Friday, November 28, 2008

Setiausaha Agung UMNO wat mesyuarat tau...

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia akan mengadakan mesyuarat bersama Lembaga Disiplin dalam jangka masa terdekat untuk memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terlibat, ada siasatan yang dijalankan mendapati tiga suku daripada 900 - 1,0000 laporan yang diterima adalah palsu, sekali gus berniat jahat untuk menjatuhkan individu yang dilaporkan.

so beri la kerjasama pada UMNO parti tunggal Melayu bukan memberi berita palsu!......

Saiful nafi..

Semalam bekas pembantu Penasihat (PKR) menafikan khabar angin yang tersebar di blog mengatakan beliau menghidap penyakit kelamin, lumpuh dan sudah meninggal dunia.

Kenyataan ini disahkan oleh (Jawi), khabar angin itu adalah fitnah dan pembohongan besar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. Saiful menegaskan bahawa keadaan kesihatannya sangat baik, tidak seperti didakwa. Saya sentiasa berdoa agar kebenaran dapat ditegakkan.

Sebenarnya itu fitnah ajee..kacian saiful!..

Thursday, November 27, 2008

'SELAMAT HARI JADI PAK LAH'

Pagi semalam di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Pak Lah diraih oleh kakitangan dan para pegawai. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memotong kek dalam satu majlis kecil meraikan hari jadi ke-69.

Friday, November 21, 2008

Kenapa hrg minyak turun hrga brg makin naik2?

Marilahh!...Kita sama2 bebelanja berhemat, berjimat cermat, beli brg perlu saja. Jangan lupa senarai barang sebelum membeli belah, diingatkan bajet perbelanjaan isi rumah setiap bulan, gunakan kuasa pengguna yg boleh myumbang pertumbuhan ekonomi negara kita tau...ikhlas dr sumandak bayu Oooo.......

Najib sebagai pengganti Pak Lah Mac depan.

Kemenangan Najib mendapat mandat dr perwakilan umno malaysia, seronoknya dpt Presiden umno baru dan peralihan kuasa thn dpn ini wajah2 baru, mudah2an malaysia menjadi negara terbilang di mata dunia, amin....