Friday, August 15, 2008

”Kewajaran Parti Baru dan Pembubaran Parti PAS-UMNO dalam konteks Pengkukuhan

Politik adalah seni yang penuh kemungkinan ”Politic is the art of possible” kata ahli falsafah politik. Politik Malaysia mengalami pelbagai perubahan lanskap, pengolakan dan utopia yang menarik. Isu muzakarah UMNO-PAS antara pengolakan yang penting dan menarik. Hal ini telah mencetuskan satu polemik baru. Kewajaran UMNO-PAS bekerjasama dalam politik atau pembubaran kedua-dua parti dan penubuhan parti baru Melayu dan Islam menjadi isu yang menarik diperdebatkan.

Dari segi sejarah UMNO dan PAS pernah bergabung dalam Barisan Nasional yang di asas Tun Abdul Razak. Ramai yang lupa PAS adalah parti serpihan UMNO yang
Rakan PAS dalam Pakatan Rakyat juga mencurigai muzakarah ini. Manakala rakan komponen UMNO dalam Barisan Nasional sedang melihat pengolakan ini dengan penuh minat dan teliti ketuanan Melayu dan Islam telah diserang hebat, diuji dengan hebat oleh parti bukan Melayu. Tulisan dalam blog di Internet semacam semakin berani mencela Islam. Ahli Parlimen DAP semakin berani dan kurang ajar di Parlimen.

Mursidul Am PAS telah melontarkan satu gagasan besar iaitu pembubaran UMNO PAS. Usaha ini adalah titik tolak besar yang memerlukan kesatuan hati ikhlas, pengorbanan dan ”good will” yang hebat dan tinggi. Ia dibuat atas nama perpaduan, Islam dan Melayu. UMNO pernah diharamkan pada 1987, apakah ini suatu realiti atau impian semata-mata?..

Gabungan ini mampu memperkuatkan ketuanan Melayu memperkasa kesucian Islam, membina ukhwah serta kesatuan ummah. Ia mampu menstabilkan politik negara. Ia dilihat serba mungkin oleh Menteri Penerangan Malaysia Dato Ahmad Shabery Cheek. Kerjasama dalam soal agama, kuasa politik Melayu wajar menjadi landasan parti UMNO dan PAS dalam kerjasama PAS dan UMNO di sebalik Muzakarah UMNO, PAS ”tepuk dada tanya selera”.

Umno dan BN mampu menumbangkan Penasihat PKR? di Permatang Pauh.

Politik negara tidak reda dan semakin panas dan kalut. Pemanas suhu politik ini tidak lebih nafsu besar dan impian besar DSAI. 16hb Ogos hari penamaan calon dan 26hb Ogos merupakan Hari Pengundi. The Day bagi Umno dan PKR. Biarlah diingatkan Umno mendapat 79 kerusi parlimen Umno masih kuat dan akan bertambah, biarlah 26hb Ogos 2008, BN bakal menjadi 140 kerusi di parlimen.

BN dan PKR sudah memulakan langkah awal sebelum memasuki 'gelanggang' pada 26 Ogos ini. Masing2 mau membuktikan kesediaan untuk berdepan pilihanraya umum lalu yang menyaksikan kemenangan selesa PKR, ada yang melihat kehadiran BN kali ini hanya sebagai 'underdog'. Calon PKR yang juga penasihat parti itu, DSAI turut dilihat sebagai pecabar.

Mari kita lihat rekod, anggaran ahli berdaftar BN di Permatang Pauh adalah melebihi 25,000 iaitu UMNO (17,400) MCA (2, 7500), Gerakan (2,969) dan MIC(1,920). Statistik ini jelas menggambarkan peluang sebenar BN untuk menang di Permatang Pauh.

Tidak hairanlah, Tim.Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan perjumpaan dengan pemimpin termasuk ketua-ketua cawangan UMNO Bahagian Permatang Pauh Sabtu lalu memberi penekanan berikut:"Amat penting untuk BN mengumpul segala kekuatan sedia ada dan kekuatan ini perlu dimaksimumkan sepenuhnya bagi memastikan kita mampu menterjemahkannya dalam bentuk undi pada 26 Ogos ini."

