagal mempengaruhi pengudi cina dan atas pagar.
4. UMNO masih mengamal taktik defensif dan bukannya ofensif. Malah pekerja UMNO masih para pakcik makcikberbanding pekerja pembangkang yang muda panas.
5. Calon PAS lebih berwatak local, familyman, berimej desa, mudah didekati lebih sederhana tidak formal berbanding calon BN.
6. Kekalahan calon BN tidak pula menampakkan penolakan kepimpinan bakal PM – NAJIB.

Moralnya, UMNO wajar bijak memilih pemimpin, strategi, mengemuka pakej serta formula baru menarik pengundi muda. UMNO juga bijak memancing pengundi cina yang semakin cerewet dan sombong konflik antara komponen BN dan kesibukan kempen pemilihan UMNO Mac 2009 mungkin menjejaskan kekuatan UMNO. Apakah UMNO dan kepimpinannya ditimpa krisis keyakinan dan gagal dalam Soul Searchingnya. Sebarang analisis post mortem perlu dilaksana atau UMNO hanya menjadi dilaksana atau UMNO hanya menjadi bahan muzium sejarah politik.

Wednesday, January 7, 2009

" FAHAMILAH.. KEKEJAMAN ISRAEL DI PALESTIN"

Pada saat dunia melangkah masuk tahun baru 2009, rejim Israel bertindak samseng, sombong dan kejam menyerang Tebing Gaza di bumi Palestin hingga rencana dicatat 500 orang rakyat Palestin, anak-anak kecil, suci dan comel tanpa dosa mengakhiri hayat di bumi Allah. Kita tidak wajar lupa sejarah agama dan politik Israel. Bani Israel merupakan bangsa manusia yang membunuh para nabi, menipu nabi dan melanggar PERLEMBAGAAN MADINAH. Tahukah anda???

Dulunya, bangsa ini bangsat melarat dan berkelana pada zaman Nabi Musa A.S. Dilayan hina dan dipandang serong oleh negara di Eropah oleh itu, negara di Eropah dan di Asia Barat membuat satu perjanjian yang disebut “Perjanjian Balfour”, naungan British telah menempahkan Israel di bumi Palestin. Ini telah mencetuskan konflik perang dan korban serta tumpah darah yang tidak sedikit maka atas dosa apakah rakyat Palestin dibebani derita yang tidak berkesudahan.

Aldolf Hitler telah menghidu kejahatan Yahudi dan membunuh hampir 2 juta dalam perang dunia ke-2 di Eropah. Kini, PBB melakonkan watak sabar dan pendiam, bacul dan dikongkong Amerika Syarikat. Liga Arab dan OIC sekadar membaca skrip dan dialog stereotype. Hal ini berlaku kerana kelemahan negara Islam, perpecahan dikalangan Liga Arab dan OIC. Qatar, Arab Saudi, Kuwait adalah sekutu Amerika Syarikat hanya Syria dan Iran berani mengutuk dan menegur keangkuhan Israel. Negara Arab menilai Hamas sebagai ancaman kepada status quo dan bersikap kritikal kerana berjuang atas landasan Islam. Moralnya keberanian Hamas wajar diteladani oleh umat Islam di Malaysia. Kita wajar insaf, sedih, marah dan benci akan biadap dan tidak bertamadun Israel dan Amerika Syarikat.

Sikap individualistik Liga Arab, OIC, kelemahan perpaduan, kelemahan teknologi menghambat kekuatan Islam menghadapi Israel.

Malaysia adalah rakan dagang utama Amerika Syarikat melalui pelaburan dan perdagangan. Berkesanlah langkah permulaan dengan cara BOIKOT produk & DOLAR U.S. Apakah kita perlu lagi menganjur Persidangan Negara Palestin dan Perhimpunan Palestin?.. Apakah perlu negara Islam berkuasa nuklear lebih banyak dan muncul di mata dunia?.. Disamping Iran dan Pakistan. Oleh itu, iman dan isu perpaduan Islam dan Melayu dengan kekuatan politik dan ekonomi penting, malah relevan dalam perjuangan menegak maruah dan kesucian Islam.

Tuesday, January 6, 2009

BOIKOT PRODUK & DOLAR AS

PALESTIN bermandi darah....Serangan Israel menjelang sambutan Maal Hijrah sehingga mengorbankan penduduk palestin termasuk wanita dan kanak-kanak. Ini satu perancangan jangka pendek, kita perlu bertindak untuk memboikot penyokong kuat Israel iaitu AS kerana tanpa ambil tindakan terhadap AS segala usaha kita akan gagal, boikot AS dan cara bertindak ialah dengan tidak menggunakan dolar AS untuk urusan perdagangan. kita lemahkan ekonomi negara kuasa besar itu yang menjadi sekutu Israel. Dr. Mahathir juga memberi pandangannya berhubung kesan akibat konflik di semenanjung GAZA. Kita berharap agar Hamas & Rejim Zionis buat genjatan senjata dan BERDAMAI..Demi memartabatkan maruah bangsa dan bebas tanah air Palestin.

Ingatlah peristiwa Bersejarah!!!...
1. Januari 2008, Israel mengepung GAZA. Bulan berikutnya, Israel menyerang dan membunuh
120 rakyat Palestin.

2. Jun Genjatan senjata enam bulan bermula.

3. November, Israel menyerang Gaza dan dibalas dengan serangan roket Hamas.

4. Pada 19 Disember, Hamas menghentikan gencatan senjata. Maka pada 27 Disember, Israel
mula menyerang Gaza.

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Saya & keluarga mengucapkan selamat tahun baru 2009 kepada blogger membela bangsa bermaruah, agama & kepada rakyat di muka bumi yg tercinta ini dibawah kepimpinan Kerajaan BN. Semoga tahun baru membawa sinar harapan kejayaan, kebahagian, keamanaan & kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia tidak kira dimana jua berada sekarang ni. Terima Kasih!!!............. kepada yang sudi membaca & melayari blog anggun, ANGGUN akan sentiasa berusaha memastikan anggun berkilauan cantik dimata & cantik dihati dengan menyediakan santapan minda untuk blogger yang memperjuangkan nasib umat Islam yang dihina bersama RASULULLAH. Harapan saya tahun ini tiada lagi blogger yang kejam, jahil, menghina agama Islam tanpa berdasarkan ilmu, kitab suci Al-Quran & al-hadis. Aminnnn..............