Monday, September 22, 2008

"Pemimpin PKR Tidak beretika boleh mencetuskan Kecelaruan 16 September”

LIHAT la Pada 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia.Kebetulan di Sabah cuti Hari Jadi TYT . Tarikh keramat ini lah telah memerdekakan Sabah, Sarawak manakala Singapura pula menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963. Tarikh ini telah dipolitikkan oleh Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan baru dan mendakwa seramai 30 orang ahli parlimen (MP), 13 daripada Sabah dan 17 daripada UMNO Semenanjung akan menyertai PKR menubuhkan kerajaan baru menggantikan BN. Sedangkan Parlimen Malaysia mempunyai 222 buah kerusi. BN menubuhkan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah iaitu majoriti 58 kerusi, kurang 8 untuk membentuk majoriti 2/3.
Anwar tidak lagi sabar melantik dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Mengambil jalan pintas untuk mecapai cita-citanya merampas kuasa dengan membeli ahli parlimen BN melompat parti. Pembohongan Anwar yang digembar-gembur membuat kejutan sehinggakan menimbulkan kecelaruan pemikiran rakyat & rakyat keliru oleh kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau.
Apa pun keputusan propaganda 16 september gagal atau berjaya ditubuhkan kerajaan baru, sudah pasti ia menguntungkan anwar dan media di sana sini memaparkan mengenai Anwar untuk dimuatkan di media akhbar, majalah dan laman blog. Sehinggakan pembaca berpusu-pusu mendapatkan akhbar untuk mendapat isu yang disiar di dada-dada akhbar.
Anwar bermain politik sehingga sekarang kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan simpati dan menabur janji-janji kosong. Kita jangan terpengaruh dengan retotiknya. Anwar mengamalkan politik memecah belahkan orang Islam dan rakyat. Rakan-rakannya kini rata-rata bukan Melayu sudah tentu mahu segala warisan atau peninggalan BN hendak dihapuskan. Mereka mahukan kelainan, semuanya mahu disamaratakan. Anwar sanggup melakukan apa cara sekali pun demi cita-cita politik dan menjatuhkan kerajaan yang sah serta merampas kekuasaan kerajaan BN sekarang.
Tindakan Anwar tidak beretika untuk menjadi Perdana Menteri seharusnya Anwar bersabar dan tunggu pada pilihan raya umum ke-13 untuk menubuhkan kerajaan baru, Anwar perlu bersabar mengambil langkah yang bijak dan mengikut prosedur yang betul dan beretika.