Najib menegaskan, segala permasalahan dalaman terutamanya berkaitan perebutan dalaman terutamanya berkaitan perebutan jawatan diperingkat bahagian perlu diketepikan terlebih dahulu bagi memastikan tumpuan sepenuhnya terhadap pilihan raya.

Tiada siapa boleh menafikan kehebatan BN dalam mengatur strategi pilihan raya. Bagaimanapun, untuk bertanding di Permatang Pauh mudah2an BN menang,HIDUP BN...

Membuka UiTM kepada bukan Melayu – Pengkianat Bangsa oleh PKR.

Sememang Allah tidak memberi kemenangan PKR dan sekutu dalam Pilihanraya 8 Mac lalu PKR bukanlah pembela kuasa politik, teras dan tunjang Melayu dan bangsa cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim agar UiTM dibuka kepada pelajar bukan Melayu.

Ketuanan Melayu dan bumiputera digasak dan diugut dalam beberapa bulan selepas pilihanraya umum 2008. Pemberian biasiswa JPA kepada bukan Melayu, sebelum itu MRSM dibuka kepada bukan Melayu. Yang anihnya, komuniti cina enggan menyertai sekolah kebangsaan di peringkat rendah dan menengah. Malah komuniti cina menolak peringkat ada subjek hubungan etnik diperingkat IPTA suatu masa dulu. Kini 10% ambilan pelajar UiTM dibuka kepada pelajar bukan Melayu.

UiTM adalah ilham cetusan Dato Onn Jaafar. Sewaktu MARA bergelar RIDA. UiTM adalah persoalan maruah, kubu nasionalis, bakal pemimpin Melayu dan bakal pewaris Umno malah lubuk kekuatan Umno. Kita tidak dapat membayangkan PKR dan sekutu Pakatan Rakyat memerintah negara.

Idea jahat, berbisa, nakal ini wajar ditolak dan dibunuh serta ditanam tanpa nisan dalam lipatan politik dan sejarah pendidik negara. Melayu berhemah tetapi tidak lemah, percaya!...

Wednesday, August 13, 2008

Siapakah Anwar Ibrahim dan Kesilapan, Dosa Besar terhadap Umno?

Nama Anwar Ibrahim bukanlah nama baru dalam kepimpinan dan politik Malaysia. Namanya melonjak di Baling, Kedah dan Universiti Malaya dalam isu kejatuhan harga getah dan isu kemiskinan di Kedah 1970-an.

Merupakan bekas pemimpin pelajar Persatuan Bahasa Melayu di Universiti Malaysia, Lembah Kuala Lumpur. Beliau adalah pelopor Angkatan Belia Islam Malaysia, PAS turut mengidam kehadiran Anwar Ibrahim dalam organisasi.

Lakonan Anwar Ibrahim cukup bijak, licik dan strategik. Beliau telah memasukkan ramai orang ABIM ke dalam pelosok Umno dan memasang impian menjadi PM.

Laluan mudah, pelopor dan ruang serta sokongan Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan Anwar menjadi “rising star”serta beliau telah mengalahkan Dato Suhaimi Kamaruddin Ketua Pemuda Umno, Anwar Ibrahim kemudian dilantik sebagai Menteri Kebudayaan Belia & Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran. Hal ini tidak disenangi oleh pemimpin lama dan bakal pemimpin sedia ada. Beliau telah mencorakkan team wawasan dalam pemilihan Umno dan memalukan tokoh dan pejuang Umno Tun Ghaffar Baba dalam pertandingan timbalan presiden Umno.
Pada tahun 1998 beliau telah merancang menjatuhkan mentornya sendiri dengan membeli bahagian Umno dan seluruh negara. Malah beliau adalah pelopor politik wang dalam Umno yang tulen dan petualang sejati.

Menjadi juara demokrasi jalanan yang memalukan negara, hampir negara darurat diisytiharkan pada 1998. Akhirnya Anwar menjadi petualang bangsa, didorong oleh Anwar atas nama Syarikat dan Chavinis DAP dan PAS yang mengkhianati bangsa Melayu, masa depan Melayu, agama dan ketuanan Melayu. Itulah karisme Anwar dalam Umno Melayu...Mari la kita fikir bersama ini ka org yg kita pilih jd pemimpin?